BAB 31

777 81 5
                                    

DENGAN penuh patuh, aku setia mengikuti langkahnya. Kepala berpusing-pusing melihat kawasan sekeliling. Kiri kanan kupandang. Mata tak lepas dari mengamati keindahan di dalam butik ini.

"Betul ke dekat sini Mirul?" Aku minta kepastian. Risau-risau kalau dia tersalah bawa aku kesini ke apa. Semuanya sebab aku rasa, yang aku tak patut pun ada dekat sini. Semuanya nampak terlalu perempuan bagiku.

Sebuah butik yang cukup mewah. Bagi aku la. Namun yang berbezanya, ini bukanlah sebuah butik perkahwinan. Yang ada cuma blouse, dress, tudung dan pelbagai jenis aksesori wanita.

"Ya, betullah dekat sini. Sekejap, I panggil kawan I dulu."

Wow! Ada kawan ya dekat butik. Tak pernah tahu pula aku. Aku setia membuntuti Amirul ke arah kaunter. Dalam jarak lima meter, kelihatan susuk seorang wanita dalam lingkungan 30-an sedang duduk sambil bermain telefon pintarnya.

"Kak Bell!" sapa Amirul penuh ceria.

Wanita yang dipanggil Kak Bell itu terus mengangkat wajahnya. Seketika, bibirnya terus menguntum senyuman. Lekas-lekas dia bangun dari duduk.

"Ez! Lamanya you tak datang sini... Ada hajat apa tiba-tiba datang ke sini?" Sempat Kak Bell mengerling ke arahku. Mesti dia tengah buat andaian dalam kepala siapakah makhluk berkaki dua disebelah Amirul ni. Aku pula sekadar tunduk hormat kepadanya.

"I ada bawakan kawan I. Kenalkan, ini Senja Nirmala." Penuh lembut Amirul memperkenalkan aku kepada Kak Bell.

"Senja... Cantik. Awek Ez eh?" usiknya sambil dia cuit-cuit lengan aku. Mengusik.

Huh! Tipikal orang melayu. Asal lelaki dan perempuan keluar berdua aje, pasti dicop pasangan kekasih. Aku terus geleng menidakkan. Sebelum entah apa-apa yang dia fikir, baik aku cegah dulu.

Cegah lagi baik dari mengubati kata orang.

"Bukanlah! Saya ni kawan baik Mirul aje."

Kak Bell ketawa sambil dia anggukkan kepalanya saja. Malas mahu bertanya lebih-lebih setelah itu.

"Jadi apa hajat korang berdua ke mari?" soalnya setelah itu.

Amirul sempat menoleh ke arahku sekilas. Lepastu dia senyum-senyum kambing. Ada la tu plan gila dia nak buat lepasni. Aku jamin!

"Sebenarnya, I nak minta you tolong ubahkan pakaian dia. Maksudnya, bagi dia ni nampak macam perempuan sikit." Sempat dia perbetulkan ayat hujungnya.

Aku terus jeling dia. Tajam. Amboi cantik betul bahasa! Habis selamani aku tak nampak macam perempuan langsung ke apa? Atau memang ya? Ah, apa-apa sajalah!

Kak Bell mengerutkan keningnya dengan permintaan dari Amirul tadi. Mungkin dia pun tengah blur dengan kami berdua ni.

Kak Bell pandang aku atas bawah. Tiba-tiba, rasa segan mula meruap dalam diri. Memang keadaan aku sekarang tak melambangkan seorang wanita langsung. Jadi permintaan Amirul tadi mungkin nampak normal untuk diminta.

Kak Bell angguk kepala sekali. Senyum.

"Okay... I dah faham apa yang you nak minta. So, tunggu apa lagi? Jom Senja, I temankan you cari baju yang cantik-cantik." Kak Bell sudah siap mahu menarik lenganku pergi.

"Kau tak pergi kan?" Sempat aku menyoal Amirul.

Amirul geleng sekali. "Tak, I ada kat sini, jangan risau... Pergilah..." Amirul senyum manis.

Tak sempat aku nak balas apa-apa, Kak Bell lebih pantas mengheretku pergi. Aku hela nafas panjang. Redha sajalah Senja...









SENJA [OG]Where stories live. Discover now