SEPERTI yang dijanjikan, sekali lagi, Amirul terpaksa jadi pak supir tak berbayar aku. Untuk skuter aku, dia kata dia akan hantar orang untuk ambil semula dan hantar di tempat kerja aku. Harini, aku sudah masuk kerja seperti biasa. Bila difikirkan balik, cuti yang aku ambil semalam, boleh tahan bermakna. Banyak memori yang aku cipta dengan Amirul semalam.
Aku melangkah masuk ke dalam dengan senyuman riang terukir di bibir. Aku tak tahu, tapi hati aku berbunga-bunga. Dari semalam, senyuman langsung tak lekang dari bibir.
Masuk sahaja, macam biasa, orang yang pertama akan menyapa aku adalah Adli.
"Welcome back! Macam mana curi tulang semalam?"
Aku mencebik. Fuh! Lain macam cara menyapa dia. Masuk-masuk dah kena perli sedas. Aku sekadar tayang sengih.
"Mana ada aku curi tulang... Aku ada hal family lah semalam." Muka aku cuba buat-buat serius. Mana tahu Adli terus percaya kalau aku serius.
Adli mengecilkan sedikit matanya. "Ohh... hal family eh? By the way, cantik jacket kau tu. Siap ada nama boyfriend lagi..." usik Adli sambil dia mencuihkan mulut ke arahku.
Mata aku terus jatuh ke arah jacket yang tersarung di tubuhku sekarang. Dengan cepat aku menutup nama Amirul dengan telapak tangan kananku. Damn! Macam mana aku boleh terlupa dengan nama dia ni? Sudah la aku tak pakai tudung. Tahu-tahu ajelah, memang nampak jelas.
Kantoi dah ke?!
"Ma...mana ada!" Aku masih cuba menyangkal walhal bukti sudah jelas terpampang dihadapan mata.
"Cey wah Senja... Kau cuti semalam, sebab nak pergi dating dengan mamat tu kan? Mengaku ajelah wei..." Tak putus asa, Adli mahu mengusikku. Muka aku terus memerah. Tapi langsung aku tak cuba menafikan kata-kata Adli tadi.
"Tak payah sibuk la kau!"
"Siapa lelaki tu. Ceritalah.." Adli mula mendesak.
"Diamlah Adli," marahku.
Makin kuat tawa Adli. "Tak mengaku pulak dia.."
"Ada apa bising-bising ni?" soal satu suara garau dari belakang Adli.
Serentak, aku dan Adli sama-sama terdiam. Aku telan liur sambil dalam hati, aku dah maki Adli berbakul-bakul. Mulut Adli la ni, celupar sangat! Fawzul mula berjalan menghampiri ke arah kami. Kemudian, dia berdiri tegak disisi Adli. Wajah kami berdua dia pandang silih berganti.
"Aik kenapa senyap? Tadi bukan main rancak bersembang..." perli Fawzul.
Aku sudah menunduk ke lantai. Kemudian, aku nampak Adli seakan berbisik sesuatu ditepi telinga Fawzul. Sesaat kemudian, aku dapat dengar perkataan 'biar betul?' keluar dari mulut Fawzul.
Adli dan Fawzul sama-sama pandang ke arahku. Aku pula dah macam katak disimbah air disitu. Kenapa? Cantik sangat ke muka aku sampai nak tenung aku macam gitu sekali?
"Awak cuti semalam sebab nak keluar dating ke Senja?" soal Fawzul tanpa tapis-tapis.
Mendengarkan itu, buatkan aku rasa nak tumbuk halkum si Adli ni. Dasar mula bocor! Tak sampai sepuluh minit, ringan aje mulut dia pergi canang dekat semua orang. Aku sudah garu kepala disitu. Halah, apa pula aku nak kelentong si Fawzul ni lagi?
"Dating? Mana ada..." Aku gelengkan kepala banyak kali.
"Tapi semalam, awak cakap dengan saya, awak ada hal keluarga Senja. Awak tipu saya?" Aku tak tahu. Tapi dari gaya suara Fawzul tadi nampak dia seakan-akan kecewa denganku. Dia marah ke aku tipu dia?
"Woah! Relaks la Zul, normal la tu. Siapa aje nak mengaku nak pergi dating kan? Yang kau ni tak payah la nak serius sangat." Adli tampar-tampar lengan sasa Fawzul.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomanceSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...