RAMBUT yang terjuntai melepasi paras bahu itu aku ikat dengan gaya messy bun. Minyak wangi perisa vanilla yang terletak dihadapan meja solek itu aku capai dan disembur-sembur di sekitar tubuh badanku. Setelah siap, aku orak senyum.
Perfect! Muka hanya dibiarkan kosong. Lagipun aku tak pernah keluar rumah dengan makeup yang dicalit di wajah. Sebelum ada yang cop aku 'pick me girl' biar aku bagitahu awal-awal.
Untuk sejenis perempuan yang tak berapa nak perempuan macam aku ni, makeup itu adalah salah satu benda yang paling leceh untuk kami. Setakat nak tepek bedak baby johnson tu aku boleh pertimbangkan lagi. Tapi kalau dah sampai kena ukir-ukir dekat muka ni, memang tidaklah. Lagipun aku memang dilahirkan sebagai orang yang tak berseni.
Aku jeling jam di pergelangan tangan aku. Sudah pukul satu tengahari. Sebelum bala lain sampai baik aku chaw dulu. Setelah itu, aku capai beg sandangku dan terus meluru keluar dari bilik tidurku.
Harini cuti mingguan aku. Jadinya, harini aku ingat nak melepak di sungai yang terletak di hujung kampung. Melepak aje, bukan nak berpiknik ke apa. Hanya sekadar mahu menenangkan fikiran yang kusut. Sebelum pergi, sempat aku lekatkan satu nota kecil di atas pintu peti ais.
Makanan untuk adik-adik, aku dah siap panaskan dan letak di bawah tudung saji. Senang untuk dia orang makan lepas balik sekolah nanti. Mak pula masih terbongkang di atas katil. Seingat aku, dalam pukul tiga pagi baru mak ke balik rumah semalam. Jangan tanya buat apa, sebab kerja mak memang begitu. Kadang subuh, kadang tak balik langsung. Ikut mood mak. Dari dulu, rumah ni memang mak buat macam RnR. Kalau dia rasa nak balik, dia balik. Kalau taknak sudahlah.
Fuction kan mak?
Sebelum mak bangkit dari tidur, aku terus capai selipar dan disarungkan di kaki. Basikal berwarna merah lusuh yang disandarkan di tepi tangga rumah, aku tarik keluar. Lagipun, sungai tu tak adalah jauh mana. Kalau naik basikal mungkin dalam tiga minit dah sampai.
Aku panjat basikal dan terus kayuh ke arah sungai. Dengan kelajuan yang mengalahkan pelesit, aku berjaya sampai ke sungai dengan hanya mengambil masa dua minit. Fuh, mujur masa aku bawak tadi tayar tak teringin nak tercabut. Tak padan dengan dah usang!
Sampai disitu, tongkat basikal aku jatuhkan. Beg sandang yang diletakkan di dalam raga, aku bawa keluar. Mujur kawasan sungai sekarang lengang. Kalau ada orang pun boleh kira guna jari. Yang aku nampak hanyalah sepasang couple yang sedang leka bermain dengan air. Sebelum aku hayunkan kaki ke arah satu batu besar itu, selipar aku cabut terlebih dahulu. Nanti tak pasal-pasal, selipar aku jadi makanan air.
Bila dah berkaki ayam, barulah aku berjalan ke arah batu besar itu dengan penuh berhati-hati. Duduk dilabuhkan sambil aku hirup udara segar disitu. Mata aku nampak berminat dengan satu pasangan tadi. Sweet betul main simbah-simbah air ni. Kalau aku dekat tempat perempuan tu, aku tak main renjis-renjis ni, aku terus benam kepala laki tu dalam air. Itu baru sweet...
"Ish! Habislah basah baju I!"
Dapat aku dengar suara lelaki itu seperti mengaduh kepada girlfriendnya. Mungkin marah sebab perempuan tu tak habis-habis renjis air dekat bajunya. Itu aku kata, benam ajelah kepala lelaki tu dalam air. Apa susah?
Aku ketawa kecil melihat gelagat mereka. Sambil-sambil itu, beberapa jajan yang aku bawa dari rumah aku keluarkan. Satu persatu aku makan.
"Ez, masuklah dalam air tu... Kata berani sangat? Cepatlah, kalau kau masuk, aku belanja kau makan lepasni."
Kalini aku dapat dengar suara perempuan itu ibarat mencabar teman lelakinya. Aku tak dapat nak tangkap dengan jelas reaksi lelaki itu memandangkan dia pun berdiri membelakangi aku. Dan selepas itu aku dapat dengar lelaki itu menjerit tidak bersetuju.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomansaSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...