BAB 35

1.1K 73 2
                                    

"SEMUT berkawad satu-satu, hora horey!" Penuh bersemangat aku menyanyi sambil sesekali kepala berpusing melihat dia dibelakang. Aku hentikan langkah sebelum aku bantai ketawa disitu. Perut yang terasa senak diusap-usap.

"Kelakarnya..."

"Apa yang lucu sangat tu?" soal Amirul garang. Disebalik maskot katak hijau itu, aku gerenti, Amirul mesti tengah jeling maut aku. Tapi apa aku peduli? Itulah balasan sebab dah sakitkan hati aku tadi. Apa dia ingat aku akan maafkan dia sesenang itu aje?

Ini Senja lah!

"Kalau I tahu ini idea you, biarlah you tak maafkan I sampai bila-bila pun." Suara pasrah.

"Aip! Kau dah janji nak ikut syarat aku. Dan sekarang kita dah sampai dah pun. Cukup jadi penipu, jangan jadi pemungkir janji," sindir aku sedas.

Amirul hanya mengeluh. Itu saja yang dia mampu lakukan.

Anak mataku meliar melihat kawasan sekeliling. Cantik! Masih mengikut plan asal aku. Memang aku harapkan hadirin yang ada disini ramai. Lagi ramai lagi bagus!

Alkisahnya, syarat yang diletakkan aku untuk Amirul adalah, memaksa dia untuk menghiburkan orang ramai, menggunakan maskot katak yang dipakai aku tadi. Dimana lokasinya? Di pantai.

Mengikut analisis yang dilakukan aku satu jam yang lepas, jam tiga hingga ke enam petang adalah waktu peak hour untuk orang ramai beriadah ataupun makan angin di pantai. Dan waktu itu juga adalah waktu kemuncaknya.

Seperti yang aku katakan tadi, the more the merrier.

Dia dah malukan aku, dan sekarang, tibanya giliran untuk aku pula memalukan dia. Tapi dia kena bersyukur sebab aku bagi dia kelonggaran untuk pakai maskot tu. Setidaknya tahap kemaluan itu, hanya mencecah 60 peratus sahaja.

"Pergilah Mirul! Tunggu apa lagi dekat sini?" paksaku tidak sabar.

Amirul hentak kakinya sekali. "Hesy! You tak nampak ke ramai orang kat sana tu? Malulah I. Mana I nak letak kejantanan I ni?" Amirul mula membebel panjang.

"Ish kau ni, bukannya aku suruh kau meminta sedekah pun. Lagipun, bukannya dia orang nampak kau dekat dalam tu. Paling tidak pun, dia orang cuma nak minta bergambar dengan kau. Kau bagilah dia orang servis yang tip top sikit. Ataupun kau buat-buat sesat kat sana," cadangku. Walaupun kedengaran agak kurang cerdik, tapi tak apalah.

"Habistu you? You buat apa?"

"Aku ikutlah kau dari belakang. Jangan risau, aku tak akan lari punya." Dada kiriku ditepuk berkali-kali. Penuh yakin.

Amirul mengeluh. Kalini lebih panjang. "Janji eh? You lari siap you. I taknak kawan dengan you sampai bila-bila." Penuh serius dia berkata-kata. Aku hanya mampu simpan senyum. Isyarat diberi sebelum perlahan-lahan Amirul mula mengatur langkah.

Aku hanya memerhatinya dari belakang. Kamera milik Amirul yang diserahkan pada aku tadi diangkat perlahan-lahan, sebelum...

Klik!

Aku senyum senget. "Boleh post dekat Facebook ni. Lepastu suruh makcik-makcik Facebook kecam dia habis-habisan. Tak pun Mstar. Baru gempak sikit headline dia."

'Kegiatan katak puru meminta sedekah semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat...'

Memikirkannya buatkan aku ketawa terhibur disitu. Dari jarak beberapa meter, aku nampak Amirul sudah berada dihadapan satu keramaian. Ada juga yang sudah meminta untuk bergambar bersamanya.

Amboi, laju betul dia buat kerja!

Aku terus berlari-lari anak ke arahnya. Selesai sesi bergambar bersama peminatnya, Amirul terus beredar dari kawasan.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now