LEPAS Amirul balik tadi, sempat juga aku berenang sekejap disini. Alah, nak berenang macam dugong pun tak ada hal. Sebab memang aku seorang aje yang ada di sungai ketika ini. Lepas aku rasa semua stres di kepala sudah hilang, barulah aku naik ke darat. Aku duduk di atas batu besar sementara tunggu baju aku kering sedikit.
Selang sepuluh minit macam tu, aku mula bangkit dari duduk. Selipar disarung. Sebelum aku pergi, getah rambut yang mengikat rambut, aku leraikan. Taknak la rambut bau kepam nanti. Semerbak baunya nanti.
Aku atur langkah ke arah basikal yang ditongkatkan bersebelahan dengan pokok besar. Sampai sahaja di hadapan basikal, mata aku automatik tertacap ke dalam raga basikal. Ada satu kertas putih di dalamnya. Rasanya tadi kosong. Apa tu? Cek sewa tapak ke apa? Tak tunggu lama, aku terus capai dan baca isi dalam kertas tersebut.
012-547*****
-Amirul Cute :)Tch! Aku menjeling. Kertas kemain besar mengalahkan kertas majung, tapi isi dalamnya itu secupit itu aje? Tak romantik langsung. Kertas tadi aku lipat-lipat sebelum aku campak masuk ke dalam raga semula. Basikal aku panjat. Lepas kaki aku dah mengayuh hampir lima saat, basikal itu masih statik di posisi tadi.
Kening aku bertaut. Cup! Cup! Ah, sudah macam dah lain aje ni... Dah kenapa pula basikal ni tak bergerak? Ada 'benda' yang mencengkam ke apa. Hati aku mula tak senang. Aku turun balik, sebelum keadaan basikal itu diteliti lama. Hmm... apa yang tak kena ya?
Yes, that's it! Rantai basikal aku putus.
Aku raup wajah beberapa kali. Damn it! Macam mana boleh terputus pula sedangkan masa aku sampai tadi elok aje? Eh, aku speed mengalahkan pelesit tadi pun tak pernah terputus tau. Hish!
"Ni mesti sebab ada melayu dengki, pergi jumpa bomoh! Aku kena buat sesuatu ni!" geram aku.
Tapi sesuatu tu apa? Aku garu kepala. Rantai basikal itu aku masing tenung lama. Haa, nak kena buat apa ni? Entah-entah, ada hamba Allah ni yang nak khianat aku kut ya? Ke Amirul? Aku geleng kepala lagi. Tak mungkinlah Amirul.... Member baru nak jumpa Ilahi kut tadi. Tapi kalau memang dia yang buat, akan ku pastikan yang dia tak akan tengok cahaya matahari lagi esok.
Argh! Aku gosok rambut aku berkali-kali. Tak fikir panjang, aku terus tolak basikal itu. Nak buat macam mana lagi? Aku langsung tak ada kepakaran mahu membetulkan basikal ini. Nak taknak terpaksa ajelah aku tolak basikal sampai ke rumah.
Dan kalau betul ada orang nak main-main dengan aku tadi, aku doakan hari dia isnin selalu.
"AKAK!" Aku nampak dua orang adik kembarku, berlari ke arah aku. Aku orak senyum, sebelum basikal tadi aku sandarkan di tepi dinding rumah.
"Dah balik sekolah dah? Makanan yang akak panaskan tadi, dah makan belum?" soal aku sambil kepala mereka berdua aku usap silih ganti.
"Dah akak... Kami dah makan dah." Said tolong jawabkan.
Aku senyum lagi sebelum kepala aku terjenguk-jenguk mengintai ke dalam rumah. Mencari bayang mak. Sunyi pulak rumah? Selalu masa-masa macam ni, mak dah buat senaman kerongkong. Kalau tak menjerit satu rumah, memang tak sah.
"Mak mana? Sunyi je rumah?" tanya aku ingin tahu.
"Mak dah keluar lama dah akak. Mak kata, mak kena pergi kerja awal." Giliran Saida pula membalas.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomanceSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...