BAB 12

803 85 3
                                    

JAM sepuluh malam, barulah aku siap dengan closing. Yang tinggal buat masa sekarang hanyalah aku, Fawzul dan Aizat. Kebanyakan yang lain semuanya sudah pulang ke rumah masing-masing.

Apron ditubuhku, aku cabut sebelum dimasukkan ke dalam beg sandangku.

"Bye Senja! Saya balik dulu." Aizat melambaikan tangannya ke arahku.

"Bye! Hati-hati balik," balasku dengan senyuman manis. Aizat mengangguk seraya menuju ke arah motosikalnya. Setelah itu, bayangannya terus hilang. Aku turut keluar dari premis restoren. Fawzul pula masih ada di dalam. Entah apa dia buat aku pun tak tahu. Sibuk betul gayanya.

"Eh Senja? Tak balik lagi?" tegur Fawzul sambil dia mengunci pintu restoren dari luar.

Aku menoleh sekilas ke arahnya. "Belum lagi... Tengok macam nak hujan aje ni. Dari tadi guruh berdentum-dentum," balasku sambil merenung ke arah langit kelam.

Tolonglah jangan nak hujan sekarang, sudahlah aku lupa nak bawak baju hujan. Nak nak pula bawa motor skuter. Tahu-tahu ajelah lembab dia tu macam mana. Kalau siput tu ada kaki, aku gerenti dia boleh pecut lagi laju dari skuter cabuk aku tu. Kalau nak teduh pun rasanya dah lewat sangat ni. Aku ramas jari-jemariku. Buntu.

"Hmm... Awak nak saya temankan awak kat sini?" Fawzul menyoal penuh prihatin.

"Eh tak payah. Awak pergilah balik. Sekejap lagi saya balik la." Bukan tak mahu dia teman sekali, cuma aku kurang selesa. Tahu dia risau sebab aku perempuan, tapi rasanya tak payah kut. Aku jamin, siapa yang cuba nak apa-apakan aku, akan aku hantar masuk hospital terus.

"Mana boleh macam tu Senja... Takkan la saya nak tinggalkan awak dekat sini sorang-sorang. Bahaya, lagipun awak tu perempuan." Fawzul masih berkeras.

Tu kan aku kata, itu ajelah modal lelaki. Sebab perempuan. Apa dia ingat semua perempuan dalam dunia ni lemah ke? Tapi aku tak nafikan, point dia ada betulnya juga.

"Ataupun, biar saya hantarkan awak balik. Motor awak tu tinggal aje kat sini dulu," cadang Fawzul tiba-tiba.

Pelawaan Fawzul tadi mengundang kerutan di dahi aku dengan serta-merta. "Habistu esok saya nak datang kerja macam mana?" bidasku.

"Saya ambilkan." Mudah Fawzul membalas.

Aku terdiam. Otak aku ligat berfikir tentang pelawaannya tadi. Nampak macam menyusahkan dia... Tapi kalau tolak nanti, aku pula yang susah. Sekarang ni, nak susahkan siapa?

"Senja!"

Serentak itu, aku dan Fawzul menoleh ke arah suara itu. Mata aku terus meluas besar seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

"Mirul kau buat apa kat sini?" Punyalah terkejut sampai ternaik suara aku. Bila pula dia teleport datang ke sini?

Dengan tenang, Amirul berjalan merapati kami berdua. Selamba badak dia aje keluar rumah dengan baju pajama dia tu... Tambah di tangannya ada sekaki payung sekali. Betullah, pepatah melayu 'sediakan payung sebelum hujan' itu memang wujud. Mamat ni kalau tak over memang tak sah.

"Datang nak jemput you la. Jom I hantarkan you balik. Nak hujan ni..." ujar Amirul sambil matanya sibuk mengerling ke arah Fawzul atas bawah.

"Oh ini lah kawan yang awak cakap tadi tu ya?" soal Fawzul ke arahku.

Err... Aku garu kepala.

"Haah! I la bestfriend Senja. Amirul Ezwadi." Tangan dihulurkan ke arah Fawzul untuk berjabat.

Dengan kekok, Fawzul menyambut. "Ku Fawzul..."

"Er tak apalah, Fawzul saya balik dengan Amirul je la kalau macam tu. Terima kasih sebab dah temankan saya tadi." Aku menunduk sedikit ke arahnya.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now