BAB 34

702 81 3
                                    

BATU kerikil yang bertaburan di jalan tar, aku sepak menjauhi. Air mata yang turun bak linangan sungai dikesat berkali-kali. Jangan menangis Senja! Hampir seratus kali, ayat ini diulang aku dalam hati.

Tapi seperti biasa, aku hanyalah seorang wanita yang berhati tisu. Mungkin dari luaran aku nampak kasar, namun dalamannya, sama sahaja seperti perempuan di luar sana.

Terkilan. Tersinggung. Terguris. Tipulah kalau aku kata yang aku langsung dengan terusik dengan kata-kata mereka berdua tadi. Dan apa yang aku lagi tak sangka, bila ayat itu keluar dari mulut Amirul sendiri.

Aku hanya membiarkan diriku tenggelam dalam kesedihan. Setelah aku rasa aku sudah berjalan jauh dari mereka, aku buat keputusan untuk berhenti rehat seketika. Punggung dilabuhkan di atas salah sebuah kerusi kayu berdekatan. Seraya, kepala maskot katak itu letak-lekas dicabut. Panas!

Buka sahaja kepala maskot tu, rupa aku dah macam kena celup dalam telaga air. Memang lencun habis! Setiap peluh yang menitik, menunjukkan betapa besarnya pengorbanan aku untuk memujuk si dia. Tapi hasilnya? Hampeh!

Peluh yang merenik di dahi diseka menggunakan belakang telapak tangan. Buntu! Dan aku rasa, apa yang aku lakukan harini, ibarat semuanya sia-sia sahaja. Buat bazir tenaga dan masaku saja!

Kalau aku tahu akan jadi begini, lebih baik aku tidur saja! Tak payah susah-susahkan badan, nak kena bangun awal pagi, pakai maskot bodoh ni segala. Lebih baik aku biarkan saja dia. Dia dengan merajuk dia, dua-dua boleh pergi mampus!

Tunggu kau Mirul! Ada ubi ada batas, ada hari aku balas.

Kepala berpusing kiri dan kanan. Perasaan malu sudah mula meruap keseluruh badan. Rasa macam dah buang tebiat pun ada pakai maskot tengah-tengah hari rembang macam ni. Nak buka kat sini, macam tak sopan pula.

Dan akhirnya aku hanya membiarkan diriku sebegitu. Tenggelam dalam kekecewaan.

"Nah, buat beli air." Tiba-tiba sekeping not lima puluh ringgit diletakkan disisiku. Dahiku terus berkerut seribu. Kepala didongak dan automatik mataku terbuntang.

Baru sahaja dia mahu beransur pergi, langkah automatik mati.

"Eh sekejap. Macam kenal?" Jari telunjuknya dihalakan ke arahku. Keningnya berkerut gaya cuba memproses siapakah mahluk berkaki dua dihadapannya itu.

Terkedip-kedip mataku memandangnya. Sekali pandang, aku dah boleh cam siapa dia.

"Awak ingat saya ni pengemis ke apa?" Aku sudah cekak pinggang disitu. Amboi! Suka-suki dia aje tinggalkan duit macam aku ni peminta sedekah. Kalau iya pun, bagilah lebih sikit. 100 pun cantik!

"Kawan Ez kan?" Soalan aku tidak dibalas, sebaliknya dia menyoal aku semula.

"Awak Isma kan? Personal trainer Amirul dulu?" Kami saling berbalas soalan.

Dia mengangguk. "Sejak bila tukar job jadi binatang? Dah bosan sangat ke jadi manusia?" perlinya dengan muka tak berperasaan dia.

Terus berasap-asap telingaku. Rasa nak sula dia dengan kepala katak ni pun ada.

"Cakap baik-baik sikit boleh ? Katak ni pun makhluk Allah." Bebola mata ditolak ke atas. Kemudian, aku dapat menangkap tawa halusnya.

"Serious question, awak buat apa tengah-tengah hari dengan kostum katak tu? Biasa saya tengok, malam-malam aje orang pakai kostum tu. Jarang nak jumpa katak yang buat kerja overtime."

Hai, ini dah melebih!

"Sukahati sayalah! Saya yang panas ke awak yang panas? Yang awak nak panas punggung kenapa? Nah, ambil balik duit ni! Saya taknak." Sekeping not lima puluh ringgit tadi kembali dihulur padanya.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now