SEPANJANG harini memang aku sengih sampai ke telinga saja. Biarlah pipi cramp sekalipun, asalkan aku bahagia. Ada jugalah dalam dua tiga orang yang dah cop aku ni kurang siuman. Tapi macam yang aku kata, ada aku kesah? Asalkan aku bahagia...
Punca aku sengih lebar, semuanya bila aku dapat berita yang Amirul akan pulang dari Penang harini. Ya, memang tak sampai seminggu lagi tapi dia dah maklumkan yang semua kerjanya disana sudah selesai.
Entahlah, aku tak tahu kenapa aku boleh rasa bahagia sebegini. Seakan-akan duniaku terasa selamat kalau ada Amirul disini.
"Sengih-sengih macam orang gila ni dah kenapa?"
Teguran Adli tadi buatkan segala fikiran aku yang terbang entah kemana tadi hilang begitu saja. Aku kembali sedar ke dalam dunia nyata. Kepala terpaksa didongak sedikit untuk melihat wajahnya.
"Sukahati aku la nak sengih pun, bukannya pinjam mulut kau," bidasku. Kacau daun betullah!
Adli mula mengambil tempat berhadapan denganku. "Memang la tak pakai mulut aku, masalahnya mata aku ni yang sakit dok tengok kau sengih-sengih macam tu. Oh, aku tahu kenapa kau nampak bahagia je harini," kata Adli tiba-tiba.
Aku panggungkan wajah ke arahnya. Tangan dilipat separa dada. "Hm, apa yang kau tahu?" Kita tengok teori apa pula yang dia cipta kalini. Kening dijongket isyarat menunggu jawapan dari mulutnya.
Adli sekadar orak senyum. Pandang kiri dan kanan dahulu sebelum dia merapatkan jarak kami. "Kau sengih-sengih sebab dapat dating dengan Fawzul kan semalam," bisiknya sambil dia tersenyum senget.
Mendengarkan itu, buatkan aku terus tegakkan tubuh badanku. Seraya seketul penumbuk diangkat tepat ke arah wajahnya. Hanya itu amarannya. Adli sengih dan buat gaya meminta maaf berkali-kali.
Sebaik sahaja Fawzul memberikan wang pinjamannya kepadaku, maka dengan itu, bermulalah syaratnya. Masuk semalam, sudah tiga hari aku keluar bersamanya. Bermacam-macam tempat dan aktiviti yang dia lakukan bersamaku.
Cuma, hanya satu perbezaannya. Tiada langsung rasa bahagia tatkala keluar bersama Fawzul. Apa yang aku fikir, hanyalah keluar untuk mengikuti segala syaratnya semata. Sangat berbeza rasanya bila aku keluar dengan Amirul.
Aku tahu aku tak patut membandingkan mereka berdua. Tapi itulah, hati dan perasaan ini kita tak boleh nak paksa. Aku tak nafikan, ada juga kesenangannya keluar bersama Fawzul. Contohnya, dia memang seorang lelaki yang budiman. Buktinya, semua benda dia yang uruskan. Aku hanya keluar, berjalan guna kaki. Itu saja.
Tapi kalau keluar dengan Amirul pula, ibarat aku keluar bersama perasaan. Setiap saat dan minit bersamanya, aku dapat rasakan sebuah kebahagian yang tak pernah aku kecapi dimana-mana.
Itu yang membezakan di antara mereka berdua.
"Aku peliklah Senja, sejak dua tiga harini, kau asyik keluar aje dengan Fawzul. Korang berdua ada apa-apa hubungan ke?" tanya Adli sekadar ingin tahu.
Aku terdiam. Namun, tak sampai sesaat aku geleng menidakkan. Aku faham kenapa Adli boleh berfikir sampai kesitu sekali. Iyalah, tamat saja waktu bekerja, memang Fawzul akan terus ajak aku keluar. Begitulah kejadian setiap hari. Manalah orang yang syak kami ni ada hubungan.
It's okay Senja, hanya sampai hujung bulan ini saja!
"Kalau tak ada hubungan, hmm..." Adli usap dagunya. "Pelik. Sebab dulu kau yang cakap dengan aku, yang kau tak suka dengan si Fawzul tu. Tapi aku tengok, kau yang rela hati ikut dia keluar?"
Buat kali yang keduanya aku terdiam lagi. Mustahil aku akan bagitahu Adli tentang syarat kami. Biarlah dia nak fikir apa sekalipun. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.
YOU ARE READING
SENJA [OG]
RomansaSENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berubah, buatkan Senja mencuba bermacam-macam cara untuk mengubah perwatakaannya. Salah satu caranya, dia...