BAB 27

956 75 7
                                    

NAFAS ditarik panjang-panjang. Aku berhenti seketika, cuba mencari nafas yang semput. Kawasan disekelilingku dipandang lama. Kalau diikutkan dengan location yang dihantar Amirul tadi, benarlah disini. Tapi biar betul dekat sini?

Bangunan lama?

Amirul tak main-main kan? Atau dia sebenarnya nak prank aku aje? Sebabnya kalau diikutkan, location yang dihantar adalah tingkat paling atas, iaitu rooftop. Kejadahnya dia buat kat atas tu?

Penat aku tadi pun tak habis lagi. Oh, terima kasih juga aku ucapkan pada seorang wanita ni, sebab sanggup hantarkan aku kesini. Alkisahnya, dia nampak berlari macam orang gila tengah-tengah malam buta ni, terus dia offer tumpang naik kereta dia.

Aku tak menolak. Iyalah, rezeki bukan datang bergolek. Dan sekarang aku masih di bawah, memikirkan patut atau tidak aku ke atas.

Hampir lima minit aku termenung, dan akhirnya, aku buat keputusan untuk naik saja. Apa-apa yang terjadi kat atas, pandai-pandailah aku settlekan sendiri.

Anak tangga dipanjat satu persatu. Mulut berkumat-kamit dengan zikir sambil lampu suluh telefon dibuka. Aku lajukan langkah. Sampai tingkat teratas, pintu yang tidak berkunci itu ditolak buka.

Boom! Haha, kosong tanpa sebarang manusia.

Aku hela nafas panjang. That's it! Dia betul nak main-mainkan aku. Atau sebenarnya... dia dah balik? Jam di pergelangan tangan kananku, dikerling. Ya, aku dah lewat hampir sepuluh minit. Jam sekarang adalah 12.09 tengah malam.

Aku terus jatuhkan tubuhku di atas lantai. Kaki dilunjurkan ke hadapan. Aku tak salahkan Amirul kalau dia dah balik sekalipun. Jujur, semuanya berpunca dari aku.

Kalaulah aku tak mengada pergi off telefon, mesti aku dah dapat pesanannya lebih awal.

Aku mengeluh. Rambut yang hampir menutupi separuh mata itu ditolak kebelakang. Dan tiba-tiba telingaku dapat menangkap bunyi percikan bunga api.

Aku terus bangkit dari duduk, dan merenung langit yang kini dihiasi dengan percikan bunga api itu. Cantik! Sangat cantik! Kamera telefon cepat-cepat dibuka. Sempat aku merakam dalam beberapa minit percikan bunga itu tadi. Setelah beberapa minit, keadaan kembali bertukar sunyi.

"Siapalah yang main bunga api tengah-tengah malam buta ni? Nak kata harini tahun baru, macam tidak." Aku mengeluh perlahan kemudian, punggung kembali dilabuhkan seperti posisi tadi.

Rakaman bunga api itu kembali ditonton. Tanpa sedar, hujung bibirku naik sedikit.

"Cantikkan?"

"Arghhh!" Telefon ditanganku aku terus campakkan kehadapan. Dada kiri dipegang. Heh! Bila masa pulak ada suara orang dalam rakaman itu tadi? Mata aku pejam serapatnya.

No, no! Tolong jangan ganggu aku sekarang. Kalau iya pun, tolonglah tunggu aku dah turun bawah dulu. Dup dap, dup dap! Jantung aku sudah berdetak laju, sama rasanya bila baru habis merentas desa.

"Bukalah mata tu Senja... Sampai bila you nak pejam mata you tu?" tegur satu suara.

Oh, sekejap! Aku macam kenal suara tu! Mata aku langsung dicelikkan semula. Pandang disisi dan automatik mataku mula terbeliak besar.

"Mirul?!" jeritku tidak percaya. Aku bingkas bangun dari dudukku.

Amirul sekadar senyum. Dia hanya membuang pandang ke arah langit kelam. Amirul pada malam ini hanya memakai windbreaker jaket berwarna hitam dan dipandankan dengan seluar jeans berwarna hitam. Yang berbezanya, harini dia memakai cap dengan gaya kebelakang. Jujur, dia memang nampak kacak malam ini.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now