BAB 14

807 87 4
                                    

ANEH! Takkan disebabkan kejadian tempoh hari, Amirul terus menjaga jarak denganku? Tiga hari sudah berlalu, batang hidung Amirul langsung tak ku lihat. Bercakap dengan dia apatah lagi. Banyak kali je aku cuba kontak Amirul. Tapi seperti yang dijangkakan, dia langsung tak ambil peduli.

Call tak pernah nak berangkat. WhatsApp tak reti nak reply. Dia nak apa sebenarnya? Nak taknak aku kena jugak pujuk Amirul. Disebabkan rasa serbasalah walaupun aku tak tahu celah mana salah aku pada dia. Dan kalau bukan disebabkan itu, tak adalah sampai aku ambil cuti harini.

Ya... Harini aku tekad mahu memujuk Amirul. Semalam aku sendiri dah memaklumkan pada Fawzul. Alasan yang aku cipta padanya adalah, 'saya ada urusan keluarga.' Kelentong aku menjadi bila Fawzul langsung tidak bertanya lebih-lebih dengan alasan yang diberikan.

Untuk kali yang ke-97, aku masih melekapkan telefon di telinga. Berharap agar Amirul menjawab panggilanku. Aku rancang mahu ajak dia keluar harini. Kemana-mana pun tak kesahlah.

"Angkatlah..." gumamku perlahan.

Masih tiada sahutan!

Aku tahu Amirul sengaja taknak angkat. Terang-terang disitu tertera 'ringing'. Aku mengeluh panjang. Tapi tak semudah itu aku akan berputus asa.

Kali ke-98!

"Jawablah Mirul... Kalau kau tak angkat, aku hantar saka dekat rumah kau..."

Finally! Setelah hampir beratus kali, dan setelah hampir telefon aku meletup disebabkan dia, panggilan mula bersambung.

"Hm, nak apa?" Amirul menyoal malas.

Woah! Berjaya juga ugutan aku tadi. Nasib baik kau angkat, kalau tidak, nyaris-nyaris aku nak buat perkara syirik tadi. Aku berdehem dahulu.

"Sibuk ke?" tanya aku ala-kadar. Suara aku buat-buat selamba. Acah-acah macam aku tak kesah dengan dia, walhal hampir seratus panggilan aku dia tak jawab.

"Tak." Macam yang aku agak. Suara dingin!

"Baguslah! Aku nak ajak kau keluar." Malas nak berbasa-basi dengannya, aku terus ajukan hasratku.

"Wow! 98 missed call, just for asking me on a date?" soal Amirul seakan-akan mengejek aku.

"Correction Mr. Jerk, it's not date. Jangan nak delulu tahap dewa sangat." Menjengkelkan betul! Dia ingat aku ni hamak sangat ke nak keluar dengan dia. Heh!

"Well... 98 missed call tu dah cukup menunjukkan kan yang you memang terdesak nak keluar dengan I. But it's okay... Itulah yang dipanggil 'effort'. Mahal effort  you tu..." Aku yakin kalau Amirul ada kat depan aku ni sekarang, mesti dia dah tayang muka sinis dia tu.

Tapi kalau betul dia kat depan aku, tak fikir dua kali, memang aku dah backhand kepala dia. Apasal Amirul ni tiba-tiba jadi macam ni? Setan mana yang dah rasuk diri dia ni hah?

"I'm not that desperate actually... Kalau kau taknak aku pun tak hamak. Chaw!" Namun baru sahaja, aku nak letak panggilan, suara nyaring Amirul lebih pantas menghalang.

"Wait! Relaks la Senja... Macam ni ke cara you pujuk orang?"

Aku terkedu. "Siapa cakap aku nak pujuk kau? Dan apa salah aku sampai kena pujuk kau?" Aku soal dia balik. Padahal benda betul, cuma biasalah ego perempuan. Mestilah kita nak menang aje.

Amirul ketawa halus.

"Entah. You rasa sebab apa?" tanya Amirul bersahaja.

Bebola mata aku tolak ke atas. Dah lah! Aku nak ubah fikiran aku. Buang masa aku aje dia ni.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now