BAB 41

636 68 21
                                    

SELESAI makan tengahari tadi, Fawzul offer diri untuk hantar aku pulang. Berkali-kali aku cuba tolak, dengan alasan taknak susahkan dia. Lagipun perang dunia ketiga baru saja dilancarkan di rumah ini, jadi aku taknak masuk campur apa-apa lagi. Kalau boleh aku terus cabut lari. Amirul, aunty semua dah buat hal masing-masing, Terkilan juga aku. Tak sempat nak ucapkan terima kasih atau apa-apa.

Dan Encik Izzudin pun berkali-kali datang minta maaf pada aku. Mungkin malu pada aku. Tambah-tambah lagi, bila aku sebagai orang luar, terpaksa melihat drama mereka anak beranak. Tapi aku langsung tak heran. Kalau nak dibandingkan dengan drama keluarga aku, jauh lebih brutal. Cakap pasal keluarga, tiba-tiba rindu dengan adik-adik. Apa agaknya keadaan mereka di rumah? Mak bagi ke dia orang berdua makan? Risau aku.

"Dah siap? Jom?" Entah dari mana, Fawzul sudah berdiri disisiku. Dia yang hanya mengenakann T-shirt kosong berwarna hitam dengan dipadankan dengan seluar bewarna kelabu. Hanya pakaian kasual di petang hari.

Aku mengangguk. Tak sabar juga nak pulang ke rumah. Setelah itu kami melangkah bersama-sama ke arah keretanya. Tak lama setelah itu, kereta mewah Fawzul mula membelah jalan raya. Macam biasa, keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Hanya selesa kunci mulut masing-masing. Dari tadi aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Macam-macam hal yang aku fikirkan tika itu.

"Maaflah sebab awak terpaksa tengok keluarga saya bergaduh tadi. Mesti awak terkejut kan?" Soalan Fawzul buatkan kepala aku terus berpusing menghadapnya.

"Saya nak terkejut buat apa? Keluarga saya pun macam tu. Saya dah biasa tengok orang bergaduh. Dari kecil, mak dengan arwah abah saya selalu bertengkar. Kadang kami adik-beradik yang jadi mangsa. Jadi setakat bertengkar mulut macam tu..." Aku geleng kepala sekali sebelum menyambung, "Saya dah lali."

Kalini Fawzul pula yang nampak terkedu. Mungkin tak sangka aku akan balas sebegitu. Nak buat macam mana? Sepahit apa pun kenyataan itu, itulah hakikat yang harus ditelan.

"Ez tak pernah buat perangai macam tu. Memang dia benci kami, tapi dia tak pernah lagi naikkan suara macam tu. Tapi tadi... mungkin dia dah hilang sabar. Saya faham perasaan dia. Marah. Lagipun betullah apa yang dia cakap tadi, kami ni hanya menumpang harta arwah ayah dia..." Kendur suara Fawzul buatkan kening aku bercantum.

Aku geleng dulu tanda tak setuju.

"Mungkin dia pun tak sedar apa yang dia cakap tadi. Biasalah kita ni kalau tengah marah, bercakap ikut suka hati aje. Tak mampu nak lawan bisikan syaitan dalam diri. Tapi saya yakin, Mirul tak maksudkan macam tu," balasku sekadar mahu menyedapkan hatinya.

Fawzul senyum kelat.

"Nanti awak pujuk la dia. Saya yakin, hanya awak aje yang mampu buat hati dia tenang..."

Aku terus terdiam. Hanya aku?





TAK sampai dua puluh minit, kereta Fawzul diparkir betul-betul dihadapan rumahku. Aku pandang ke luar jendela. Mujur rumahku masih ada. Iyalah, tiga hari aku tak balik rumah, risau juga kalau-kalau rumah habis dijilat api.

"Terima kasih hantar saya balik." Sebelum aku keluar, sempat aku ucap terima kasih pada dia. Gamaknya kalau dia buat dek je tadi, mungkin aku tengah balik jalan kaki sekarang. Mujur juga ada dia.

Fawzul senyum nipis. "Tak ada hal. Kalau ada apa-apa nanti, bagitahu saya. Sekali lagi, saya minta maaf." Masuk kalini, entah berapa kali dia minta maaf pada aku. Padahal bukan salah dia pun.

Aku senyum segaris. Setelah itu, aku terus keluar dari perut keretanya. Fawzul hon sekali sebelum dia terus beredar pergi. Dari jauh, Saida dan Said berlari mendapatkan aku.

"Akak!" Tubuhku dipeluk mereka serentak. Tersentak juga aku disini. Kepala mereka diusap silih ganti.

"Apahal ni?" soalku hairan.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now