BAB 21

829 85 2
                                    

"KAU kalau sehari tak pedajal anak orang, memang tak sah hidup kau kan Senja? Baru aje tadi aku pesan, jangan dibuat benda yang bukan-bukan dekat budak tu. Tapi tengoklah... Apa lagi yang kau dah buat dekat budak bandar tu?" bebel Tok Wan panjang lebar.

Aku terpaksa tadahkan telinga. Balik sahaja tadi, memang Amirul berlari sepantas kilat, lepastu, terus mengadu dekat Tok Wan. Sempat Tok Wan perambat aku seround dengan penyapu dulu, sebelum dia mula bukak kelas tazkirah disini pula...

Amirul pula sudah masuk ke dalam. Tok Wan suruh dia cucikan diri dahulu.

"Mana ada Senja buat apa-apa dekat dia Wan..." Aku masih cuba mempertahankan diri sendiri. Walaupun nampak macam tak ada guna, tapi tak salah kita mencuba.

"Banyaklah kau punya tak buat apa-apa, kalau dah budak tu balik penuh lumpur dekat badan dia!" marah Tok Wan. Lengan aku sempat dicubit sekilas.

"Ish Wan ni... Mirul tu terjatuh dekat dalam bendang la. Licin katanya..." Aku berdalih lagi.

"60 tahun aku hidup, tak pernah tergelincir dalam bendang Senja. Kau kalau nak menipu aku pun, bagilah alasan yang munasabah sikit. Sekejap lagi aku tanya budak tu, siap kau!" Sempat dijeling aku sekilas, sebelum Tok Wan terus masuk ke dalam rumah semula.

Aku mengeluh. Ergh! Cucu sendiri taknak percaya! Dalam pada itu, kelibat Said dan Saida mula kelihatan. Entah muncul dari mana.

"Haa yang korang berdua ni kemana pulak? Baru sekarang ingat jalan balik? Ingat dah kena sorok dengan bunian tadi," sindir aku.

"Kitorang pergi sungai ajelah akak..." jawab Said.

"Bagus sangatlah pergi sungai maghrib-maghrib ni. Kena sorok dengan hantu kopek, akak tak tahu..."

Said dan Saida terus jeling aku. "Alaa, yang akak tu main pacak-pacak basikal dekat tengah kampung boleh pulak?" Si Saida pula mencelah.

Tercebik aku disitu. Shit! Dia orang nampak ke aksi tak bermoral aku tadi? Aku berdehem sekali. "Bila masa pulak?! Dah pergi masuk sebelum akak sebat punggung masing-masing."

Tanpa membantah, Said dan Saida terus berlari masuk ke dalam. Sempat dirempuh tubuh aku yang sedang duduk di tangga itu. Aku merengus.

"Sakitlah gila! Punyalah besar aku dekat sini, macam tu je korang langgar?" jerit aku geram.

"Sorry akak!" laung mereka serentak.






SEMINIT sudah berlalu, tawaku masih tersisa. Perut yang terasa senak dek terlalu banyak ketawa diusap-usap. Lucu betul!

"Kau ni dah kenapa?" soal Tok Wan garang. Pinggang dicekak dihadapanku.

Aku angkat muka. Tak sampai sesaat, ketawa aku kembali pecah. "Wan! Dah kenapa bagi Mirul pakai macam tu?" soalku masih dalam tawa.

"Pakai macam mana? Elok aje aku tengok dia tu?"

Aku tarik nafas panjang-panjang. Okey! Enough Senja! "Tu, kain pelekat tu. Dah tak ada seluar ke dalam rumah ni Wan? Lepastu, Wan tengok la cara dia pakai kain pelekat tu. Eh, Mirul kau ingat itu kain batik ke kau nak ikat macam tu?" Boleh pula kain pelekat dia buat stail kain batik. Ish!

"Apa? I lebih selesa pakai macam ni, suka hati I lah!" bidas Amirul balik.

"Kalau tak disebabkan kau, tak adanya si Mirul ni mandi lupur. Dia pulak tak ada bawak baju spare. Baju arwah atok kau ajelah yang ada," kata Tok Wan lagi.

"Wan tolong la ajar si Mirul ni ikat kain pelekat."

Tok Wan terus jeling aku. "Kau ajelah yang ajarkan dia. Bakal laki kau kan?"

SENJA [OG]Where stories live. Discover now