BAB 07

830 82 5
                                    

HARINI aku sudah boleh masuk kerja seperti biasa. Walaupun cutinya hanya sehari, tetapi rasanya macam berbulan-bulan. Masuk sahaja ke dalam premis restoren, aku nampak Husna sudah berlari-lari anak ke arahku. Minah tu kalau tak over tak sah.

"Welcome back Senjaku!" sapa Husna penuh riang. Badan aku dipeluk erat.

Aku menjeling. Haa mulalah tu. "Tak payah nak berwelcome back sangat. Aku cuti sehari je. Kau pergi buat kerja kau, sebelum aku swing kepala otak kau..." halau aku senada. Badan Husna aku tolak menjauhi.

Husna mencebik. "Ee, garang!"

Aku hanya buat tak endah. Beg sandang aku cabut dan disumbatkan ke dalam locker. Apron yang berada di dalam beg aku capai keluar dan disarungkan di tubuhku.

"Senja, aku ada 'tea' yang nak dispill kan dengan kau. Gosip paling hangat di pasaran!" bisik Husna sambil dia menyiku beberapa kali lenganku.

Aku tutup pintu locker sebelum aku pusing menghadapnya. "Uish, aku baru cuti sehari dah ada gosip terhangat eh? Hmm apa dia?" Aku terus berlalu pergi. Tak sampai beberapa saat, Husna terus menyaingi langkahku.

"Bos..." Kemudian, Husna diam.

Langkah aku terus mati. Aku pandang ke arahnya dengan kerutan. "Haa kenapa dengan bos? Bos dah tak ada ke? Inna..."

"Woi gila ke?! Bila masa pula bos tu mati. Elok aje hidup orang tua tu. Bukanlah! Ni pasal lain."

Aku angguk-anggukkan kepala. Fuh, ingatkan apa tadi. Tapi kalau betul pun... Ish! Laju aku menggeleng. Aku terus berjalan lagi ke arah sebuah meja kosong sebelum punggung dihenyak. Begitu juga dengan Husna.

"Lepastu cerita la cepat... Kau ingat aku ni boleh baca fikiran kau ke?" Sementara itu, telefon bimbit yang diletakkan di belakang kocek seluar, aku keluarkan sebelum diletakkan di atas meja. Barulah aku boleh fokus pada cerita Husna semula.

Sebelum Husna mula bercerita, kepalanya toleh ke kiri dan ke kanan dahulu. Ibarat mencari lampu hijau sebelum menumpahkan tehnya itu. Husna merapatkan dirinya dengan aku lagi.

"Semalam, isteri bos datang..."

Aku menjeling. Minah ni sukalah cerita sepatah-sepatah. Aku ni kesabaran sudahlah senipis tisu.

"Una, kalau kau cerita sekerat-kerat macam tu lagi, aku risau esok kau dah tak masuk kerja dah. Kau masuk hospital. Nak cerita, cerita la bagi perabis! Buang masa aku betul lah kau ni!" Aku merengus panjang.

Husna menyengih. "Hehe, sorry kawan. Saja nak buat kau suspen. Okey, cerita dia macam ni. Semalam, bini bos datang restoren ni. Lepastu kau tahu apa jadi? Okey, kau tak tahu..."

"Sambung. Lepas dia datang, dia masuk bilik bos. Tak sampai lima minit macam tu, kitorang dengar bini bos menjerit-jerit. Yes, mestilah bergaduh suami isteri..."

"Tu je? Biarlah dia orang nak bergaduh laki bini pun. Normal kan bergaduh? Lain la dia bertikam ke apa..." Aku fiirkan gempak sangat teh tu. Bosanlah... Aku tayang muka bosan.

"Itu je kau kata? Hei, dengar dulu bagi habis boleh tak? Itu baru permulaan..."

Okey... nampaknya cerita ini semakin menarik. Aku rapatkan lagi jarak kami. "Lepastu apa jadi?" bisik aku tidak sabar.

Husna jongketkan keningnya beberapa kali. "Haa itulah kau, aku dah cakap, gosip ni hangat."

"Ish cerita ajelah!" pintas aku tidak sabar. Tak ada masa aku nak dengar mukadimah dia. Main point dia mana?!

"Masa dia orang bergaduh, bini bos tu dah bongkarkan segala-galanya. Tapi, kitorang bukan nak masuk campur pun urusan dia orang laki bini, tapi masalahya. suara bini bos tu macam tertelan mikrofon masjid. Kuat gila! Bini dia cakap..."

SENJA [OG]Where stories live. Discover now