BAB 38

456 59 7
                                    

HARI yang paling aku benci. Hari yang aku rasa nak lupuskan diri dalam muka bumi ni. Siapa sangka, hampir berapa tahun aku cuba melarikan diri. Pelbagai tipu helah aku dah cipta. Entah berapa hikayat apa aku dah reka, sampai satu tahap, aku dah tak tahu nak tipu mereka apa lagi.

Dan harini, dengan bangganya, aku dah gagal.

Ya, awal pagi lagi Husna dah seret aku, sanggup jadi pengawal peribadi tak berbayar aku semata-mata taknak aku larikan diri lagi. Haih. Tak sempat nak tayang drama murahan.

Dan hasilnya, harini dengan muka penuh terpaksa, kelat, tegang seolah-olah pisau diletak tepat dekat tengkuk, aku terpaksa hadir.

Reunion.

Satu majlis yang aku paling benci. Oh mungkin aku tak bencikan majlis ni, tapi aku benci dengan para tetamunya. Yang pastinya adalah rakan sekelasku sewaktu zaman sekolah menengah dahulu.

Kenapa aku benci mereka?

Terlalu banyak sampai tak terkira jari. Tengok muka pun rasa nak katuk dengan heels setinggi tiga inci ni. Dan mungkin harini aku kena pandai mengawal diri sebelum ada kejadian yang tak diingini berlaku.

Untuk reunion kali ini, aku hanya memakai baju yang disewa sewaktu aku dan Husna keluar mencari haritu. Nampak kekok. Atau lebih teruk nampak aneh. Rasa macam ada roh lain dalam badan. Mana taknya, perempuan yang langsung tak pernah pakai dress segala, tiba-tiba harini bertukar mengalahkan Cinderella.

Tapi aku tak nafikan, aku memang nampak cantik dan berbeza. Yang kalau dipandang sekali, boleh terkehel batang leher.

Solekan di wajahku, adalah hasil sentuhan Husna sendiri. Lagipun dari awal, dia yang beria-ia nak jadi mua tak berbayar aku. Malas nak kompelin lebih-lebih, aku hanya tadah muka sehingga siap. Hasilnya, memang meletup kebabom! Aku tak sangkal, hasil tangan Husna memang tiptop!

Dan sekarang anak mata aku tak duduk diam. Kiri kanan kupandang. Cuba mencari susuk Husna. Ya, tahu nak buat jejak kasih dengan kawan-kawan yang lain, tapi janganlah tinggalkan aku seorang diri kat sini. Sudahlah aku tak rapat dengan sesiapa selain dia disini. Bibir bawah digigit. Tak senang duduk.

"Hai." Suara garau itu buatkan batang tubuhku mengeras dengan serta-merta. Terus aku pejam mata. Tolong jangan tegur aku! Anggap aku perhiasan bumi sekalipun aku dah cukup bersyukur. Tak perlu nak buat temu-ramah mesra disini. Mulut tak henti berzikir supaya gerangan tadi kembali pergi.

"Senja!" Dia lambai-lambai tangan tepat dengan muka aku.

Serentak itu, aku terus celik. Dalam sekejap, mata sedikit terbuntang. Tak percaya.

"Mirul!" Suara hampir menjerit, namun cepat-cepat aku tahan. Hujung bajunya ditarik menjauhi kawasan keramaian itu. Kami berhenti betul-betul dihujung dewan. Jauh dari manusia-manusia yang lain. Anak mata aku terus jatuh meneliti segenap inci pemakaiannya.

Hmm, boleh tahan! Nampak macho. Baju tuxedo yang dipilih aku haritu, tersarung kemas di atas tubuh badan tegapnya. Stail rambut dia memang lain. Gaya undercut. Pendek dan kemas. Mungkin baru lepas potong. Penampilan Amirul malam ini memang bukan seperti hari-hari biasa. Siapa yang tak kenal dia, mungkin tak akan percaya pun yang dia ni.... lembut.

Amirul senyum kambing.

"Kenapa? Nampak handsome sangat ke I malam ni, sampai tak berkedip mata you pandang I?" Macam biasa sinis. Terselit nada mengusik. Lagi bertambah seronok bila tengok muka aku dah macam udang panggang!

Aku berdehem dulu. Cuba kawal riak wajah.

"Mana ada. Nampak biasa aje. Basic," balasku mendatar. Anak mata cepat-cepat dilarikan ke arah lain.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now