BAB 09

771 86 7
                                    

"KAU tak cakap pun dengan aku yang kau ada company sendiri. Aku ingat kau cuma kerja sebagai fotographer biasa," ujarku setelah sekian lama kami mendiamkan diri.

Ketika itu, kami berada di sebuah taman. Aku tak tahulah kenapa Amirul tiba-tiba angkut aku kesini. Walhal, tadi nampak gayanya macam dia ada urusan lain dengan Elena. Aku jamin, Elena mesti tengah tunggu dia sekarang.

"Buat apa I nak bagitahu? I ni bukannya spesis yang riak takabur," balas Amirul sambil dia menyedut air kotaknya.

Aku mencebik. Tapi benarlah apa katanya tadi. Kalau orang lain, aku gerenti mereka dah canang satu dunia yang mereka itu bos aka ceo company. Tapi yang aku nampak dalam diri Amirul, dia sejenis yang suka bersederhana. Pakaian dia pun langsung tak melambangkan yang dia itu seorang bos.

"Berapa lama dah kau bangunkan company tu?" Suka untuk aku tahu kisah hidupnya. Dengan umurnya yang masih muda itu, memang aku tabik spring padanya.

"Lepas I habis sekolah. Tapi you jangan salah faham pula, I bukannya bangunkan company tu sorang-sorang, family I yang banyak beri tunjuk ajar. Papa I dulu, dia pun minat dalam bidang fotografi ni. Dia jugalah yang guide I selama ni," cerita Amirul.

Aku angguk-anggukkan kepada dengan ceritanya. Beruntung sangat dalam keluarga yang sangat supportive. Yang boleh mendukung apa pun yang kita minat. Tapi sayang, aku tak boleh nak rasakan semua itu.

"Boleh I tanya you something?"

Fikiran aku yang sudah terawang kemana tadi, terus mati. Aku toleh ke arah Amirul sebelum aku menganggukkan kepala. "Tanyalah..."

"Kenapa you cari kerja baru? Bukan you kata, you kerja dekat restoren ke?" Amirul menyoal dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.

Aku senyum dahulu sebelum aku menunduk ke bawah. Batu kerikil yang bertaburan di hadapan kakiku, aku sepak menjauhi.

"Aku kena pecat." Kelat sahaja ayat itu meluncur dari bibirku. Walaupun aku bukanlah dipecat mengikut polisi syarikat, tapi aku yakin, dengan apa yang aku dah buat dengan bos tadi, memang layaklah aku dipecat pun. Itu pun aku masih bersyukur sebab bos tak angkut aku ke balai. Kalau tidak lagi panjang ceritanya.

Aku nampak raut wajah Amirul mula bertukar serbasalah.

"Well... I tak akan tanya kenapa you dipecat..." balas Amirul dengan senyuman kekok.

Aku hela nafas panjang.

"Oh, why not you kerja dengan I?" cadangnya tiba-tiba.

Dengan pantas aku terus menoleh ke arahnya. Lama aku merenungnya seolah-olah tidak percaya dengan pelawaannya tadi.

"Aku? Kerja dengan kau? Sebagai apa?" Bertubi-tubi soalan aku ajukan kepadanya.

"Yes you. Ya, kerja dengan I. Sebagai orang kanan I." Semua pertanyaan aku tadi, dijawab Amirul dengan penuh tenang.

Aku gelengkan kepala dengan laju. Aku tak setuju. Dan ada sebab kenapa aku setuju dengan pelawaannya tadi. Antaranya adalah, "Kalau aku jadi orang kanan kau, Elena kau nak campak mana? Aku tak sejahat itu lagi nak rampas jawatan dia."

Sesaat kemudian, Amirul ketawa bebas.

"Apa you ni? Sejak bila I suruh you rampas jawatan Elena? Elena tu ada la jawatan dia sendiri. Basically, tugas Elena hanya di dalam ofis. Tugas you pula, ikut aje I kemana pun I pergi. Contohnya, kalau I dapat job wedding, you ikutlah sekali," terang Amirul berjela.

Aku terdiam. Dalam pada itu, hati aku jadi berbolak-balik. Aku sebagai orang kanan dia? Mampu ke aku galas tanggungjawab itu. Sudahlah aku langsung tak ada ilmu dalam seni fotografi ini.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now