BAB 20

1K 96 4
                                    

"KAU snap gambar aku lagi, memang terbang kamera kau dalam bendang sana tu..." ujarku dengan renungan membunuh.

Amirul disisi tercebik. "Eyy, perasaannya you. I tangkap gambar pemandangan bukan muka hodoh you tu. Jangan nak perasan main character kat sini boleh tak?" Amirul jeling aku. Kemudian, dia terus buat-buat menangkap kawasan sekeliling semula.

Aku berdecit perlahan. "Haah, pemandangan atas dahi kau! Macamlah aku tak nampak, yang dari tadi kamera kau tu dok hala kat muka cantik aku ni je. Nak jadi paparazi pun bagitahu la awal-awal. Boleh aku posing lawa-lawa sikit. Maklumlah, kitanya tak photogenic." Aku ketawa mengejek kearahnya.

Jawapan aku buatkan Amirul merengus geram.

"Perasan!" sembur Amirul sebelum dia terus berjalan melintasi aku.

Aku mengekek ketawa dibelakang. "Cepatlah Mirul! Aku posing baik punya untuk kau. Nanti, kau cuci, letak dalam album rumah kau," sakat aku lagi.

"Tak kuasa I!" balas Amirul kuat.

Dalam kami berdua masih berperang mulut, anak mata kami disapa dengan pemandangan kandang kambing Tok Wan. Tiba-tiba, Amirul terus berpaling dan berlari dibelakangku.

"Asal? Kau ada ternampak kambing Wan terbang ke?" selorohku.

Amirul tekup hidung dengan menggunakan telapak tangannya. Kepalanya digeleng beberapa kali. "Bu...busuk! I nak balik," ujarnya sambil dia berura-ura mahu melarikan diri dari situ.

Cis! Aku jeling dia. Ingatkan dia nampak kambing Tok Wan buat backflip tadi. Baru aku nak suruh dia rakam guna kamera dia tadi. Busuk? Cuba bagitahu aku, kandang kambing mana aje yang wangi baunya?

"Busuk ke? Alolo kesian dia... busuk ya? Maaflah, kambing-kambing Tok Wan ni, kebanyakannya ada Akuafobia."

"Apa benda tu?" soal Amirul hairan.

"Takut dengan air," balas aku ringkas. Tanpa menunggu balasan Amirul, aku terus hayunkan kaki kehadapan.

"Senja! Jom la balik!" laung Amirul dari belakang.

"Rileks la, main kambing dulu!" Penat-penat aku berjalan, macam gitu aje dia ajak balik. Tanpa masih menghiraukan Amirul dibelakang, aku hayunkan kaki ke arah kandang kambing Tok Wan. Dan ketika itu mata aku disapa dengan susuk seorang lelaki.

Abang Man.

"Eh, Senja? Buat apa datang sini?" soal Abang Man. Kalau nak tahu, Abang Man inilah yang bertanggunjawab menjaga keselamatan dan kebajikan kambing-kambing Tok Wan. Kiranya Abang Man ni kerja makan gaji Tok Wan.

"Saja. Oh, Senja ada bawak kawan Senja dari bandar. Kebetulan, Wan suruh bawak dia jalan-jalan pusing kampung," balasku lembut.

Abang Man senyum tipis ke arah Amirul.

"Oh iya ke? Tapi, dalam banyak-banyak tempat dekat kampung ni, kenapa kandang kambing ini juga kamu bawak dia? Selesa ke dia?"

Aku ketawa. "Barulah rasa vibes kampung tu Abang Man... Lagipun, Mirul ni memang suka dengan kambing. Dekat rumah dia pun, dia ada bela kambing. Kan Mirul?"

Dari belakang aku nampak Amirul sudah jeling aku tajam. Serentak itu, aku terus hambur tawa disitu. "Boleh tak Senja nak masuk Abang Man?" soalku.

"Hm masuklah, tapi biasalah, bau dia tu tak boleh bawak bincang sangat. Kalau tahan, masuklah."

Dapat saja lampu hijau dari Abang Man, aku terus sengih lebar. "Senja tahan la... Lagipun dulu, Senja selalu jugak ikut Wan tengok-tengokkan kambing dia."

"Kamu tu Abang Man tak kesah sangat, tapi kawan kamu tu. Tahan ke dia?" Abang Man soal aku semula.

Aku garu hujung kening. Pandang Amirul sekilas sebelum aku buat-buat berdehem. "Insya-Allah, dia tahan." Itu saja balasan aku, sebelum Abang Man mula menghantar kami masuk ke dalam kandang kambing. Jejak sahaja masuk, memang keharuman bau kambing-kambing Tok Wan mula menyucuk ke dalam rongga hidung.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now