BAB 29

828 81 4
                                    

TENANG dan sunyi. Dia diam dan begitu juga aku. Walaupun begitu, aku tetap rasa nyaman bersamanya walaupun tiada sebarang aksara yang keluar dari ulas bibir kami berdua. Sekilas, aku merenung ke arah Amirul yang sedang khusyuk melihat kehadapan.

Ketika itu, aku dan dia sudah berada di sebuah taman berdekatan. Kata Amirul, taman adalah tempat yang paling sesuai untuk mengurangkan segala beban di kepala. Aku setuju. Langsung tak menyangkal hujahnya.

Bagi aku, alam itu cukup menenangkan.

"Kau tak patut buat macam tu..." ujarku setelah sekian lama kami mendiamkan diri.

Amirul terus menoleh ke arahku dengan kening yang sedikit berkerut.

"Maksud you?" Dia soal aku balik.

"Iyalah, kau buat macam tu dekat ayah kau tadi, kau tahu tak benda tu salah?" balasku sambil kaki dihayun-hayun di udara.

Amirul hela nafas pendek. "I rasa I tak ada buat benda yang salah pun. You nampak I ada buat salah ke tadi?" Selamba aje dia membalas.

Mendengarkan jawapan si dia, buatkan aku terus menjeling Amirul tajam. Tak buat salah la konon... Sudahlah bercakap dengan bapak sendiri pun acuh tak acuh aje. Lepastu belum habis sembang, dia dah cabut lari dulu.

"Banyak tahu tak salah kau! Sepatutnya kau kena hormat ayah kau. Aku tahu, walaupun dia bukan ayah kandung kau, tapi kau tetap kena hormat dia. Full stop!" Ayat penghujung sengaja aku tekankan sedikit.

"Entahlah Senja... I tak boleh. Nak pandang muka dia pun I tak suka. Lepastu, you expect I akan beramah mesra dengan dia macam anak dengan bapak yang lain? No way." Dia gelengkan kepalanya beberapa kali.

Aku terdiam. Hmm, ada betul juga...

"Tapi apa yang kau tak puas hati sangat dengan Encik Izzudin tu eh? Aku tengok baik aje dia layan kau. Tak ada pulak dia macam mak tiri Cinderella tu," soalku ingin aku.

Amirul hanya berdecit perlahan.

"Susah kalau nak diceritakan..." balasnya mendatar.

"Kalau kau nak tahu, aku pun sama macam kau. Aku tak suka mak aku," beritahuku tiba-tiba.

"Hah?!" Laju kepala Amirul menoleh ke arahku dengan mata yang sedikit terbeliak. Nampak la tak percaya dia tu.

Aku angguk dalam senyum.

"Betullah... kau ingat aku ada masa nak tipu ke? Aku memang tak suka mak aku. Oh mungkin aku tak suka dengan perangai dia kut. Tapi dalam pada aku tak suka, aku tetap kena hormatkan dia. Macam yang aku cakap, seteruk apa pun dia, dia tetap mak kandung aku. Tak ada galang gantinya."

Amirul hanya setia mendengar luahanku.

"Aku tak suka mak aku bila dia buat perangai buruk dia tu. Aku benci. Pernah satu tahap tu, aku persoalankan dekat Allah, kenapa aku dapat mak macam dia. Kenapa mak aku tak macam mak orang yang lain..." ceritaku lagi.

"Tapi kan Senja, you tak pernah bagitahu I apa-apa pasal mak you. Apa yang mak you buat sebenarnya sampai you boleh tak suka dia?" soal Amirul ingin tahu.

Aku terdiam. Pandang dia sekilas dan aku hanya ukir senyum nipis.

"Kau betul ni nak tahu? Tak menyesal?"

Amirul gelengkan kepala.

"Tak. I nak dengar semuanya." Dengan yakinnya, dia membalas.

"Tapi kalau tanggapan kau pada aku berubah macam mana? Mana tahu lepas kau dah tahu ni, kau terus pandang aku sebelah mata?" Berdas-das soalan aku ajukan padanya. Cuma mahukan kepastian. Cukup bersediakah dia mahu dengar?

SENJA [OG]Where stories live. Discover now