BAB 25

697 72 4
                                    

"SETIAP hari?!" Tanpa sengaja suara aku ternaik sedikit. Bukan sikit, tapi banyak sampai semua kepala yang berada di dalam restoren itu langsung terteleng ke arahku. Dan tatkala semua mata-mata seakan-akan tertuju padaku, pantas suara dikendurkan semula. Aku merapati Fawzul dihadapan.

"Awak dah gila ke?" soalku dingin.

"Saya tak minta banyak pun Senja. Just keluar dengan saya setiap hari sampai hujung bulan ni. Saya tak akan minta awak bayar balik duit tu, cuma saya nak awak keluar aje dengan saya. Itu saja Senja. Susah sangat ke permintaan saya ni?"

Aku mengeluh perlahan. Badan kembali disandarkan.

"Tapi takkan la setiap hari Fawzul?" soalku masih tidak percaya. Gila! Dia ingat masa aku 24 jam ni hanya untuk diabdikan untuk dia saja ke apa?

"Kenapa? Awak takut Ez marah?" Mudah Fawzul membuat spekulasi.

"No!" bangkangku keras.

"Jadi? Apa yang membuatkan awak susah sangat nak terima perminataan saya? Senja... saya memang ikhlas nak tolong awak, tapi saya pun berhak dapatkan sesuatu dari awak. Saya janji, habis bulan ni, duit yang saya bagi pada awak kira selesai. Saya halalkan semuanya."

Aku terdiam lagi. Sebenarnya pasal permintaannya tadi bukanlah sesuatu yang berat bagi aku. Cuma yang aku bimbangkan, macam mana dengan plan aku bersama Amirul tempoh hari? Plan untuk mengubah diri kami. Kalau aku keluar dengan Fawzul setiap hari, Amirul macam mana? Aku buntu!

Tapi kalau diikutkan hutang mak lagi penting buat masa sekarang. Aku tak tahu apa akan jadi kalau aku lambat bayar hutang mengkarung itu semua. Aku mengeluh. Kalini lebih panjang.

"Ke awak dengan Ez dah declare apa-apa? Sebab tu awak takut nak keluar dengan saya. Awak takut Ez akan marah?" soal Fawzul tiba-tiba.

Terbuntang mata aku disitu. Dan kalau boleh aku nak gelak seround dengan spekulasi tak logik dia tu.

"Awak boleh tak jangan nak memandai-mandai Fawzul. Bila masa pula saya cakap saya ada hubungan dengan Amirul?" soalku bengang. Kalau beginilah banyak songehnya, tak apalah, bakar ajelah rumah aku tu. Aku redha.

Fawzul ketawa.

"Then, saya anggap awak bukan milik siapa-siapa...." Fawzul jongket sebelah bahu sambil tangan dilipat separa dada.

Aku menunduk. Macam mana ni? Perlu ke aku terima tawarannya tadi? Nak berbincang dengan Amirul pun dia tak ada disini. Argh!

"Macam mana? Deal?" tanya Fawzul lagi.

Aku merengus! Ish! Tak menyabar betul! Bagi la aku masa untuk berfikir kejap.

"Saya nak tanya awak satu soalan, contohlah, kalau tiba-tiba dalam satu hari tu, Amirul ajak saya berjumpa dia? Macam mana?"

"Saya ikut sekali." Mudah Fawuzl membalas.

Automatik aku buat muka jelik. Ih, tak malunya... Kulit apa dia pakai ni?

"Kalau dia nak jumpa berdua je?" Aku masih tak berputus asa.

"Saya akan duduk jauh. Tapi yang penting, saya kena ada disitu."

Damn it! Disebabkan terlalu geram, sampai Fawzul dihadapan pun aku jeling. Cis! Tak bagi can langsung... Aku urut-urut pelipis. Fikir lagi dan lagi, sampailah aku rasa semuanya ada hikmah. Jujur, tawarannya memang menguntungkan aku. Iyalah, 15 ribu ringgit dipinjamkan, tanpa perlu dibayar balik. Nikmat apa lagi kau mahu dustakan wahai Senja Nirmala?

"Baik, saya setuju dengan tawaran awak," putusku senada. Setelah difikir masak-masak, aku yakin ini adalah keputusan yang terbaik buatku.

"Alright! Dua hari lagi, saya akan bank in duit tu pada awak. Thankyou for your cooperation Senja Nirmala." Fawzul senyum segaris sebelum dia mulai bangkit dari duduknya.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now