BAB 23

968 91 4
                                    

"LAMA betul kau cuti eh Senja..."

Itulah soalan yang diajukan Adli sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam premis restoren. Aku hanya membalas soalannya tadi dengan sengihan. Kemudian, beg sandang dicabut dan apron terus disarung ditubuh.

"Sibuk sikit." Hanya itu jawapan aku kepadanya. Selang sehari setelah selesai majlis di rumah Tok Wan, memang aku ada minta tambahan cuti. Semuanya disebabkan badan aku yang malas nak bangkit dari katil. Kalau dikira, memang hampir empat hari jugalah aku curi tulang.

Tapi mujur Fawzul tak soal aku lebih-lebih. Cuti inipun aku minta dia yang sampaikan kepada Encik Izzudin.

"Kesian Fawzul. Tak tentu hala hidup dia bila kau tak ada..." Aku dengar suara Adli menambah lagi.

Bila nama Fawzul meniti di ruang bibirnya, laju aku menoleh ke arahnya. "Apa maksud kau?" soalku hairan. Apa kena mengena ketiadaan aku dengan keharmonian hidup Fawzul? Aku tak faham.

"Iyalah, walaupun kau tak masuk kerja, tapi dia tu tak habis-habis seru nama kau. Kejap-kejap, Senja. Kejap-kejap, Senja. Nak aje aku cuci otak dia dengan clorox. Tak faham bahasa betul." Adli tayang muka menyampah dia. Nampak betul meluat dia dengan Fawzul.

Kening aku berkerut.

"Aik? Bukan dia tahu ke aku cuti? Lagipun, aku minta cuti pun dengan dia... Takkan si Fawzul ada short term memory kut?"

"Orang angau biasalah..." Adli jongket sebelah bahu.

Aku terus angkat kain lap yang berada di peganganku itu. Acah-acah mahu melibasnya. Kalau dia sambung lagi, memang aku sumbat kain ni dalam tekak dia.

"Jangan pandai-pandai nak buat spekulasi sendiri ya." Penuh dingin aku memberi amaran. Tak suka betul aku bila orang ship-shipkan aku dengan Fawzul. Apa dia ingat ini zaman sekolah ke nak main ship-ship ni?

Adli senyum mengejek.

"Senja, Fawzul panggil dekat kitchen tu. Harini Abang Wahab tak ada, jadi kau kena handle kitchen dengan dia," maklum Yazed senada.

Aku dan Adli pandang sesama sendiri.

"Saya handle kitchen? Tapi saya tak pandai. Kenapa tak minta tolong orang yang lebih berpengalaman? Macam..." Aku pandang Adli. Dalam bahasa lainnya, apa gunanya Adli yang sudah kerja lama disini?

Bila Adli sedar dengan renunganku, langsung dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Apa? Kau jangan ingat aku nak handle belakang ya? Kerja aku memang jaga kaunter aje." Mentah-mentah Adli menolak.

"Bukannya si Fawzul tu suruh kau masak pun... Tolong dia aje. Lagipun, harini Arashah dengan Farhan cuti. Jadi kita memang dah tak cukup orang," sambung Yazed lagi.

Aku hela nafas perlahan. Dalam hati memang aku dah sumpah Fawzul banyak-banyak. Walaupun asalnya memang aku ditugaskan sebagai kitchen helper, tapi selang dua hari lepas itu, Encik Izzudin terus buang aku dari kitchen tu. Katanya aku ni tak boleh diharap.

Iyalah, baru tolong sehari, hampir terbakar restoren ini dibuatnya aku. Mungkin Encik Izzudin dah trauma dengan aku.

"Dah pergilah... Bising Fawzul tu nanti," arah Yazed sebelum dia mulai berlalu pergi.

"Fighting!" Sempat Adli memberiku kata-kata semangat sebelum dia pula yang angkat kaki dari kawasan.

Tch! Aku jegilkan mata ke arahnya.







KEKOK. Hanya satu perkataan itu yang boleh mengungkapkan perasaan aku ketika ini. Betul kata Encik Izzudin tempoh hari, aku memang tak boleh diharap. Baru lima minit aku membantu Fawzul di dapur, habis kuali disitu aku terbalikkan.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now