BAB 15

779 87 9
                                    

HABIS kami balas dendam antara satu sama lain tadi, Amirul ajak aku untuk buat aktiviti lain. Dan aktiviti itu adalah pertukaran hadiah. Senang cerita, kami kena beli hadiah untuk satu sama lain tanpa pengetahuan masing-masing.

Dan waktu itu, kami berdua mula berpecah arah. Amirul cari barang dia, dan aku mula cari hadiah yang aku nak berikan pada dia. Hampir lima minit, masih tiada idea apa yang aku nak hadiahkan pada Amirul. Aku berjalan lagi sambil anak mata sibuk mencari barang yang sesuai.

Amirul suka apa ya?

Dan waktu itu, kaki aku terhenti di hadapan sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis anak patung. Aku sengih jahat. Tak semestinya kena beli barang yang dia suka kan? Tak fikir panjang, aku terus melangkah masuk ke dalam.

"Hai!" Datang seorang wanita menyapa aku ramah.

"Hai..." balas aku sambil aku menundukkan sedikit badan.

"Awak nak cari hadiah untuk siapa? Boyfriend?" soalnya tanpa basa-basi. Aku terkedu. Uish, tak ada mukadimah apa terus main tembak aje. Kesian para-para yang single di luar sana tu kena tuduh. Termasuk aku.

Aku gelengkan kepala. "Eh taklah, bukan boyfriend. Kawan je." Laju aku menyangkal pertuduhannya tadi.

"Oh maafkan saya. Boleh saya tahu lelaki atau perempuan?" Dia tanya lagi.

"Lelaki."

"Haa betullah tu boyfriend. Boy lelaki. Friend kawan. Kawan lelaki...." usik wanita itu.

Aku pura-pura ketawa. Support ajelah lawak dia. "Akak boleh recommend tak patung apa yang sesuai untuk saya bagi dekat dia." Dia pakar, mungkin dia boleh bantu aku sedikit sebanyak.

Wanita itu usap dagunya. "Hmm susah jugak... Sebab selalunya lelaki yang hadiahkan patung pada perempuan. Kalau untuk lelaki... nak bagi yang comel-comel macam tak kena pulak kan."

"Patung yang hodoh ada tak akak?"

Wanita itu terus menoleh ke araku dengan mata yang sedikit terbeliak. Seakan-akan tidak percaya dengan permintaan aku tadi. "Ho... hodoh?" soalnya hairan.

Aku mengangguk penuh yakin. "Ya hodoh. Akak cakap lelaki tak kena dengan patung comel-comel kan. Jadi apa kata kita bagi la dia patung yang hodoh." Mudah aku membalas. Aku pun tak tahu teori mana aku ikut.

Sesaat kemudian, wanita itu pecah tawa. "Ada-ada ajelah awak ni. Kut iya pun, janganlah bagi patung yang hodoh. Lelaki pun layak dihargai macam perempuan jugak." Wanita itu menasihatiku penuh lembut.

Aku tertunduk malu. Manalah aku tahu. Ini kali pertama aku bagi hadiah dekat lelaki. Lagipun luar dalam seorang lelaki aku tak berapa nak cakna sangat. Iyalah ayah pun dah meninggal kan?

"Haa... kalau macam tu saya nak patung monyet tu la! Sesuai sangat dengan muka dia yang macam beruk tu." Jari telunjuk aku halakan ke arah kumpulan monyet-monyet yang berwarna coklat gelap itu.

"Awak serius nak yang itu?" Wanita itu mahukan kepastian.

Angguk.

"Then saya tak boleh nak kata apalah. Jom!"






USAI aku siap membeli hadiah Amirul, aku kembali ke arah kerusi yang aku dan Amirul sudah tetapkan tadi. Katanya kalau sudah siap, boleh tunggu disini. Tapi hampir lima minit menunggu, kelibat Amirul masih tidak kelihatan. Anak patung monyet yang sudah selamat dibeli aku tadi disorokkan di tepi kerusi. Kalau Amirul nampak nanti, tak syok lah!

Telefon bimbit yang diletakkan di dalam kocek seluar belakang dikeluarkan. Jam di skrin telefon ditatap seketika. 10:40 malam. Kalau mak tahu aku balik lewat macam mana? Tapi bila difikirkan balik, selalunya hari khamis mak memang tak akan balik ke rumah. Aku jamin! Jadi aku tak perlu nak khawatir lagi.

SENJA [OG]Where stories live. Discover now