Equil Group
Equil Corporation Berhad (Equil Group) adalah sebuah syarikat hartanah yang ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai Fadhil Properties (kini Equil Properties). Diterajui oleh Tan Sri Fadhil, Equil Group adalah salah satu konglemorat yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini telah melebarkan sayap ke bidang logistik pada tahun 1989 (Eq Dispatch) diikuti dengan bidang perhotelan (Desa Hotels and Resorts) tahun 2000 dan rangkaian peruncitan(EGrocer) pada tahun 2010. Kebanyakan syarikat diketuai olehnya sendiri dan ahli keluarganya. Sumber pendapatan terbesar peribadi yang menyumbang kepada Tan Sri Fadhil ialah pegangan saham dalam Taylor International yang merupakan salah satu syarikat perdagangan terbesar di dunia.
Syarikat ini di ketuai oleh Tan Sri Fadhil (1970-1997) yang juga merupakan pengasas syarikat diikuti dengan dengan anak sulungnya Tan Sri Faizal, kini pengerusi. CEO Nur Faradhiya binti Faizal (2023-kini).
Nur Faradhiya binti Faizal merupakan anak sulung Tan Sri Faizal, berusia 30 tahun. Lahir pada 18 Jun 1993, dia dibesarkan untuk mewarisi Equil Group. Menduduki SPM dan O Levels pada tahun 2010, dia menyambung pelajaran dalam Bachelor of Science in Architecture (Honours) (2016), dan Master in Business Administration (2018).
Memulakan kerjaya di Equil Properties sebagai Team Leader, Design (2019-2020), Project Manager, Equil Group (2020), Branch Manager (Equil Properties, Jepun) (2020-2023) dan CEO, Equil Group (2023-kini).
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...