a/n: Make sure dah baca bab 28 dulu tau! Jangan lupa vote and comment, thankies!
"Mengumumkan ketibaan, pasangan yang diraikan; Ghaz Ukasyah dan Nur Faradhiya." bergema kuat suara pengacara majlis di dalam dewan itu.
Sebelah tangan Faradhiya memeluk lengan suaminya, sebelah lagi memegang tangan. Perlahan-lahan mereka melangkah masuk dewan, menuju ke pentas pelaminan diiringi dengan muzik gamelan. Pasangan suami isteri itu mengenakan baju songket berwarna sedondon. Sama elok, sama padan.
Seorang demi seorang naik ke pentas pelamin bagi upacara merenjis dan tepung tawar. Bermula dengan walid dan umi diikuti oleh papa dan mama serta ahli keluarga yang lain. Aleya sebagai pengapit pantas sahaja membersihkan tapak tangan Faradhiya setiap kali sudah terisi penuh dengan daun dan bunga.
"Sayang, ni kawan-kawan universiti abang. Amir, Khairul, Reza." Ghaz Ukasyah memperkenalkan kawan-kawannya yang sedang makan di satu meja. Mereka sekarang sedang berjalan di sekeliling dewan, menyantuni tetamu. Tiada majlis makan beradab. Mereka berdua hanya makan semeja dengan ibu bapa.
"Terima kasih datang. Kawan-kawan kat UK lah kan?" Faradhiya terus beramah mesra dengan orang-orang di meja itu. Sebenarnya sekarang dia mahu duduk sahaja. Betisnya serasa mahu pecah selepas beberapa jam memakai kasut tumit tinggi.
Selepas beredar dari meja itu, Faradhiya menarik lengan suaminya ke meja makan mereka. Mahu melabuhkan duduk. Sudah hampir tiga jam sejak majlis bermula, dia hanya duduk sewaktu bersanding dan makan sahaja. Suaminya tak apalah tak perlu pakai kasut tumit tinggi. Setiap kali dia mahu duduk, ada sahaja tetamu kehormat yang datang untuk meminta diri.
"Sakit kaki ke?" soal Ghaz kepada isterinya yang nampak tidak selesa dengan kasut yang dipakainya.
"Betis sakit." pendek sahaja jawapan Faradhiya.
"Tunggu sini, abang pergi minta mineral sejuk." Ghaz Ukasyah pantas mencari pramusaji berdekatan. Mencari minuman kegemaran isterinya.
Belum sempat Faradhiya rasa lega ada tetamu lain yang mendekatinya. Melihat wajah keluarga itu terus dia bangun dari duduknya. Tengku Kamal, Tengku Latifah dan anak menantu serta cucu mereka. Ini kali pertama selepas malam kejadian hampir lebih 3 tahun lepas dia akan bersemuka dengan Tengku Latifah dan isteri Tengku Adrian. Kenapalah waktu ini juga suaminya tiada?
"Tahniah Dhiya." Tengku Latifah dulu yang mendekatinya, tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.
"Terima kasih, Tengku." formal intonasi suaranya. Mahu meletakkan batas. Mengabaikan sepasang mata yang dari tadi tidak berkelip melihatnya. Tengku Latifah hanya memberikan senyum tawar sebaik sahaja mendengar gelaran Faradhiya kepadanya.
"Dah makan ke Tengku?" soal Faradhiya kepada Tengku Kamal. Dia lebih selesa untuk berbual dengan Tengku Kamal kerana mereka sering bertemu atas urusan perniagaan kerana lelaki sebaya walid itu masih menguruskan Gilang Holding.
"Dah, alhamdulillah. Jumpa ni sebab dah nak balik dah." balas Tengku Kamal. Tangannya memegang lengan comel cucunya yang sedang makan coklat dari goodies bag yang diberikan. Pasti anak Adrian.
"Ya Allah maaflah, tak sempat ke meja tadi." rasa serba salah pula Faradhiya.
"Tak apa. Kami tahu awak tu sibuk. Itu yang kami datang dekat Dhiya sendiri ni." Lembut sahaja Tengku Kamal berbicara, mahu menenangkan Faradhiya yang masih menunjukkan muka bersalah. Walhal dia sendiri nampak betapa dari tadi Faradhiya ke hulu ke hilir menyantuni tetamu.
"Dhiya." Panggilan Tengku Latifah melarikan topik perbincangan mereka. Wanita itu mengenggam tangannya erat. Wajahnya dipandang dalam, buat Faradhiya rasa sedkit tidak selesa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomantikCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...