Bab 26

15 2 1
                                    

"Faradhiya... Faradhiya." tepukan lembut di bahagian betis serta suara lelaki membangunkan wanita itu dari tidurnya. Dengan kening yang berkerut, mata menahan silau dari cahaya malap lampu bilik dia mencari punca suara.

Ghaz Ukasyah, suaminya. Sudah 3 pagi dia terkejut bila dia bangun dan nampak ada orang lelaki di dalam biliknya. Lupa dah bersuami.

Jam di meja kecil tepi katil dilihat. 5.30 pagi. Suaminya pasti mengejutkan dia dari tidur untuk solat tahajud. Ini kali pertama, dua pagi lepas dia bangun sendiri namun selepas penat mengemas barang di rumah Ghaz dari petang semalam, dia terlajak tidur. Selepas buang tidur dari mata, Faradhiya turun dari katil dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Bila dia keluar, Ghaz sudah dalam solat. Dia terus membentangkan sejadah dan memakai telekung. Kedua mereka masing-masing menunaikan solat malam itu dalam diam.

Selesai solat tahajud, masih lagi ada masa sebelum azan Subuh. Ghaz terus mencapai mashaf yang terletak di atas meja yang berada di suduh bilik tidur itu. Ruang khas untuk solat. Faradhiya hanya bersimpuh di belakang suaminya, mendengar lantunan suara lelaki itu membacakan ayat-ayat suci. Surah Ar-Rahman. Maka mulutnya juga sibuk terkumat kamit, turut membaca. Perkara ini diteruskan sehingga azan Subuh berkumandang lalu kedua suami isteri itu bangun untuk solat qabliyah subuh.

Baru 4 hari bergelar suami isteri namun ini sudah menjadi rutin buat mereka berdua. Agak kekok di pagi pertama apabila pintu bilik mandi terbuka sewaktu Faradhiya sedang ambil wudhu. Nasib baik dia tidak tergolek di lantai hotel itu bila melihat Ghaz masuk, sudahlah waktu itu dia sedang menbongkok untuk membersihkan kaki. Sejak dari itu, Faradhiya akan pastikan Ghaz yang gunakan bilik mandi dulu sebelum dia.

Pagi itu mereka hanya sarapan roti bakar sahaja kerana bahan masak masih belum ada. Maklumlah sebelum ini rumah itu hanya rumah bujang sahaja. Rumah ini rumah dua tingkat dengan laman yang luas. Tingkat bawah ada tiga bilik, satu bilik tetamu, satu bilik yang mempunyai kelengkapan senaman untuk Ghaz dan satu lagi stor. Manakala tingkat dua pula mempunyai 4 buah bilik. Bilik mereka, dua bilik tetamu dan satu bilik kerja yang kini sudah terbahagi kepada dua kawasan. Salah satu bilik tetamu di tingkat atas akan ditukarkan menjadi bilik baju. Selepas melihat almari-almari baju Ghaz Ukasyah dan keluasan bilik mereka, Faradhiya pasti yang baju mereka tidak akan muat untuk diletakkan dalam bilik mereka. Jadi hanya akan tinggal dua almari untuk baju harian di dalam bilik itu. Baju-baju lain akan dipindahkan ke bilik baju yang baru.

Hari itu hari terakhir mereka cuti, maka mereka hanya akan sambung kemas barang harini. Almari-almari yang baru dipesan semalam juga akan sampai hari ini. Semuanya pilihan Faradhiya, Ghaz hanya bayar sahaja.

Ketika ini Ghaz sedang minum air teh bancuhan Faradhiya di meja manakala Faradhiya sedang sibuk membalas emel kerja. Sesetengah dokumen yang dihantar oleh Aida perlu ditandatangani oleh Faradhiya sendiri, ada juga yang hanya perlu kelulusan dari dia sahaja. Ada juga emel mengenai klien yang berpotensi akan berkerjasama dengan Equil. Semua itu dibaca oleh Faradhiya.

"Tinggal bilik baju je kan?" soal Ghaz selepas melihat Faradhiya menutup tablet. Maksudnya bacaan Faradhiya sudah selesai.

"Betul. Tinggal orang datang nak keluarkan perabot lama dengan almari baru sampai je." jawab Faradhiya sambil menghirup air teh di dalam cawannya.

"Pukul berapa orang tu cakap nak datang?"

"Pukul 2.30."

"Nak keluar shopping tak? Boleh beli groceries sekali lepastu lunch. Before 2, kita balik." ajakan suaminya buat Faradhiya senyum lebar sambil angguk laju-laju. Peti ais dua pintu yang ada di dapur itu hanya ada air kosong, susu, roti dan mentega sahaja. Pantri pula hanya ada dua jenis bijirin, tiga jenis serbuh teh, 2 jenis serbuk kopi, gula dan garam. Betul-betul dapur bujang. Dia juga ada beberapa barang yang sudah dia senaraikan yang dia mahu letakkan di dalam rumah ini.

*********

Belum sempat Faradhiya capai pemegang pintu, pintu sudah dibuka dari arah luar. Dengan muka yang suam, Faradhiya mengucapkan terima kasih sambil melangkah keluar dari kereta Ghaz Ukasyah. Mujurlah hari ini hari bekerja, jadi tidak ramai orang sangat di pusat beli belah ini. Sebaik sahaja Ghaz menutup pintu kereta, terus tangannya dicapai dan digenggam oleh lelaki itu.

Ini juga satu rutin yang baru juga buat Faradhiya. Selepas akad nikah mereka, Ghaz akan memegang tangannya setiap kali mereka berjalan. Jadi mukanya masih lagi naik suhu setiap kali tangannya digenggam lembut oleh Ghaz Ukasyah.

Tempat pertama yang dituju ialah kedai alatan dapur. Faradhiya mahu beli airfryer. Dapur Ghaz sudah ada pembakar yang besar dan microwave tapi airfryer adalah alatan dapur yang paling efisien baginya kerana lebih cepat. Dia juga mahukan cerek elektrik, mesin air yang ada fungsi sejuk dan panas siap dengan fungsi pembuat ais ketul itu tidak memuaskan hati Faradhiya. Kalau dia tak nampak air tu menggelegak maksudnya air itu tidak cukup panas baginya. Ada juga beberapa alatan dapur lain yang dia beli seperti mini chopper, pinggan, mangkuk, periuk dalam pelbagai saiz dan bekas simpan makanan.

Masuk sahaja di kedai elektrik dia terus mencari seterika wap. Belum sempat dia sentuh seterika, Ghaz sudah buka mulut.

"Nak buat apa beli iron?"

"Nak iron baju awak dengan sayalah."

"Tak payahlah. Dah ada orang ironkan, setiap Sabtu dia datang ambil baju." terang suaminya. Tanpa sedar mulutnya muncung sedikit bila suaminya tidak mahu menurut kemahuannya.

"Saya nak iron baju awak sendiri." omelnya perlahan. Tangan mengusap seterika yang berada di atas rak itu dengan perlahan.

"Saya kahwin dengan awak bukan nak suruh awak iron baju, kemas rumah." lembut sahaja intonasi Ghaz. Memujuk. Namun sebaik sahaja si isteri pandang mukanya dengan pandang meminta, tewas juga lelaki itu. Maka, sengih lebar Faradhiya sewaktu suaminya selesai buat pembayaran di kaunter.

Selesai beli barang rumah, suami isteri itu terus ke kedai makan untuk makan tengahari. Nasi menjadi pilihan kerana dua-dua letih berjalan. Selepas ini mereka perlu membeli barangan dapur pula.

Hampir membuntang mata Faradhiya bila suaminya dengan selamba minum airnya menggunakan straw yang sama. Dia ingat Ghaz akan guna straw lain bila lelaki itu mahu cuba airnya.

"Manis." ulas lelaki itu sambil senyum mengusik kearahnya. Mahu saja Faradhiya masuk ke bawah meja.

Itu jus epal tanpa gula! 

a/n: Lepas ni ada satu lagi bab. Jangan lupa vote and comment! <3

TemuWhere stories live. Discover now