a/n: Vote and comment pweaseee
Malam Sabtu, pasangan itu makan malam dengan papa dan mama Ghaz. Mereka akan datang ke sini setiap Sabtu yang jadual kosong. Sejak awal perkahwinan baru dua kali mereka sempat ke sini.
Faradhiya dengan sehabis baik menyantuni mereka seperti ibu bapa sendiri. Dia juga bertuah kerana dihargai dan disayangi oleh mama dan papa. Ghaz anak tunggal, jadi dengan kehadiran dia, mereka juga mendapat seorang anak perempuan.
Faradhiya kerap berjumpa dengan mama di Rumah Sayang, mama rajin bantu umi dengan aktiviti kebajikan. Jadi Faradhiya juga semakin kerap menghadirkan diri ke Rumah Sayang untuk meluangkan masa dengan umi dan mama.
"Haa, ni Ghaz masa dia dekat UK." Mama tengah tunjuk album gambar suaminya. Tak sangka suaminya berkaca mata sejak dari sekolah menengah. Selepas tamat ijazah baru Ghaz buat pembedahan lasik.
"Boyish-nya!" ujar Faradhiya teruja. Suaminya masih nampak budak-budak walaupun di alam universiti. Dengan seluar jeans, kemeja dan jaket kulit dan kaca mata segi empat. Senyum nampak gigi.
"Ghaz tu, dah final year baru nampak lelaki." beritahu mama sambil ketawa. Di selak ke muka seterusnya. Gambar Ghaz dengan kawan-kawan universiti. Ada tiga empat orang yang Faradhiya kenal, mereka hadir ke majlis resepsi. Ada juga bukan warganegara, namun yang menarik perhatian Faradhiya ialah seorang perempuan.
Di kedua-dua belah bahagian yang mengandungi enam gambar itu, pasti ada seorang perempuan. Dalam kumpulan itu, hanya dia seorang sahaja yang berlainan jantina. Kedudukan dalam gambar juga pasti di samping Ghaz. Wanita Eropah, kemungkinan warga British juga.
"Haa, ini kawan-kawan dia masa kat sana. Mama kenal semua. Semua pernah beraya kat rumah jugak." Semangat mama bercerita.
Namun yang Faradhiya dengar hanyalah 'Semua pernah beraya'. Semua.
"Banyak kawan abang." ulas Faradhiya pendek. Otaknya sedang bekerja lebih masa. Mama pula semakin ralit bercerita tentang kenangan kawan-kawan suaminya beraya di rumah ini. Mahu sahaja Faradhiya bertanya soalan yang sedang bergema dalam fikirannya.
"Delilah pun excited cuba baju kurung, baju kebaya kita. Makanan jangan tanyalah, semua diorang suka." Terus kaku senyum Faradhiya.
Delilah. Nama perempuan. Titik terus tersambung sendiri.
"Cerita apa tu ma? Rancak sangat." Suara Ghaz Ukasyah mengalih perhatiannya. Terus mata memandang suami, namun mata lelaki itu terlebih dahulu melihat kandungan album sebelum lelaki itu juga mencari matanya.
"Ni haa, mama cerita masa kawan-kawan kamu datang beraya dengan kita." terang mama. Ghaz mengambil duduk di sofa seorang, sedikit terpisah dengan dia dan mama yang duduk di sofa berkembar tiga. Mata suaminya masih menatap mukanya, namun Faradhiya beri perhatian kepada mama yang seakan mencari sesuatu.
"Papa mana?" soal mama bila tidak nampak suami sendiri.
"Dekat gazebo lagi. Ambil angin." Mendengar jawapan itu, mama minta diri untuk mencari suaminya. Maka tinggallah Faradhiya dan Ghaz dengan album yang ditinggalkan mama di atas riba.
Suaminya bangun dan melabuhkan duduk di sisinya, sebelah tangan memaut bahunya. Badan menyendeng dekat dengannya. Namun, Faradhiya terus diam hanya memandang album. Cuba memahami apa yang dia rasa sekarang.
Dadanya rasa ketat.
Rasa tidak suka, tidak senang, tidak selesa bila ada perempuan yang rapat dengan suaminya.
Belum sempat dia faham apa-apa, suara suaminya memecah sunyi. Menyebut satu-satu nama kawannya sambil menunjuk muka masing-masing. Satu demi satu sehingga, "Delilah."
"Delilah," ulang Faradhiya, menyebut nama perempuan itu.
"Cantik." pujinya. Jari Ghaz yang bermain dengan bahunya diabaikan.
Seakan tahu apa yang dirasai sekarang, laju sahaja suaminya menjawab. "Tak secantik Faradhiya."
Faradhiya pusing kepalanya, mencari mata suaminya yang sedari tadi sudah memerhatikan wajahnya. Mata suami ditenung, cari kebenaran.
"No one but you, sayang." Ujar Ghaz Ukasyah sebaik sahaja mata mereka bertemu. Satu ciuman juga singgah di dahinya.
Ayat yang ringkas dan berkesan.
Mendengar itu Faradhiya senyum. Album di tutup, kepala dijatuhkan ke bahu suami. Dada tidak seketat tadi.
****
"Pak Mad cerita masa balik kerja semalam ada orang kacau Dhiya. Betul ke?" Faradhiya yang sedang bersungguh menyapu losyen dibahagian lehernya berhenti bila mendengar soalan dari suaminya. Mereka baru pulang dari rumah mama dan papa Ghaz.
Kejadian dengan Shauki di lobi tidak diceritakan kepada Ghaz kerana ia dirasakan tidak penting. Benda yang dah selalu Faradhiya hadap. "Oh, Shauki dari Alam Indah. Bukan kacau, cuma tanya je kenapa proposal dia kena reject."
"Pak Mad cakap dia tak bagi Dhiya jalan?" Wah, Pak Mad. Bukan main bergosip dengan suaminya.
"Dia nak jumpa awal lagi, tapi tak ada appointment. Dia tunggu Dhiya dekat lobi." Faradhiya kembali menyambung losyen, kali ini di lengannya pula. Ghaz masih duduk bersandar di kepala katil memerhatikannya.
"Itu bukan kacau ke?"
"Jangan risau lah. Dah biasa. Men usually don't accept no as an answer, especially from women." Balas Faradhiya sambil ketawa kecil.
"Doesn't mean they can harass you." ujar Ghaz sambil kerut dahi. Tidak selesa melihat Faradhiya yang kelihatan bersahaja walaupun diganggu di tempat kerja sendiri.
"Well, it's what I went and still have to go through."
"Abang tak suka." Ghaz suarakan perasaannya. Suami mana yang suka bila isteri kena ganggu.
"Not any more than me." Faradhiya beri senyum, mata memandang suaminya melalui pantulan cermin. Botol losyen di tutup dan diletakkan kembali ke dalam laci solek. Dia kemudian bangun menuju ke katil.
Ghaz hanya diam memerhatikan pergerakan isterinya sehingga dia juga turut bersandar di kepala katil, bahagian kaki sudah di dalam selimut tebal.
"You should've told me about it. Kalau Pak Mad tak bagitahu, abang mesti takkan tahu." lembut sahaja nada Ghaz, mahu isterinya faham yang dia mahu ambil tahu tentang setiap apa yang berlaku kepada Faradhiya.
"Bukan benda besar. Jadi saya tak bagitahu awak sebab tak nak awak fikir."
Tangan isterinya dicapai dan digenggam. Jarinya bermain dengan cincin yang tersarung di jari manis itu. "That will be on me. Just tell me, okay? Keputusan untuk risau atau tidak tu, hak abang. At least I'll know it from you. Bukan orang luar."
"Okey. I'll try my best." Faradhiya diam sahaja membiarkan suaminya bermain dengan cincin kahwin yang tersarung di jari manisnya.
"I love seeing this ring on you." ujar Ghaz Ukasyah.
"Why?"
"It's a reminder. That Allah has given me you as wife. Allah rezekikan abang untuk memperisterikan sayang," lebar senyuman di muka Faradhiya mendengar pengakuan lelaki itu. Suaminya kini memandang wajahnya.
"You are the answer to my prayers. A living proof that Allah listened. He's given you to me. And every time I look at this ring, I am reminded that you are mine, now. My responsibility. Amanah dari Allah. Kena jaga baik-baik." Sambung Ghaz lagi.
Kalau Faradhiya seorang makhluk yang boleh berubah bentuk, pasti saat ini dia hanya akan menjadi lopak air. Cair dengan kata-kata suami.
Namun untuk tidak memalukan diri sendiri, dia hanya menggenggam erat tangan Ghaz Ukasyah. Menahan rasa. "Good night, abang."
Malam itu, Faradhiya tidur dengan senyum. Bahagia.
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...