Bab 36

13 2 1
                                    

a/n: Make sure dah baca bab 35 :)

Hari ni jadualnya penuh. Bukan hari ini sahaja, malah jadualnya hingga ke minggu hadapan telah penuh terisi kerana mesyuarat akhir tahun akan di adakan pada minggu hadapan.

Jadi sekarang persekitaran di dalam bangunan Equil agak tegang. Masing-masing bertungkus lumus menyiapkan laporan akhir dan semak imbang yang perlu di hantar hujung minggu ini. Isu audit dua hari lepas juga tidak menyumbang impak positif kepada syarikat mereka. Semua orang dalam mod berhati-hati.

Faradhiya sedang menunggu tetamu seterusnya di dalam bilik mesyuarat mini, hari ini dia berurusan dengan Ghaz Ukasyah untuk proses tandatangan akhir. Projek pembinaan resort di Langkawi telah pun di mulakan. Abang Dani yang merupakan CEO Desa Hotel & Resorts juga akan turut serta.

Kehadiran Faradhiya di sini hanya sekadar memenuhi keperluan sahaja, untuk sesi bergambar. Dia hanya akan duduk untuk dengar perbincangan akhir, sesi tandatangan dan ikut serta dalam sesi bergambar. Selepas ini dia ada temu janji lain lagi.

Mendengar ketukan di pintu, dia tekan butang mati di tablet. Aida masuk membuka pintu untuk tetamu-tetamunya. Abang Dani dan tiga orang pekerja serta Ghaz Ukasyah yang ditemani Ferhad si pembantu dan seorang wanita yang Faradhiya tidak pernah jumpa.

Selepas semua selesai mengambil tempat, Faradhiya hanya diam mendengar perbincangan antara abang Dani dan Ghaz Ukasyah. Dia senyap tidak menyampuk, Aida pula sedang gigih mencatat minit perjumpaan untuk dijadikan laporan. Jurugambar yang berada di sudut bilik, sibuk mengambil gambar tanpa membuka flash.

Selepas diperkenalkan, baru dia tahu yang pekerja wanita yang turut serta hari ini rupanya wakil peguam Armada yang akan terlibat dalam mengendalikan projek ini. Flash berkelip-kelip sewaktu sesi tandatangan antara abang Dani sebagai CEO Desa Hotels & Resorts dan Ghaz Ukasyah.

Selesai sesi tandatangan, mereka masing-masing berdiri untuk sesi bergambar. Faradhiya di tengah, di apit oleh abang Dani dan Ghaz Ukasyah yang masing-masing memegang fail tebal yang mengandungi kontrak perjanjian. Faradhiya ukir senyuman formalnya, jarak antara mereka di jaga agar kelihatan profesional.

"Puan nak ikut lunch sekali tak?" pelawa abang Dani sebaik sahaja perjumpaan mereka selesai. Abang Dani akan lunch bersama dengan Ghaz Ukasyah.

"Lain kali, tuan. Saya ada lunch appointment." Dhiya tolak sopan, dia ada temujanji dengan wakil anak syarikat dari Singapura. Selepas itu dia akan terus ke Perak untuk melawat tapak pertanian yang baru diperolehi di bawah EGrocer, mereka mahu menjual hasil tanaman tempatan dengan kerjasama petani-petani tempatan.

Idea untuk mengembangkan perniagaan mereka ke sektor agrikultur adalah dari pak su, Dato' Faidhi. Walid setuju dengan syarat, yang akan mengusahakan tanah adalah petani-petani tempatan. Bukan buruh asing. Selepas dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah dan pegawai eksekutif, terus pelan dijalankan.

Sebelum bersurai, peguam syarikat Armada datang menghampirinya untuk berjabat tangan. Kila, wanita yang berusia 28 tahun, dua tahun lebih muda darinya. Segak bergaya dengan suit berwarna kelabu gelap dan rambut panjang yang di tocang tinggi, kemas.

"It's an honour, puan." ujar Kila sambil berjabat tangan. Menyatakan rasa bangga dapat berjumpa dengan Faradhiya.

"Thank you." jawab Faradhiya dengan senyuman.

Sebaik saja tangan mereka terurai wanita itu selit rambutnya yang terlepas ke telinga, masih tersenyum manis. Mata menjeling ke arah Ghaz Ukasyah. "Tuan Ghaz tak bagitahu pun yang dia nak kahwin. Terkejut saya."

Apa yang keluar dari mulut peguam wanita itu buat Faradhiya hairan, namun riak wajah masih dikawal agar kekal profesional. "Tuan Ghaz tak panggil datang resepsi ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TemuWhere stories live. Discover now