Bab 18

102 10 0
                                    

Faradhiya melepas lelah di kerusi pejabatnya. Berdenyut sikit kepalanya kerana macam-macam hal yang berlaku dua tiga hari ini. Jadual kerjanya sudah cukup padat kerana sudah masuk suku kedua tahunan jadi banyak projek sudah di mulakan. Aktiviti pecah tanah, isu pekerja buruh asing, dan masalah dengan kontraktor pembinaan. Tidak cukup dengan itu, datang pula masalah peribadi. Pertemuannya dengan Ghaz di tasik, dan kejadian dengan Adrian di restoran hotel kelmarin.

Teringat tentang Ghaz Ukasyah yang datang membantu. Dia malu. Pasti lelaki itu bersangka buruk dengannya kerana dia berjumpa dengan Adrian di tempat yang jauh dari pandangan orang lain. Walaupun bertemankan Aida, ianya masih boleh menimbulkan sangkaan buruk. Faradhiya sendiri tidak menyangka yang Adrian boleh berani menyentuhnya.

Selama dia pernah kenal dengan Adrian, lelaki itu tidak pernah sedikit pun menyentuh. Namun, pa yang terjadi semalam benar-benar menakutkan Faradhiya. Itu kali pertama dia diperlakukan dengan kasar oleh seorang lelaki. Mujur tidak ada lebam, hanya sedikit kesan merah di atas permukaan tangannya. Telinganya terngiang-ngiang dengan pesanan dari Ghaz Ukasyah yang mengiringi dia ke pintu kereta.

"Jaga diri awak, Faradhiya. Jangan buat keputusan yang akan buat awak menyesal."

Terketap bibirnya mendengar pesanan itu. Ah, malu. Malu! Apa yang lelaki itu fikir? Bunyi interkom mematikan lamunan.

"Assalamualaikum cik, Encik Shauki from Alam Indah is here."

"Is this my last appointment Aida?"

"Yes, Cik."

"Alright, I'm going out after this. Any business will be handled tomorrow. Send him in."

"Noted, Cik."

Badan ditegakkan. Air kosong diteguk. Blazer dikemaskan. Cermin pejabat ditukar kepada mod cerah. Selepas mempelawa tetamu masuk, dia terus ke meja perbincangan mengambil tempat duduk di sofa. Beberapa minit kemudian Aida masuk dengan dulang yang terisi teh dan kopi. Tempat di ambil di hujung sofa Faradhiya.

"Saya Shauki, CEO merangkap pemilik Alam Indah." tetamunya memulakan bicara selepas melihat pembantu Faradhiya sudah bersedia untuk mencatat isi pertemuan. Alam Indah adalah syarikat yang disenarai pendek untuk pembinaan sebuah pusat beli belah milik Equil. Equil sedang memperkasakan perniagaan runcit jadi dengan pusat beli belah ini, Equil akan dapat menjadi satu kuasa besar dalam bidang runcit yang berskala besar.

"Faradhiya, Equil." Pendek sahaja balasan dari Faradhiya. Pemakaian lelaki itu diperhatikan. Kualiti sut yang tinggi, kasut kulit berjenama, jam tangan yang mencecah ratusan ribu ringgit. Satu tanda amaran kecil masuk ke fikiran Faradhiya. Bagaimana CEO syarikat yang baru dibuka 5 tahun lalu boleh semewah ini? Encik Shauki bukan dari keluarga yang kaya. Syarikatnya terkenal kerana boleh menembus pasaran dengan cepat berbanding syarikat pembinaan lain.

"Saya berbesar hati sebab syarikat sebesar Equil mencemar duli nak terima usahasama dengan syarikat saya yang kecil lagi. Tak sangka saya bila dapat call dari pihak Cik, rasa macam dah menang tender besar." Kata-kata lelaki itu mematikan fikiran Faradhiya yang sedari tadi menganalisa lelaki itu.

"Encik Shauki jangan salah faham. Saya jemput Encik ke sini bukan sebab saya dah setuju untuk bekerjasama dengan Alam Indah. Semua masih dalam penilaian." Mata terus dihala ke Aida, menyoal dalam diam. Tidak mahu ada salah faham dengan Alam Indah, kerana Encik Shauki terlihat begitu yakin yang usahasama akan terjadi.

"Maaflah, saya teruja sangat. Kali pertama jumpa dengan syarikat besar macam ini." Lelaki itu menggosok kedua tapak tangannya. Risau dengan jika kerana keterlanjuran kata boleh merosakkan peluang untuk bekerja dengan Equil.

"Minum Encik, kita dah boleh mula. What do you have to offer?"

"Syarikat kita syarikat baru. We are a young company, filled with young workers. That means fresher ideas with a new angle on how we handle things. We look at our projects with a different perspective. Hence why we came up with ideas that no one else has. Our ideas are new. Well, not necessarily new, nothing is original nowadays. We just take it to the next level. A level that no one has tried to execute before. If you look at the pictures, you can see that our projects are different from others. We used a lot of futuristic features. A rarity in this country." Berkeping-keping gambar dikeluarkan dari beg bimbitnya dikeluarkan. Diletakkan di atas meja kaca yang memisahkan mereka.

"You could have just emailed me." Ujar Faradhiya pendek.

"I could but I want you to see it up close." Balas Encik Shauki tenang.

"This building is the new building for Ministry of Works right?" soal Faradhiya apabila dia melihat bangunan baru Kementerian Kerja Raya. Syarikat sekecil ini sudah mendapat tender kerajaan?

"Yes, Miss. We submitted the tender, and we won it." Lebar senyum lelaki itu tanda, bangga dengan pencapaian syarikatnya. Tidak perasan yang dahi Faradhiya sudah sedikit berkedut.

"What materials do you use for your buildings?"

"High quality. From raw materials to the exterior. We ensure the best of the best quality. I could email you the list of the materials later."

"The cost must have been exorbitant then." Kali ini Faradhiya menatap tajam mata lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Melalui jawapan yang diberi oleh Encik Shauki, kos bahan mentah yang diperlukan yang untuk setiap projeknya sangat mahal. Itu baru kos bahan binaan, belum kos pengurusan, buruh, dan banyak lagi kos lain. Dari mana syarikat Alam Indah memperoleh modal untuk kos sebesar yang dikatakan?

"We always find a way to cover the cost, Miss." Terjongket kening Faradhiya mendengar jawapan itu. Cara apa? Mengambil keputusan untuk memikirkan tentang itu kemudian, dia hanya menggangguk.

"Why should we collab with you?" soal Faradhiya lagi. Badan disandarkan, mata memandang tepat ke arah lelaki itu. Cuba menganalisa bahasa badan. Tidak tahu mengapa dia rasa terlalu banyak tanda soal tentang Encik Shauki dan Alam Indah. Banyak yang tidak jelas.

"I want to offer Equil a change. A new look. As I have said. We are young, fresh. We know the current trends. If we are handed this project, I guarantee it will be something you've never seen before." Lancar sahaja Encik Shauki memberi jaminan.

"Something I've never seen. Could be hard, I have seen a lot." Senyum kecil diberikan. Mana mungkin ada sesuatu yang belum pernah wujud dalam dunia pembinaan. Tidak ada yang asli, hanya pecahan idea dari bangunan yang sedia ada.

"I will try my best then." Janji Encik Shauki. Pejabat Faradhiya sunyi sebentar. Faradhiya hanya diam merenung gambar-gambar di atas meja kaca. Alam Indah adalah satu daripada lima syarikat yang disenarai pendek sebagai syarikat yang bakal menjadi pilihan Equil untuk pembinaan bangunan pusat beli belah mereka termasuk anak syarikatnya, Equil Properties. Jika dia bersetuju, maka syarikat akan menghantar proposal lengkap mereka. Setakat ini dia hanya bersetuju kepada 2 syarikat. Salah satu itu ialah Equil Properties.

Faradhiya sengaja membuka peluang usahasama walaupun ini adalah projek Equil sendiri. Dia mahukan sesuatu yang baru yang mungkin tidak dapat ditawarkan oleh anak syarikatnya sendiri. Namun setakat ini hanya satu syarikat yang menarik perhatiannya iaitu syarikat Better Built yang terkenal dan berpengalaman dalam pembinaan pusat beli belah dan bangunan tarikan pelancong. Alam Indah pula menawarkan sesuatu yang baru bagi Equil. Futuristik. Namun, Faradhiya menjadi was-was selepas perjumpaan ini.

"Thank you for today, Mr Shauki. We will contact you soon." Ujar Faradhiya, mengakhiri pertemuan.

"With good news I hope?" soal Encik Shauki sambil mengemas gambar-gambar di atas meja.

"We'll see. Aida will see you out. Have a good day." Anggukan diberi pada Aida. Pembantunya pantas bangun dan mengiringi tetamunya itu keluar.

Nafas berat di hela. Ada yang tidak jelas tentang Alam Indah namun apa yang ditawarkan mereka menarik. Aida yang kembali untuk mengemas cawan-cawan di atas meja di pandang senyap.

"Aida."

"Ya, Cik." Sofa disebelahnya ditepuk. Mempelawa pembantunya duduk.

"What do you think about Alam Indah?" Faradhiya mahu pandangan dari Aida yang selalunya mempunyai pandangan yang sama tapi dari sudut berbeza darinya.

"Well, they are very successful for a young and small company. That I could say. Quite shady but... they do offer something new. Equil tak pernah ada bangunan yang berkonsepkan futuristik. Dari hasil yang dia tunjukkan, semua nampak memuaskan." Faradhiya kembali diam selepas mendengar pandangan Aida. Jari telunjuk mengetuk ibu jarinya perlahan. Berfikir.

"Ask the cyber team to run a check on them. Everything. Dari mula buka, projek pertama, senarai pelabur, senarai syarikat usahasama, modal, untung. Semua. Saya nak tengok semua. Saya nak tahu Alam Indah bersih ke tidak. If it's clear, inform Alam Indah to send the proposal." arah Faradhiya selepas lama berfikir. Ada yang tidak jelas dengan Alam Indah. 

a/n: Jumpa Sabtu depan!

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang