Rumah agam itu meriah hari ini dengan kehadiran ahli keluarga Faradhiya. Ramai dari sebelah walid yang mempunyai 3 adik beradik, semua lelaki manakala uminya anak tunggal. Keluarga mereka tidaklah besar mana. Cucu arwah Tan Sri Fadhil hanya 8 orang. Walidnya anak sulung. Pak ngah dan pak su masing-masing mempunyai 3 orang anak.
Faradhiya duduk dengan kekok di atas kerusi dapur. Semua orang tak benarkan dia buat kerja dapur. Kalau luka turun saham katanya. Jadi dia seorang sahaja yang duduk diam sementara orang lain sibuk dengan bahagian kerja masing-masing. Umi dan mak ngah sedang menyiapkan lauk pauk makan malam, mana kala mak ngah sedang mengadun bahan untuk pemanis mulut. Dibantu oleh anak-anak perempuan. Farhana dan Farah anak mak mak ngah, dan cucu bongsu Aleya, anak dara mak ngah. Ada juga kak Wahida, menantu mak ngah yang sedang menggoreng ayam.
Di laman belakang rumah, riuh rendah dengan suara kanak-kanak. Di perhatikan oleh bapa-bapa yang sedang bersembang tentang perihal perniagaan. Pak ngah sudah bersara dari bekerja, kini anak sulungnya, Dani yang mengambil alih Desa Hotel and Resorts milik Equil. Pak su pula mengurus Equil Properties. Anak lelaki pak su, Fariq mengurus EqDispatch dan EGrocer. Mana kala Faradhiya pula mengurus Equil Group secara keseluruhan. Secara teknikal, dia bos mereka semua. Tiba-tiba dengar suara garau menyergah kanak-kanak tersebut sehingga terjerit-jerit. Uzair.
"Haih, budak ni. Entah bila nak besar. Tengoklah tu, umur macam tu pun perangai telur separuh masak lagi." Leter umi selepas melihat keletah anak lelakinya.
"Tak apalah kak long. Ada juga yang nak melayan budak-budak tu. Kalau harap yang lain memang dengan kerja saja." pujuk mak su. Mak su memang kabel kuat Uzair, mungkin sebab Uzair banyak meluangkan masa dengan anak-anak mak su waktu kecil.
"Ana kerja ke Su?" soal mak ngah selepas anak nombor dua mak su belum nampak muka.
"Dia tunggu suami dia balik kerja. Kejap lagi sebelum maghrib sampai la tu." jawab mak su sambil menutup oven. 2 adunan kek butter mak su telah masuk dengan selamat. Faradhiya menelan air liur. Kek butter mak su memang tiada siapa boleh lawan.
"Cik Ya, Cik Ya. Tok Lid tanya Aunty Ya dah buk hotel ke?" timbul satu suara comel di tengah dapur itu. Anak kak Farah rupanya dari pintu dapur. Menyampaikan soalan dari walid. Rambut bertocang dua dengan mini gaun ropol. Farhatul namanya, tapi panggil Eton saja.
Buk; booking;tempah. Pelat budak yang sudah difahami Faradhiya.
"Ya. Kenapa Eton nak ikut ke?"
"Wah, nak! Nak! Otey Eton bagitau Tok Lid." pantas sahaja sepasang kaki comel itu berlari ke arah walid yang sedang duduk di gazebo.
"Malam ni henna artist datang pukul berapa Kakya?" soal Aleya yang mengambik duduk di kerusi sebelahnya. Mujurlah ada Aleya tukang sembang dengan dia. Kalau dia perlu bersembang dengan kak Farhana, Farah dan kak Wahida, mahu meleleh telinganya mendengar tips rumah tangga mereka.
"Pukul 9, lepas Isyak. Kakya ambil dua orang untuk orang lain pakai sekali." Jawab Faradhiya. Cik Ya dan Kakya memang panggilan namanya untuk adik-adik sepupu dan anak-anak saudara sepupunya.
"Kami yang dah pangkat mak orang ni boleh pakai lagi Kakya?" soal Farah yang kemudiannya ambil duduk di kerusi bertentangan. Farah muda setahun darinya
"Boleh je kak. Apa pulak tak boleh," jawab Faradhiya sambil tangannya mengambil potongan buah epal yang diletakkan oleh kak Farah di atas meja. Pantas saja dia mengunyah buah epal itu, sedap sangat kalau orang lain potong.
"Macam mana rasa nak jadi isteri orang?" soal kakak sepupunya itu, anak bongsu mak ngah itu mengangkat kening berkali-kali.
"Setakat ini okey lagi. Tak ada rasa nak lari." seloroh Faradhiya. Selang sehari lagi, dia bakal diijab kabulkan dengan Ghaz Ukasyah.
"Hisy, budak ni! Apa cakap macam tu?" tegur umi yang sedang menutup api dapur. Kari ikan umi dah siap nampaknya.
"Farah dulu berdebar macam jantung nak lari keluar dada tau. Tapi bukan sebab Farah takut, tapi sebab tak sabar nak kahwin." kata Farah sambil mengekek ketawa, Aleya di sebelahnya juga sudah ketawa kuat.
"Kamu tu gatal. Mana ada nak takut-takut macam orang lain." sampuk mak su yang sedang menyusun bekas-bekas adunan yang dia pakai tadi. Memudahkan kerja pembantu rumah untuk membersihkannya kemudian.
"Mama ni, sebab tu lah Farah kahwin awal. Nak elak dosa, Farah tak boleh bendung dah rasa tu." tambah Farah, makin panjang tawanya. Faradhiya senyum terhibur, seronok boleh bersembang dengan ahli keluarga yang jarang dapat berkumpul kecuali musim perayaan.
**************
Sejuk sahaja rasa jarinya yang sedang dipakaikan inai. Dia memilih inai daun, sebab itulah dia perlu pakai inai lebih awal kerana inai daun mengambil masa untuk merah dengan elok. Itu yang henna artistnya cakaplah. Dia ikut saja. Aleya dan Farah masing-masing juga mengambil kesempatan untuk memakai inai. Safiya dan Laika sudah duduk diam di sofa, tunggu inai mereka kering. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang memilih motif bunga untuk dilakar. Eton siap mahu bunga di tapak kaki.
Faradhiya tidak mahu memakai inai lukis. Hanya di jari dan bentuk bulat di tapak tangan sahaja. Tidak mahu berlebihan. Fotografer perempuan yang ditempah Ana, anak kedua maksu yang sebaya dengan Faradhiya sedang sibuk mengambil gambar. Menyimpan momen-momen malam berinai Faradhiya. Malam berinai Faradhiya hanya ada keluarga dan kawan rapat.
"Tunggu kering kejap lagi kita basuh ya." Faradhiya hanya mengangguk faham. Sekarang dia perlu duduk dengan tertib suapaya inainya tidak comot. Sesekali dia mengukir senyuman bila kamera menghala ke arahnya.
Tiba-tiba dia didekati Eton yang kedua tangannya sudah siap berinai dengan bunga kecil. Setiap langkah Eton yang seperti ada lompatan kecil itu diperhatikan Faradhiya.
"Cik Ya dah nak kawen esok ke?" soal Eton dengan mata membulat yang penuh dengan soalan.
"Ya, Cik Ya dah nak kahwin. Tapi bukan esok, esok satu lagi." jawab Faradhiya.
"Esok shatu lagi tu lusa lah kan?" tergelak Faradhiya bila mendengar soalan Eton. Tak sangka pulak Eton tahu perkataan lusa.
"Betul, lusa. Pandainya Eton." Pujian dari Cik Ya buat Eton sengih tunjuk giginya yang tersusun.
"Kenapa Cik Ya kawen? Sebab Cik Ya suka dekat boyfen Cik Ya ke?" Mendengar soalan cepumas dari Eton buat Faradhiya senyap sementara. Aleya dan Farah yang dekat dengannya juga berhenti sembang, curi dengar.
"Siapa cakap macam tu?" soal Faradhiya. Mana mungkin Eton boleh tahu tentang teman lelaki di usia 4 tahun.
"Cik Uz."
Uzair.
Eton yang masih mahukan jawapan menyendengkan tubuh kecilnya di tepi badan Faradhiya. Kepala dilentokkan. Menunggu jawapan.
"Cik Ya nak kahwin sebab Allah bagi rezeki Cik Ya jumpa dengan orang baik."
a/n: Minggu depan bab Faradhiya dengan Ghaz nikah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomansaCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...