Bab 32

117 13 0
                                        

a/n: Make sure dah baca bab 31! Vote and comment <3

Malam itu mereka suami isteri berada di bilik kerja selepas solat isyak berjemaah. Ghaz Ukasyah sedang membaca buku biografi sementara Faradhiya membaca dokumen kerja. Suasana sunyi namun masing-masing selesa.

Sedang asyik membaca tiba-tiba Faradhiya rasa ada sesuatu yang menyentuh permukaan kakinya. Kepalanya terus membayangkan serangga kecil bersayap dengan enam kaki. Terus jeritannya memecah sunyi.

Kerusi di panjat, dia berdiri di atas kerusinya sambil kakinya menghentak kuat. Geli. Muka merah padam. "Abang! Abang! Abang!"

Hampir terbang buku tebal yang berada di dalam pegangan Ghaz Ukasyah. Pantas dia bangun menuju ke arah isteri yang sudah terlompat kecil di atas kerusi kulit tebal. Punya kuat lompatan wanita itu, sehingga terpusing-pusing kerusi.

Kalut juga Ghaz bila isterinya terjerit-jerit. "Kenapa? Dhiya kenapa?"

"Lipas! Ada lipas lalu atas kaki Dhiya!" suara panik hampir menangis.

"Rumah ni tak pernah ada lipas Dhiya." Tangannya memegang kedua-dua tangan isteri. Mahu isterinya berhenti melompat.

"Betul! Dhiya rasa tadi dia lalu!" bersungguh-sungguh Faradhiya mengadu.

Ghaz Ukasyah terus melutut, memeriksa di bawah meja. Aneh. Tidak pernah rumahnya ada makhluk perosak. Sebaik sahaja dia melihat keadaan di bawah meja, terus dia ketawa kecil.

Beberapa helai kertas di yang jatuh bertebaran itu dikeluarkan. Terus sahaja dilalukan perlahan ke atas kaki isterinya. "Rasa macam ni ke?"

"Abang!" jerit Faradhiya bila kakinya rasa geli lagi. Pantas sahaja dia pandang ke bawah, namun dia dapat lihat suaminya yang sudah bergegar badan menahan tawa. Bila dia lihat kaki sendiri, yang dia nampak hanyalah helaian kertas.

Melorot perlahan tubuhnya, bercangkung di atas kerusi. Muka ditekup. Bibir diketap kuat. Malu. Tawa suaminya pecah mengisi bilik itu. Kuat, terbahak-bahak. Ghaz sudah terduduk atas lantai bilik.

"Dah lah." gumam Faradhiya perlahan bila Ghaz masih tidak berhenti ketawa.

"Dah lah." ulangnya sekali lagi, nada dikuatkan. Mulut sedikit mundung, mata tajam. Dia masih bercangkung di atas kerusi itu, tangan memeluk diri sendiri. Memerhatikan suami.

Ghaz yang cuba berhenti ketawa, mengangkat kepala untuk memandang isterinya. Namun sebaik sahaja dia melihat mimik muka wanita itu, tawanya pecah lagi. Faradhiya menjerit macam nampak zombi. Dia sendiri tidak tahu, isterinya boleh bereaksi begitu sekali.

Pap! Satu tamparan singgah di bahunya. Namun dia masih ketawa.

Pap!

"Dah lah! Awak ni tak baik tau tak." mendengar nada rajuk, tawa Ghaz semakin reda.

"Alolo, sayang abang... Takut ya? Itulah lain kali buat kerja jangan bersepah." Mendengar usikan suaminya, Faradhiya cubit lengan suaminya pula. Geram!

"Aduh! Sakit lah. Bilik ni tak ada lipas, ada ketam." Ghaz gosok lengannya. Pedih.

"Tak baik lah! Orang takut betul-betul." muncung sahaja mulut Faradhiya. Melihat itu Ghaz mendepa tangannya. Mengajak isteri masuk ke dalam dakapannya.

"Okey, okey. Sorry. Abang gelak sebab terkejut awak buat persembahan akrobatik tadi." Dalam pujukannya masih tetap ada usikan. Satu lagi cubitan singgah ke lengannya sebelum Faradhiya turun dari kerusi dan duduk di atas ribanya.

Terus sahaja dia peluk erat dan menggoyangkan perlahan badan ke kiri dan kanan. Memujuk. Kedua-duanya masih berada di atas lantai bilik kerja. Faradhiya hanya diam. Tidak tahu bagaimana dia berani untuk duduk di atas riba lelaki ini. Mungkin sebab terlalu terkejut tadi.

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang