"Kakak, ooo kakak. Assalamualaikum kakak, ooo kakak.", seru Uzair dari luar bilik kerjanya.
"Kak" belum habis dia seru, kakaknya sudah menjawab salam.
"Ya, Uzair. Masuklah." diperhati saja Uzair yang tersengih lebar melangkah masuk ke bilik kerjanya. Sebuah bilik yang dilengkapi almari buku yang penuh terisi di setiap dinding, set meja kerusi kerja kayu mahogani luas yang di atasnya computer dan dokumen-dokumen kerja Faradhiya. Bilik kerja itu juga mempunyai pintu penyambung ke bilik tidur yang membolehkan Faradhiya bergerak terus tanpa perlu keluar dari bilik tidur.
"Sibuk ke?" langkah seorang Uzair menghala ke meja kerja kakaknya. Diperhatikan dokumen yang tersusun elok dia atas meja. Ada dua longgokan, satu di kiri meja, satu di kanan meja. Di tengah ada satu fail terbuka. Kakaknya Faradhiya buat apa pun mesti kena kemas, ada sistem.
"Uzair nak tolong ringankan beban ke?" soal Faradhiya, dokumen yang dibaca tadi ditutup selepas ditanda. Memberi perhatian penuh kepada adiknya yang baru tamat pelajaran peringkat sarjana minggu lepas. Menunggu konvokesyen sahaja. Syarat wajib walid untuk mereka berdua sebelum bekerja di syarikat adalah mempunyai ijazah sarjana.
"Nak cuti lagi." jawab Uzair selamba. Skrin komputer kakaknya diperhati. Human Resources: Records of Perfomances. Rekod Pencapaian pekerja? Kakak dia nak bagi anugerah ke?
"Ini buat apa masuk cari kakak? Kalau nak menyibuk boleh keluar balik. Kalau nak tolong kakak kurangkan sibuk, ambik sikit file belah sini." Ditunjuk file yang berada di kiri meja. Pantas sahaja mulut Uzair memuncung sedikit.
"Nak tengok kakak lah. Tak rindu ke kat Uzair? Dah sebulan tau kita tak jumpa!" Kali terakhir dia jumpa kakaknya sewaktu menyambut kepulangan di rumah. Selepas itu dia sibuk mengemaskan kajiannya untuk dihantar. Kelmarin dia disambut pulang dengan sambal sotong masakan ummi. Ummi sayang dia juga tahu!
"Macam mana nak rindu kalau tiap minggu call Aida minta tolong?" terdiam Uzair mendengar soalan cepumas kakaknya. Aida mengadu dekat kakak ke dia selalu minta tolong Aida untuk kajiannya? Aduh...
"Alah, orang minta tolong sikit je. Tengok yang mana salah, cantikkan ayat. Kalau minta tolong orang tu, silap-silap dia reject thesis orang." jujur sahaja Uzair beritahu. Seorang Faradhiya itu sangat mementingkan kesempurnaan! Mementingkan perincian. Nasiblah kakaknya ini CEO. Kalau pensyarah, mesti ada anak murid yang menangis di bucu katil, penulisan kajian asyik ditolak.
Tersenyum sahaja mendengar petah si Uzair. Manja. Anak lelaki tunggal tapi perangai bongsu masih ada. "Nak mula kerja lepas graduasi ke?" soal Faradhiya perlahan. Berharap sangat adiknya mahu masuk kerja lebih awal. Kurang sikit beban kerjanya, ini semuanya dihumban ke dia. Hal ini kerana sudahlah dia yang menguruskan cawangan induk, tapi kerja di satu anak syarikat di Johor pun perlu dia buat. Jawatan Pengurus Produk di situ masih kosong selepas persaraan pengurus sebelumnya. Walid suruh biarkan kosong untuk Uzair. Jadi sementara kosong, dia paksa rela membuat kerja kerana yang bercuti itu adik dia bukan adik orang lain.
"Dah bagitahu walid tadi, cuti sebulan. Lepastu Uzair masuk kerja. Ha, baik tak orang? Baik kan?" soal Uzair sambil mengangkat-angkat kening.
"Terima kasih, Uzair."
"Terima kasih je ke?" melihat pandangan pelik kakaknya, dia buat muka selenga.
'Kakak dari dulu bendul.' Kutuk Uzair dalam hati.
"Tak ada gosip baru ke? Ada tak yang makan hati kakak tolak?" Uzair menopang dagu di atas meja kerja kakaknya. Kening di angkat tinggi.
"Setakat ni tak ada. Semua bapa orang, jadi tak ada siapa untuk ditolak." jawab Faradhiya jujur. Adiknya suka mendengar cerita dia menolak perasaan lelaki. Kelakar kata Uzair. Apa yang kelakar pun dia tidak tahu.
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...