a/n: Bab ini panjang sikit ya, 1.6k words. Selamat membaca, jangan lupa tekan bintang dan komen!
Faradhiya yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Subuh bangun dari duduknya selepas mendengar bunyi loceng di pintu bilik hotel. Mungkin jurusoleknya sudah sampai, tapi mengapa pula perlu bunyikan loceng. Tadi sebelum dia solat, Aleya sudah turun ke lobi untuk menjemput jurusolek ke atas. Curiga, dia mencuri lihat melalui kaca kecil yang tersedia di pintu.
Uzair.
Pantas sahaja pintu di buka. Apa yang Uzair mahu Subuh ini? Uzair yang berkain pelikat dan berkopiah putih di pandang dengan penuh tanya. Belum sempat dia mengeluarkan soalan, satu sampul telah dihulur dekat dengan mukanya. Sampul putih itu dicapai, ada isi.
'Uzair bagi duit ke?' getus hati Faradhiya.
"Siapa bagi-" belum sempat ayatnya habis Uzair telah melangkah pergi. Lajunya macam lipas. Mungkin Uzair masih belum solat Subuh. Majlis akad nikah pula akan bermula pukul 10 pagi.
Melihat Uzair yang sudah hilang di sebalik koridor, Faradhiya kembali menutup pintu. Sampul di tangan dibelek lagi. Diangkat tinggi pula supaya dekat dengan lampu, dengan harapan nampak isi di dalam. Macam yang doktor selalu buat bila nak tengok gambar x-ray. Namun hampa kerana sampul itu tebal.
Dia mengambil duduk di birai katil, jam dinding di jeling. 6.20 pagi. Dia ada sedikit masa lagi sebelum jurusolek sampai. Perlahan-lahan dia membuka sampul, tidak di gam pun rupanya. Ada sekeping kertas yang dilipat kemas. Lipatan dibuka, terbeliak sedikit matanya bila membaca baris ayat pertama.
Surat ini dari Ghaz Ukasyah.
Surat Cinta untuk Faradhiya
Assalamualaikum w.b.t,
Teruntuk Nur Faradhiya; wanita yang telah berjaya menambat hati saya, wanita yang sekejap lagi bakal menjadi isteri, wanita yang bakal saya gelar suri.
Surat ini saya tulis sebagai tanda peringatan. Peringatan yang saya berjaya memiliki Faradhiya sebagai isteri, peringatan yang Faradhiya layak dicintai, peringatan yang awak akan saya kasihi sampai mati.
Koyak sedikit hati bila saya dapat tahu yang awak rasa diri awak tak layak dicintai. Bagaimana mungkin wanita seindah awak, dikatakan tidak layak? Sedalam mana luka di hati sehingga ada kepercayaan begini? Maka saya berjanji dengan diri sendiri untuk terus menanti.
You are too exquisite to be left alone. Wanita yang wajahnya sekali pandang mampu buat dunia saya terhenti. Wanita yang santunnya buat semua senang hati. Wanita yang cukup menjaga agama sehingga disegani. Wanita hebat. Dan saya sangat mahu Faradhiya menjadi wanita saya.
Saat saya terima panggilan dari walid adalah antara waktu saya paling bersyukur. Tidak pernah saya mahukan sesuatu seperti saya mahukan awak. You are everything I never knew I needed. Terus saya sujud syukur lalu berjanji, wanita yang Allah hadiahkan untuk saya, tidak akan saya khianati. Semoga Allah menjaga dan memberkati pernikahan kita nanti.
Nur Faradhiya,
Saya tidak mampu berjanji untuk menjadi suami yang sempurna, tetapi saya boleh berjanji akan sentiasa mencuba. Tidak akan ada perkahwinan yang bahagia sentiasa, jadi saya harap kita sama-sama sentiasa bersabar dan kuat dalam mempertahankan apa yang kita ada. Saya mahu kita menjadi suami isteri yang boleh bercakap dan berkongsi tentang apa sahaja, yang saling percaya. Saya mahu kita masih memilih cinta walau sebesar mana ujian kita nanti.
Semoga Allah terus semaikan rasa kasih dan cinta dalam hati kita berdua. Semoga Allah kurniakan sakinah dalam keluarga kita. Semoga Allah memberkati dan merahmati hubungan kita suami isteri hingga ke syurgaNya.
YOU ARE READING
Temu
RomantikCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...