a/n: Pastikan dah baca bab 26. Jangan lupa vote and comment! :D
Faradhiya pantas mengemas barang peribadinya ke dalam beg tangan sebaik sahaja dia menerima pesanan ringkas dari Ghaz Ukasyah.
+Sayang, saya dah dekat depan.
Meskipun mukanya panas selepas membaca pesanan tersebut, dia masih tidak mahu suaminya tunggu terlalu lama. Sejak dua hari lepas, suaminya kerap memanggilnya dengan panggilan itu. Sewaktu dia menyatakan dia berasa segan apabila dipanggil sebegitu, Ghaz hanya senyum meleret sahaja.
"Aida, saya keluar dulu. Apa-apa emel saya." pesannya kepada Aida.
"Bos balik dengan siapa? Saya tak call driver lagi bos." pembantu peribadinya itu kelihatan gelabah bila melihat dia sudah mahu balik. Maklumlah sekarang baru pukul 3.30 petang.
"Tak apa. Ghaz yang ambil saya." jelasnya kepada Aida. Terus berubah muka pembantunya, senyum mengusik.
"Untunglah bos sekarang. Tak payah ada driver dah." Mendengar usikan itu terus Faradhiya melangkah ke arah lif. Dibiarkan sahaja Aida ketawa seorang diri. Malas mahu layan.
Sebaik saja sampai di lobi bangunan, dia sudah boleh nampak Ghaz Ukasyah yang bersandar di pintu kereta Mercedes-AMG GLC milik lelaki itu. Dia sedang berborak dengan pengawal keselamatan di ruang parkir menunggu itu. Sebaik sahaja pemandangan mereka bertaut, lebar senyum Ghaz Ukasyah. Tengok isteri pun dah rasa bahagia.
Satu senyuman manis dihadiahkan untuk suami yang terus membuka pintu kereta untuknya sebaik sahaja dia sampai ke kereta. Dia juga sempat mengangkat tangan kepada pengawal keselamatan sebelum kereta keluar dari perkarangan bangunan Equil.
"Hari ini kerja okey ke?" soal Ghaz Ukasyah selepas isterinya hanya diam memandang luar.
"Okey. Awak?"
"Tak okey." pantas sahaja Faradhiya pusing leher untuk melihat wajah Ghaz. Mahu ambil tahu.
"Kenapa tak okey?"
"Rindu isteri."
Pap!
Pantas sahaja satu tamparan hinggap ke bahu Ghaz Ukasyah. Terus pecah gelak Ghaz Ukasyah. Seronok boleh mengusik isteri.
"Main-main lah awak ni." masam sahaja nada suara Faradhiya. Suaminya suka betul buat dia malu.
"Betul lah. Baca kertas projek pun nampak muka isteri. Buat kerja pun teringat isteri."
"Buat kerja tak boleh main-main. Tak berkat." omel Faradhiya.
Hari ini hari kedua Ghaz menjemputnya pulang dari pejabat kerana mereka perlu ke butik untuk final fitting baju bersanding mereka. Semalam sewaktu Faradhiya mengenakan bajunya, masih ada beberapa tempat yang perlu diperbaiki. Jadi mereka perlu hadir sekali lagi hari ini.
Majlis resepsi mereka hanya berbaki 2 hari sahaja lagi. Faradhiya dan Ghaz sudah puas hati dengan rekaan hiasan dewan dan pelamin. Senarai tetamu yang akan hadir juga sudah disemak olehnya. Skrip pengacara majlis pun Faradhiya periksa.
Majlis ini bukan sekadar majlis resepsi sahaja. Tetamu yang hadir merangkumi pemegang saham, rakan usahasama, rakan niaga, pelanggan Equil dan Armada dan keseluruhan staf syarikat mereka. Ramai orang besar akan hadir, termasuklah kerabat diraja dan beberapa orang menteri dan ahli politik. Hanya dua syarikat media yang dijemput hadir, dia tidak mahu majlisnya dipenuhi wartawan sehingga kelihatan seperti pertunjukkan sarkis. Jadi semuanya harus berjalan dengan lancar dan sempurna.
Urusan di butik pengantin selesai dengan cepat. Kedua-dua mereka berpuas hati dengan hasil akhir. Terus sahaja mereka berdua cari kedai makan berdekatan kerana Faradhiya masih belum makan tengahari. Baru beberapa hari tinggal pejabat, telah banyak dokumen dan urusan tertangguh. Jadi dia tidak sempat keluar makan. Tahu saja akan hal itu, terus Ghaz heretnya ke kedai makan.
"Jaga waktu makan, badan nak pakai lama. Kalau sakit lagi lama tak boleh kerja." leter suaminya sambil tangan sibuk membuka botol air mineral untuk dituang ke dalam gelas berisi ais. Laju sahaja dia menyediakan air untuk isterinya minum.
"Lagi 1 bulan ada mesyuarat akhir tahun. Ada banyak benda lagi tak siap. Lagipun lepas majlis, cuti 5 hari. Saya tengah cuba selesaikan mana yang boleh in advance." panjang sahaja alasan yang diberikannya kepada Ghaz. Tapi memang betul pun apa yang dia cakap.
Masih banyak yang dia perlu siapkan untuk mesyuarat akhir tahun. Mesyuarat itu akan dihadiri oleh semua ahli lembaga pengarah, pemegang saham, pengurus setiap cawangan syarikat dan orang-orang lain yang berkepentingan dalam pengurusan Equil Group. Faradhiya perlu membentangkan data-data prestasi syarikat. Keuntungan, kebolehpercayaan, kepuasan pengguna, kualiti hasil projek, prestasi pekerja, laporan kejayaan, laporan kerugian, serta target dan hala tuju syarikat untuk tahun seterusnya.
Mesyuarat besar seperti ini hanya akan berlaku secara bersemuka empat kali setahun sahaja, sewaktu suku pertama, suku kedua, suku ke empat dan mesyuarat akhir tahun. Semua yang terlibat wajib menghadirkan diri.
"Sayang, makanan dah siap." sibuk dalam fikiran sendiri, dia tidak perasan makanan yang dipesan sudah terhidang. Terus dia membaca doa makan sebelum menjamu selera. Menu pilihan mereka hari ini, nasi goreng sate ayam dan nasi goreng daging merah untuk Ghaz Ukasyah. Ada juga sayur goreng yang dipesan berasingan.
Suasana di meja makan itu senyap. Selalunya memang begini, mereka berdua jarang bercakap waktu makan.
"Awak punya sedap tak?" tanya Faradhiya kepada Ghaz sambil perlahan-lahan cuba menghabiskan lagi 2 batang sate yang berbaki di pinggan. Nasinya semua sudah habis.
"Sedap, alhamduillah."
"Nak rasa saya punya tak?" soalnya dengan mata mengharap. Dia betul-betul sudah kenyang.
"Dah kenyang ke?" soal Ghaz kepadanya seakan tahu. Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan dan senyum kecil.
Pantas sahaja pinggan bertukar tempat. Lelaki itu menghabiskan sisa makanannya tanpa banyak soal. Ini bukan kali pertama. Sejak di majlis BBQ dengan keluarga lagi, suaminya menghabiskan makanan yang berbaki di dalam pinggannya.
"Full rehearsal hari Jumaat kan?" soal Ghaz Ukasyah kepadanya.
"Haah. Saya masuk pejabat kejap sampai tengah hari, baru boleh pergi tengok. Awak?" melihat ada sedikit sisa kuah kacang yang menitik di dagu lelaki itu, dia terus tunjuk dagu sendiri. Namun suaminya tidak faham, hanya kerut dahi melihat Faradhiya yang tiba-tiba sahaja tunjuk dagu sendiri.
"Tu dekat dagu ada kuah menitik." Tisu yang tersedia di atas meja dihulurkan, sekali lagi dia tunjuk dagu sendiri.
Sekali Ghaz cuba sapu, tak kena.
Kali kedua, tak kena.
Kali ketiga, masih tak kena.
Penat melihat suami yang meraba muka sendiri dengan tisu. Dia pantas bangun dari kerusi dan bongkok ke hadapan untuk membersihkan sisa itu sendiri. Setelah berpuas hati, dia kembali duduk. Tidak sedar yang Ghaz Ukasyah sudah beku di kerusi.
Terkejut dengan tingkah isteri sendiri. Mana pernah Faradhiya sendiri sukarela dekat dengan dia. Selalunya dia yang akan mulakan dulu, itu pun isterinya akan tahan panas muka dan kejung kerana malu. Tapi kali ini, dia pula yang kejung. Manalah tak kejung, punya dekat sampai dia boleh rasa hembus nafas Faradhiya.
"Awak, kenapa senyap?" hairan Faradhiya bila dia sedar yang suaminya diam tak berkutik.
"Terkejut."
"Kenapa pulak?" Berkerut dahi Faradhiya. Suami dia nampak apa sampai macam tu sekali terkejut?
"Bidadari dekat sangat dengan saya tadi."
Mulut!
a/n: Jumpa minggu depan!

ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...