Bab 7

19 0 0
                                    

a/n: Hadiah Hari Raya, filler chapter. Ghaz Ukasyah's POV. Jumpa Sabtu!

Malam ini ada majlis makan malam syarikat yang melibatkan semua anak syarikat dan rakan-rakan niaga dari pelbagai negara. Ianya diadakan di dewan Menara Equil. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Faradhiya sebagai CEO baru Equil Group kepada semua pihak. Dalam erti kata mudah, majlis suai kenal.

Nur Faradhiya yang mengenakan abaya kardigan hitam sedang memberikan ucapan di atas pentas. Tentang visi dan misinya, perancangannya dalam jangka masa pendek dan panjang untuk syarikat serta prestasi semasa syarikat. Namun, satu pun tidak masuk ke telinga Ghaz Ukasyah. Matanya tidak lepas memandang wajah manis Faradhiya. Pemandangan yang indah ditemani dengan muzik latar belakang yang lembut. Pahanya yang ditepuk perlahan oleh papa di sebelah menyedarkan dia bahawa ucapan Faradhiya sudah habis. Punyalah asyik sampai dia tidak sedar.

Sosok wanita itu berjaya dicuri lagi oleh mata Ghaz Ukasyah. Wanita itu sedang berjalan mendekati meja-meja, beramah mesra dengan rakan-rakan niaga dan pekerja diiringi oleh Aida, pembantu Faradhiya. Aneh. Dia tidak pernah asyik melihat wanita sehingga tahap begini. Baru tersedar dengan perlakuan sendiri. Pandangan ditundukkan dan dia beristighfar kecil. Dia kembali ikut serta dengan perbualan yang sedang berlaku di mejanya. Mujur papanya tidak sedar.

"Assalamualaikum." lembut suara yang memberi salam. Terus disambut meriah oleh semua yang berada di meja, termasuklah Ghaz Ukasyah. Lari sekejap ritma jantungnya apabila melihat senyuman Faradhiya. Walaupun hanya nipis dan bukan di berikan khas untuk Ghaz, dia masih perlu cuba bernafas dengan normal. Mendengar Faradhiya bersembang dengan isi mejanya berkenaan syarikat buat Ghaz Ukasyah rasa kagum. Jika masih ada orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan untuk menjadikan Faradhiya sebagai CEO dan bukan anak lelakinya, mereka patut duduk dan dengar setiap penjelasan dan penerangan wanita itu berkenaan syarikat. Apa sahaja yang dia tidak tahu, rancangan apa yang dia belum buat, siapa sahaja yang dia tidak kenal di sini?

Dan ini hanya membuatkan Ghaz Ukasyah semakin tertarik dengan Nur Faradhiya. Wanita ini ada semuanya. Melihat cara Faradhiya menyantuni pekerjanya membuktikan yang peribadi wanita ini sangat baik. Ghaz kembali ke alam nyata apabila sedar yang namanya dan nama syarikat menjadi topik perbualan kini.

"Alhamdulillah Ku, kontrak kita dah sign siang tadi. Tuan Ghaz banyak mudahkan urusan saya." ujar Faradhiya kepada Ku Ghazali. Mungkin tadi papanya bertanya tentang projek terbaru syarikat dengan Equil. Dia hanya mampu memberikan sepotong senyum, takut yang Faradhiya sedar dia dari tadi tidak lepas pandang. Wanita itu meminta diri selepas menegur semua di meja itu, dan waktu itu Ghaz Ukasyah melepaskan nafas lega.

'Fuh, lain macam aura.' keluh hati seorang Ghaz Ukasyah yang sendiri terkejut dengan tindakbalas luar kawalannya malam ini.

Selepas puas bersembang dengan rakan-rakan niaga di mejanya, Ghaz Ukasyah mula bergerak untuk menyapa orang lain. Peluang untuk dia membina hubungan bisnes di malam seperti ini. Ramai orang hebat yang dia jumpa maka dia tidak melepaskan peluang mendengar pengalaman dan nasihat yang diberi. Walaupun ramai yang menganggap dia sebagai ahli niaga yang baik, tapi itu hanya reputasi bapanya. Dia hanya menumpang sahaja, dia menganggap dirinya sebagai manusia yang masih belum matang dalam dunia niaga. Masih banyak yang dia boleh belajar dan perbaiki.

Tiba-tiba sepasang mata Ghaz Ukasyah mendapati yang Faradhiya sedang duduk bersembang dengan pembantunya dia satu meja di hujung dewan. Mungkin wanita itu sedang berehat selepas dari tadi tidak berhenti berinteraksi dengan orang. Tidak tahu mengapa dia membuat keputusan untuk mendekati, pantas sahaja kakinya bergerak ke arah wanita itu.

"Assalamualaikum." sapanya dengan senyuman. Anggukan kecil dari pembantu Faradhiya di balas kembali. Dia mengambil keputusan untuk terus berdiri, takut tidak manis di pandangan orang jika dia ikut duduk. Ghaz juga takut kalau dia duduk menghadap Faradhiya sekarang, dia akan lupa untuk bercakap kerana terlalu asyik menikmati pandangan. Salamnya dijawab ringkas oleh Faradhiya.

"Cik dah ada jawapan untuk soalan saya?" soal Ghaz merujuk kepada soalan yang berikan sewaktu perjumpaan pertama mereka. Faradhiya diam sebentar, mungkin sedang cuba mengingat semula soalan Ghaz.

"Oh, belum." jawab Faradhiya pendek dan jujur. Ghaz hanya mampu akur dengan jawapan yang diberi. Faham yang Faradhiya pasti sibuk untuk mengingati soalannya.

"Tuan Ghaz dah jumpa ke maksud bahagia Tuan Ghaz?" gelas minuman yang baru saja hendak dibawa ke bibir terhenti separuh jalan. Terkejut. Tidak sangka yang Faradhiya akan menyoalnya. Hujung bibirnya terjongket naik.

"Saya tahu maksud bahagia untuk saya tapi saya belum jumpa." Jawab Ghaz Ukasyah tenang. Dia jujur menjawab. Sekali lagi wajah manis itu di curi pandang dengan hujung mata. Tahu yang Faradhiya keliru dengan jawapan yang diberi.

"Belum jumpa?" soal Faradhiya yang mahukan jawapan yang lebih jelas. Tidak sempat Ghaz Ukasyah menjawab, ada tepukan di bahu yang memutuskan pandangannya dari wajah Faradhiya, seorang kenalan papa datang menegur sekaligus menamatkan perbualan dia dan Faradhiya. Tidak sempat hendak menamatkan perbualan dia terus terheret dalam perbualan lain.

Aida yang sedari tadi yang dianggap halimunan oleh dua manusia itu menghembus nafas lega. Dia pula rasa tidak boleh bernafas bila mendengar perbualan Ghaz Ukasyah dan Faradhiya. 

TemuWhere stories live. Discover now