Bab 11

78 9 0
                                    

a/n: I uploaded three chapters. In case you missed one because it overlapped. 

Faradhiya mengeluh perlahan sambil mata memandang siling bilik pejabatnya. Rancangan dia untuk balik lambat hari ini gagal. Permintaan umi pagi tadi tak dapat ditolak, walid jugak tidak dapat membantu. Umi dan walid memang betul-betul mahu dia berada di rumah malam ini.

Pening kepalanya bila dia memikirkan tentang malam ini. Apatah lagi bila teringat kata-kata Uzair semalam. Nak masuk meminang ke? Ada ke orang masuk meminang malam-malam? Kenapa pula Ghaz Ukasyah mahu masuk meminang? Kenapa perlu terus jumpa keluarga? Faradhiya mengeluh lagi.

"Cik Dhiya? Okay ke?" teguran perlahan Aida mematikan sesi tenung siling Faradhiya. Aida pula hanya memerhatikan tingkah majikannya. Risau bila melihat majikannya itu termenung.

"Cik Dhiya nervous tentang meeting kita ke? Jangan risau, notis dah diberi pagi semalam. Cik Dhiya kena kuat saja dalam meeting sekejap lagi. Jangan risau! Saya ada belakang Cik Dhiya. Saya support!" tersenyum kecil Faradhiya melihat semangat Aida. Mesti pembantunya ingat dia gemuruh tentang meeting yang akan bermula sebentar lagi.

Wajarlah jika Aida ingat dia risau dan gemuruh. Dalam mesyuarat itu nanti akan berlaku pemecatan hampir 100 orang pekerja syarikatnya dari pelbagai cawangan termasuk beberapa ahli lembaga pengarah. Oleh sebab itu dia juga perlu terlibat sama dalam mesyuarat hari ini. Notis pemecatan sudah diberi pagi kelmarin, masa 24 jam diberi kepada mereka untuk hadir hari ini memandangkan ada yang datang dari cawangan jauh.

"Taklah. Saya yakin dengan keputusan saya. Awak tu yang jangan takut, Aida." Usik Faradhiya. Tahu yang Aida dari semalam terpaksa menahan telinga mendengar amarah dari pekerja-pekerja yang menerima notis pemecatan. Ada yang melontar makian, ada yang menangis merayu, ada yang membuat ugutan, dan ada juga yang dah sampai di depan bangunan syarikat induk membuat kecoh.

"Saya okay cik. Saya steady. Eh, cik saya masuk ni nak bagitahu yang semua dah sampai." Kalut Aida memberitahu. Mendengar itu Faradhiya bangun mencapai kot dan tabletnya.

"Encik Ghaz pun ada dekat luar." Sambung Aida lagi. Terlupa pula dia nak bagitahu sebab asyik gelabah fikir tentang mesyuarat yang akan mereka lalui, dia rasa dia boleh trauma dengar suara nada tinggi lepas ni. Lemah semangat. Melihat majikan dia yang kaku secara tiba-tiba, dia memanggil lagi nama majikannya.

'Pelik betul boss aku. Main ice, water ke?'

"Dia buat apa dekat sini?" soal Faradhiya cuba mengawal riak muka. Hairan dengan kelakuan Ghaz Ukasyah.

"Dia cakap tadi ada urusan dengan bahagian kewangan, lepas tu saja dia naik nak jumpa Cik." Sofi memberitahu. Dia pun pelik dengan Ghaz Ukasyah, berani betul minta jumpa Cik Faradhiya.

"Bagitahu dia saya ada mesyuarat." Ujar Faradhiya senada sambil melangkah keluar dari bilik pejabat menuju ke bilik mesyuarat. Langkah di atur kemas, pandangan mata pekerja yang lebih gementar dari dia tidak diendahkan. Muka kosong ditayang. Pekerja sekeliling memerhati penuh hormat dengan keberanian dan ketegasan majikan mereka. Siap catwalk!

"Cik Faradhiya." tegur satu suara lembut menyebabkan Faradhiya mematikan langkah. Tak perlu pusing menghadap pun dia sudah tahu. Jantung Faradhiya yang tadi tenang tiba-tiba berubah detak.

"Semoga dipermudahkan urusan." sambung suara itu lagi. Faradhiya hanya mengangguk kecil tanda terima kasih. Dia malu nak menghadap lelaki itu, tambah-tambah lagi dengan apa yang mungkin berlaku malam ini. Langkah diatur kembali tetapi sedikit laju dari tadi.

"Assalamualaikum, selamat petang semua." Ucap Faradhiya seiring saja kaki melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Terus gamat bilik mesyuarat sebaik saja dia masuk. Diserbu dengan soalan, tempikan, amarah, tangisan dan makian dari bakal-bakal bekas pekerjanya.

Bismillah, permudahkanlah ya Allah.

"Apa salah kami Cik?"

"Hey aku kerja dengan syarikat ni lebih 10 tahun tau! Kau siapa nak buang aku! Perempuan bodoh!"

"Kau nak aku sebarkan ke berita? Pemecatan tidak sah dan tak berasas!"

"Cik, tolonglah saya cik. Saya ada keluarga nak kena sara cik"

"Inilah kalau perempuan jadi pemimpin! Bodoh!"

Mikrofon dihidupkan dan dia mengetuk mikrofon 3 kali. Suasana sunyi seketika. Aida sibuk memastikan skrin besar memaparkan agenda pagi ini.

'Pemecatan Akibat Pecah Amanah, Jenayah dan Salah Laku.'

Hening bilik mesyuarat selepas membaca paparan skrin besar tersebut sebelum kembali riuh.

"Mana bukti?"

"Saya minta maaf, cik."

"Ini semua fitnah!" Hiruk pikuk bilik mesyuarat dengan pelbagai jenis suara dengan pelbagai jenis emosi. Namun, semua kembali diam apabila Faradhiya membuka bicaranya.

"Assalamualaikum dan selamat petang. Saya Nur Faradhiya Faizal, CEO Equil Group. Tugas saya adalah untuk menguruskan manusia, pekerja. Tuan-tuan dan puan-puan adalah pegawai-pegawai eksekutif syarikat, jadi tuan puan berada dibawah penyeliaan saya. Jadi apa yang berlaku sekarang semua di bawah bidang kuasa saya. Sebarang salah laku dan jenayah yang berlaku akan membabitkan nama baik syarikat. Syarikat saya. Equil tidak pernah dan tidak akan pernah bertoleransi dengan perbuatan pecah amanah, jenayah dan salah laku dalam kalangan pekerja. Saya mahu ingatkan sekali lagi, apa yang berlaku hari ini, datang dari pilihan anda sendiri. Maka, saya juga mempunyai tanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman." Panjang ucapan pembukaan Faradhiya. Suasana bilik itu terus sunyi.

Skrin berubah ke slaid seterusnya. Faradhiya lancar membaca maklumat dari slaid. Membentangkan bukti dan menyatakan alasan pemecatan.

Abdul Hamidi bin Amin.

Ketua Eksekutif Equil Cawangan Johor.

Kesalahan:

1. Menerima rasuah melalui bentuk pemberian hadiah. (Tanah, emas dan saham.)

2. Tidak adil dan jujur dalam pembahagian tender.

3. Berzina.

4. Berjudi.

Slaid seterusnya memaparkan bukti-bukti kesalahan dalam bentuk perjanjian, tangkap layar mesej antara dua pihak, bukti pemilikan syarikat, bukti salah guna kuasa untuk pemilikan tender dan rakaman CCTV yang menunjukkan Abdul Hamidi berpesta di dalam sebuah kelab, di kasino,di hotel yang menunjukkan dia berpelakuan tidak senonoh.

Sunyi bilik pejabat. Kedengan bunyi badan direnyuk ke kerusi. Terkejut dengan apa yang dipaparkan. Tiada lagi apa yang boleh dikatakan. Puas dengan reaksi itu, Faradhiya teruskan pembentangan.

Selesai pembentangan Faradhiya tentang 97 pekerjanya yang dipecat. Faradhiya hanya mengingatkan bahawa sebarang ganti rugi atau kecurian dalam bentuk wang perlu dibayar semula dalam masa 2 minggu. Jika gagal, pihak polis akan dilibatkan. Aida yang paling kuat menghembuskan nafas lega.

Rasa kagum kepada Faradhiya tak terhingga. Steady sahaja majikannya mengawal situasi. Terbit juga rasa bangga kerana dia turut terlibat dalam operasi pembersihan ini. Sebulan lebih mereka mengumpul maklumat, memastikan kesahihan bukti dan bermesyuarat.

Akhirnya semua selesai.

Tetapi kenapa Faradhiya nampak gugup sebaik sahaja melangkah keluar? Siap jalan lambat-lambat macam tak mahu pulang ke rumah. Bukan patutnya Faradhiya lega dan gembira ke? 

a/n: Kalau rajin vote/comment tau 

TemuWhere stories live. Discover now