"Boss, Datuk Siti Rozita put in a request to meet you." Muncul suara Aida mematikan pergerakan mata Faradhiya yang sedang membaca laporan di meja. Jam di kerling, 4.30 petang. Lebih kurang 30 minit selepas draf kenyataan media di hantar.
"Bila?"
"As soon as possible."
Faradhiya diam sebentar, membuat keputusan. "Pukul 5."
"Noted, boss."
Tetingkap di skrin di tutup. Telefon yang berada di dalam laci atas dikeluarkan. Nama suaminya di cari.
"Assalamualaikum, awak." sapanya sebaik panggilan diangkat.
"Saya balik lambat hari ni. Ada kerja." sambungnya lagi selepas salam dijawab.
"Malam ke?"
"Rasanya lepas Maghrib jugak."
"Abang pick up Dhiya dari office lah kalau macam tu."
"Tak apa kut, awak. Saya call Pak Mad je."
"Tak apa. Abang dari office. Jangan call Pak Mad. Abang ambil." Mendengar nada dari suaminya, Faradhiya akur.
Panggilan diputuskan selepas Faradhiya minta diri. Dia mahu solat Asar sebelum berjumpa dengan Pengerusi Jabatan Audit Negara.
"Boss, Datuk Rozita is here."
"Masuk."
Aida masuk mengiringi wanita yang berada dalam 40 an. Seperti di dalam televisyen tadi, wanita bertudung, sedikit berisi dengan berbaju kurung itu melangkah masuk disertai oleh seorang pekerjanya juga.
"Jemput duduk, Datuk." sapa Faradhiya, dia juga bangun menuju ke sofa ke dalam pejabatnya.
Sebaik saja Faradhiya melabuhkan duduk, Aida membuka pintu untuk membenarkan tea lady masuk dan menghidangkan minuman kepada mereka. Suasana senyap itu tegang.
"Datuk ke sini sebab draf kenyataan Equil?" soal Faradhiya sebaik sahaja tea lady keluar dari pejabatnya.
"Puan, Jabatan Audit hanya ikut arahan dari pihak atasan." Jelas Datuk Rozita. Nada formal untuk sesi perbincangan.
"Pihak atasan tu menteri yang mana satu?" soal Faradhiya lagi, menundukkan tubuh untuk mencapai cawan teh panas. Chamomile.
"Yang tu tak penting, puan. Saya cuma nak puan faham yang apa yang kami buat ni tak ada motif peribadi." terjongket kening Faradhiya mendengar penjelasan itu.
"Dato' Razi tak call sesiapa ke lepas saya jumpa dia tengahari tadi?" tebakan Faradhiya buat wanita itu berubah muka selepas Faradhiya menyebut nama Menteri Perumahan.
Selepas menayangkan senyum, Faradhiya menyambung bicaranya, "Apa yang saya hantar ke jabatan Datuk, itu yang akan keluar kalau Datuk masih kekal dengan keputusan Datuk. Saya bukan orang politik, saya tak ada masa nak dolah dalih."
"Puan, apa yang kita buat ni cuma salah satu langkah berjaga-jaga. Puan tak perlu takut kalau tak ada apa-apa yang salah."
"To even be in that list is an insult." Tajam intonasi Faradhiya. Mati senyuman wanita itu bila melihat perubahan riak muka dan nada Faradhiya.
"Call your bosses, Datuk. Bagitahu bos-bos Datuk, saya tak kisah yang mana satu. Kalau masih ada yang cuba nak test power dengan Equil, saya tak ada masalah untuk lawan. Mungkin saya boleh mula dengan senarai nama menteri-menteri yang pernah melobi dengan Equil untuk minta dana tajaan berkempen."
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...