Bab 21

113 9 1
                                    

Bangunan-bangunan yang berselerak di hadapannya di pandang kosong, merehatkan minda. Kepala disandarkan berat di kerusi pejabatnya, leher diurut lembut menghilang lenguh. Sudah seminggu berlalu selepas dari malam dia membuat keputusan untuk menerima Ghaz Ukasyah. Serasa hilang satu beban dari fikirannya yang sebelum ini sempit. Hilang satu kekusutan, datang pula yang baru.

Faradhiya kini dirundung rasa takut. Takut yang dia masih belum bersedia dan mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk suaminya. Dia sedar yang perkahwinan memang satu lubuk pahala bagi seorang wanita, tetapi ia juga boleh menjadi sarang dosa.

Hari ini dia akan keluar awal dari pejabat bersama dengan Laika dan Safiya untuk sesi ukur baju pengantin. Beberapa hari lalu, Ghaz Ukasyah dan keluarga datang ke rumah untuk membincangkan tentang akad nikah dan majlis. Faradhiya dengan jelas menegaskan yang dia tidak mahu adakan majlis bertunang, pengumuman rasmi juga tidak akan dibuat. Cukuplah cincin sebagai tanda. Setakat ini hanya keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja yang tahu tentang statusnya.

Tarikh akad nikah juga telah ditetapkan pada bulan September, lima bulan dari sekarang. Seminggu selepas nikah, majlis resepsi. Pengumuman mengenai perkahwinan mereka akan dibuat sehari selepas akad nikah .Faradhiya hanya mahu semua tahu selepas nikahnya selesai, statusnya sah. Kad jemputan untuk rakan niaga dan pekerja akan dikeluarkan sebulan sebelum majlis dengan pesanan supaya isi kad tidak diketahui oleh sesiapa kecuali penerima. Teringatkan perjumpaannya dengan Ghaz pada hari itu, mukanya terasa panas.

Tiga hari selepas penerimaan Faradhiya, dia dan Ghaz Ukasyah bertemu. Kali ini di gazebo kolam ikan yang terletak di laman vila keluarga Faradhiya. Uzair ada di seberang kolam ikan, duduk di kerusi sambil bermain telefon. Pura-pura sibuk. Adiknya diamanahkan untuk menjadi orang ketiga dalam pertemuan mereka, memastikan dia dan Ghaz tidak berdua-duaan. Kedudukan Uzair agak jauh untuk menjaga privasi perbualan tetapi masih cukup dekat untuk memerhatikan. Ahli keluarga lain semua di dalam rumah, berbincang tentang hal perkahwinan.

"Faradhiya sihat?" soal Ghaz Ukasyah memecah kesunyian yang panjang. Kalau tunggu Faradhiya yang mula, mungkin sampai esok dua-dua senyap tak bercakap. Pertanyaan itu hanya di balas dengan anggukan.

"Ada apa-apa nak tanya saya?"

Lama Faradhiya diam sebelum membuka mulut.

"Lepas kahwin kita duduk mana?" pendek sahaja soalannya untuk lelaki itu. Sekadar memohon kepastian.

"Saya dah sedia rumah untuk kita. Location pun okey. Dekat dengan rumah ibu bapa awak, tak jauh dari pejabat jugak." Seperti biasa, tenang sahaja lelaki itu menjawab soalannya.

"Baru beli ke rumah tu?" soal Faradhiya lagi. Dia agak hairan bila tahu lokasi rumah Ghaz terlalu strategik.

"Dah lama. Allah memang bagi rezeki beli rumah tu sebab nak mudahkan urusan saya dengan awak kut." Dengar sahaja ayat itu, muka Faradhiya rasa sedikit suam.

'Manisnya mulut!'

"Saya nak minta bilik untuk ruang kerja boleh?" Laju sahaja dia mengeluarkan soalan baru untuk tutup rasa malu yang tadi.

Tergelak kecil lelaki itu selepas mendengar soalan barunya. "Mestilah boleh."

Keduanya kembali diam selepas Faradhiya sendiri senyap. Dia tidak tahu untuk tanya apa. Semua tentang Ghaz dia telah korek dari umi. Tidak betah dengan senyap, terus terkeluar soalan yang buat dia rasa mahu lari masuk rumah.

"Awak umur berapa?" Mahu saja dia tepuk dahi sendiri. Mukanya terus rasa panas, tapak tangan rasa sejuk. Kenapa soalan itu juga yang keluar? Bukannya dia tidak tahu umur Ghaz, umi sudah bagitahu Ghaz tua setahun darinya. Tawa yang keluar dari lelaki itu buat dia mahu tutup mukanya dengan topi kebun umi yang terletak elok di sebelahnya.

"Tiga hari." Kalau Faradhiya pandang muka Ghaz, pasti dia nampak senyum nakal yang menghiasi wajah lelaki itu. Namun Faradhiya sedang sibuk kerut dahi memikirkan jawapan Ghaz.

'Kenapa tiga hari?'

Bila otakanya sudah selesai mencari jawapan, jantung Faradhiya rasa macam mahu pecah. Dia sudah tidak boleh rasa mukanya, terus dia menunduk. Dia pasti mukanya telah ada rona merah, kalau Uzair nampak mesti kena bahan.

Dia terima pinangan Ghaz Ukasyah tiga hari lepas.

 "Dah pilih warna ke Dhiya?" soal Laika sambil menyelak majalah yang disediakan oleh butik. Safiya pula sibuk ke kiri dan ke kanan, menangkap gambar Faradhiya yang sedang berdiri macam patuh orang-orang kerana tukang jahitnya sedang sibuk mengambil ukuran badan. Designer pula laju menulis ukuran badannya.

"Dah, umi bagi a few choices. Aku pilih cream dengan some kind of red." jawab Faradhiya sambil menahan nafas.

'Lama pulak bahagian perut ni. Buncit ke?'

"Material?"

"Songket."

"Akad?"

"Putih."

"Lupa nama, material aku ikut suggestion Nad." Designernya yang mendengar nama disebut, melemparkan senyum manis ke arah Laika. Selesai sahaja sesi ukur, Faradhiya duduk di meja bulat untuk melihat sketch terbaru baju-bajunya. Sepasang kurung moden untuk akad nikah, sepasang kurung Pahang berwarna cream untuk dipakai malam hari akad nikah, majlis kecil untuk keluarga dan rakan terdekat dan persalinan songket untuk majlis resepsi.

Berkerut sedikit dahi Faradhiya melihat lakaran baju resepsinya. Nampak ketat dia bahagian atas badan, walaupun dengan tudung bawah dada. Kain selempang yang diletakkan pula tidak berjahit, berada di bahagian badan.

"Boleh guna kain songket berjahit untuk selempang? Kita pakai dari belakang kepala untuk tutup sanggul, silang badan, tutup sampai bawah punggung. Bagi lebar sikit boleh tutup bahagian depan dada." Belum sempat Faradhiya keluarkan pendapat, laju sahaja Safiya bagi penyelesaian. Tahu yang Faradhiya tidak suka dengan rekaan bahagian atas baju.

"Head piece pun saya tak nak." tambah Faradhiya. Melihat perhiasan kepala yang sarat itu, sudah cukup buat dia rasa sakit kepala.

"Tapi nanti nampak kosong sikitlah pengantin kalau tak ada head piece." nasihat Alia, pereka bajunya.

"Baju dah cukup cantik, tak perlu head piece untuk orang tahu saya pengantin." lembut sahaja nada Faradhiya tapi cukup tegas. Majlis resepsi nanti akan dipenuhi ribuan orang. Risau sekiranya dia berlebihan dalam berhias. Dia sedaya upaya untuk menjaga walaupun sendiri gelisah kerana tahu ramai akan memandangnya yang berhias.

"Bunga tangan tak perlu besar sangat, cukup untuk tutup bahagian tangan saya saja. Perhiasan rantai untuk pengantin lelaki pun tak perlu." permintaannya dinotakan lagi oleh Alia.

Selesai sahaja perbincangan mereka dan Faradhiya berpuas hati, trio sahabat itu terus menapak ke kedai makan berdekatan. Masing-masing lapar selepas hampir dua jam berada di butik, perut hanya di isi oleh kopi yang disediakan oleh butik.

"Ghaz okey ke dengan design baju?" soal Laika sambil mereka menunggu makanan sampai. Faradhiya yang sedang fokus dengan telefon bimbitnya itu mengangkat muka.

"Baru nak hantar fail dekat dia. Alia baru emel fail PDF." jawab Faradhiya ringkas. Matanya kembali ke arah telefon pintarnya.

"Wah, dah pandai berbalas mesej dengan lelaki sekarang. Besar dah Dhiya." usik Laika. Melihat dahi Faradhiya yang terus berkerut, dia tersenyum lebar. Safiya pula menambah dengan mengusap lembut kepala Faradhiya, seakan anak kecil.

"Tak baiklah korang." Telefon terus diletakkan di tepi. Gelas dicapai, laju sahaja dia menghirup air di dalam gelas.

"Kau tulis macam mana? Panggil apa?" soal Safiya sambil menyendengkan badannya ke arah Faradhiya. Bahunya dilagakan perlahan dengan bahu sahabatnya yang kini tunangan orang. Faradhiya hanya diam, buat tak dengar. Lagi dilayan, lagi besar malunya. Namun, makin lama makin kuat pula tolakan Safiya.

"Panggil Ghaz lah, itu nama dia."

"Nanti dah jadi suami, panggil apa?" terjongkang jongket kening Safiya ingin tahu.

"Rahsia." jawab Faradhiya sambil senyum senget. Mendengar jawapannya laju sahaja tangan Safiya menampar-nampar lengannya.

"Eee gatal! Gatal! Gatal!" 

a/n: I am very sorry for the delay. I've been very very busy. Doakan semua urusan saya dipermudahkan. Saya akan update sekerap yang boleh lepas ni. Ampuuuunn.

TemuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang