2020
Secangkir kopi di hadapan direnung tajam. Sedikit pun tidak dicicip dan dibiarkan sejuk. Udara di sekeliling terasa sesak, dingin, dan berat. Tiga manusia di meja itu tidak bergerak, beku bagaikan tugu. Ruang makan privasi itu sunyi. Kalau ada manusia yang hembus nafas dengan sedikit dalam, pasti dapat di dengari.Tengku Adrian, Faradhiya, Alisya. Takdir yang berselirat menyebabkan mereka berada disini sekarang. Dua insan bungkam dengan rasa bersalah, seorang lagi dingin, diam menahan rasa.
"Boleh mula jelaskan. Jangan tinggal sedikit pun. Saya dah tahu semuanya." ujar Faradhiya senada. Segala rasa yang membuak di tekan kuat dan di tutup rapat. Dua manusia di hadapannya ini tidak layak menerima reaksi yang beremosi darinya. Akibat emosi dan perasaan mereka disini sekarang.
"Kalau dah tahu semuanya, perlu ke nak diperjelaskan lagi?" soal Tengku Adrian. Sebolehnya dia mahu semua ini berakhir. Tidak mahu lagi melukakan hati sesiapa.
Ya, salah dirinya memungkir janji. Salah dirinya mengkhianati perasaan. Salah dirinya juga kerana menghancurkan perempuan di hadapannya sekarang ini. Namun, soal hati dan perasaan bukan dalam kawalan manusia. Hati ini dalam genggaman Tuhan, hati ini sentiasa berbolak balik.
"Sebab saya nak dengar. I deserved an explanation. Especially from you, Tengku Adrian." Tajam mata seorang Faradhiya memandang pasangan di hadapannya.
Pengecut.
Masa buat berani, bila perlu berhadapan dengan realiti, keduanya mahu lari.
"Salah saya. Ad minta maaf Dhiya. Semua salah Ad." terdapat nada bersalah di dalam permohonan maafnya itu. Sungguh dia rasa bersalah. Wanita di hadapannya tidak layak dikhianati. Semua janji yang di tabur sebelum ini bermain dikepalanya. Berdosanya dia dengan wanita di hadapannya sekarang yang dulu pernah menjadi wanita kesayangannya.
"Maaf boleh ubah apa-apa ke Tengku Adrian? Maaf boleh hilangkan kecurangan awak? Maaf boleh baiki hati saya? Maaf boleh hilangkan kesan yang akan berlaku selepas pertunangan kita diputuskan? Mungkin awak lupa apa yang ada di belakang kita. Nama keluarga saya dan keluarga awak. Apa yang akan jadi selepas berita tentang kita tersebar Adrian? Tengok saya dan cakap. Apa yang maaf awak boleh buat?" Keras intonasi Faradhiya kali ini. Mujurlah pertemuan ini diadakan di ruang makan khas yang tertutup. Jika tidak, pasti satu restoran itu akan tahu apa yang sedang berlaku sekarang.
Dia seperti tidak boleh mempercayai telinganya sendiri ketika mendengar permohonan maaf dari mulut lelaki itu. Hebat sangatkah cinta mereka sehingga tidak boleh berfikir secara rasional? Tidak ingat yang perbuatan mereka akan memberi kesan dan akibat kepada ramai orang?
"Saya...saya..." kata Alisya dipotong dengan renungan tajam dari Faradhiya. Meremang melihat renungan itu, Alisya diam. Fahamlah bahawa ini bukan masa untuk dia masuk campur. Dia hanya orang yang bersalah dan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku sekarang ini. Silapnya jatuh cinta kepada tunangan orang. Tidak, bukan hanya tunangan orang. Tunang seorang Faradhiya, waris sulung Equil Group. Anak sulung Tan Sri Faizal dan Puan Sri Umairah, keluarga konglemorat yang disegani.
Faradhiya senyap menunggu jawapan dari lelaki di hadapannya. Mungkin lelaki itu lupa. Pertunangan mereka bukan hanya mengandungi ikatan cinta tetapi ikatan dua buah keluarga. Pertunangan mereka adalah pembentukan dan peneguhan sebuah empayar. Penyatuan antara dua buah keluarga yang dihormati dan berjaya di dalam dunia politik perniagaan. Banyak manusia yang terlibat dalam pertunangan ini, banyak juga yang akan terjejas jika pertunangan ini gagal.
"Ad... Ad betul-betul minta maaf Dhiya. Ad tak fikir..." lelaki itu hanya menunduk. Rasa bersalah dan takut. Ini baru dia berhadapan dengan Faradhiya, bukan keluarganya dan keluarga Faradhiya lagi. Tidak tahu dia hendak menjawab apa.
"Mestilah tak fikir. Kalau awak fikir, if you really did used your brain this would not happen Adrian. How old are you, Adrian? Sampai tak boleh kawal perasaan? How big is your love for her, sampai lupa realiti kita? In our world, nothing is about us. Ke awak dah muak? Sebab tu awak buat keputusan yang pentingkan diri ni? Tak fikir kesan dan akibat?" intonasi Faradhiya masih keras namun tidak tinggi. Wanita ini sangat mahir mengawal emosi, menyimpan rasa walaupun hatinya retak setiap kali dia melihat pasangan di hadapannya. Jiwanya remuk setiap kali teringat gambar-gambar yang diterima.
"Alisya." Wanita yang disebut namanya pantas mengangkat kepala.
"I hope you know what you're doing because you sure knew what you were doing back there. Awak tahu siapa Adrian and you still chose to pursue him. Tahniah saya ucapkan sebab awak dapat dia. Sekarang awak kena menang dengan keluarga dia pula. I wish you luck, sincerely. You're going to need it." Dua manusia di hadapannya hanya terdiam memandang gelas minuman yang tidak tersentuh sedikit pun.
"Umi dan Bonda dah aturkan makan malam, tonight. Everything will be discussed there. Bawa Alisya sekali. Good luck to both of you. Kita tengok macam mana awak pertahankan cinta agung awak ni Adrian." ujarnya seraya mengangkat punggung untuk bergerak keluar. Langkah dihentikan di bucu meja, tumpuan diberikan kepada dua manusia yang diam menunduk.
" It would be best if you waited at least a year before announcing anything. I deserve at least that. Cukuplah awak malukan saya begini, jangan sampai semua orang tahu pula. About the news, don't worry. My team is managing everything, none of it will come out. Aib."
"I can't do that." pantas Tengku Adrian menjawab. Terangkat kening Faradhiya. Laju pulak lelaki ini membantah. Dia diam menunggu penjelasan selanjutnya.
"I can't wait a year." tambah Adrian nada semakin rendah. Tangan Alisya digenggam mengambil kekuatan.
"Kenapa?" persoalan Faradhiya dibiar sepi. Suasana senyap, lama. Muka Alisya bagai mahu menangis.
'Allah... apa pula kali ini?' rintih hati Faradhiya.
![](https://img.wattpad.com/cover/370576313-288-k824584.jpg)
YOU ARE READING
Temu
RomansCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...