a/n: Mulai dari bab ini dan seterusnya, akan ada banyak unsur politik perniagaan. Harap semua suka dan tak bosan huhu. Jangan lupa tekan butang vote :D
Isnin. Dia tahu hari ini hari pertama adiknya masuk kerja. Uzair akan lapor diri di EGrocer; anak syarikat Equil Group sebagai pegawai operasi pemasaran. Dia akan di situ selama tiga bulan sebelum ke bahagian audit di EGrocer.
EGrocer merupakan perniagaan paling baharu dalam Equil Group. Baru lima tahun beroperasi. Perniagaan peruncitan, dengan memasarkan tanaman dari petani tempatan dan produk antarabangsa.
EGrocer dikenali sebagai pasaraya 'orang kaya mesra poket.' Selalu dikunjungi oleh golongan berpendapatan sederhana ke atas namun sebenarnya produk mereka tidak semahal yang disangka.
Faradhiya menahan keluh sendiri. Dia pasti boleh tanya Fariq, anak lelaki pak su tentang Uzair. Sekarang EqDispatch dan EGrocer di bawah pengurusan Fariq. Dijangka dalam masa 6 bulan baru Uzair akan boleh ambil alih EGrocer.
Namun, dia di sini. Di dalam sebuah bilik privasi restoran, di temani Aida, mendengar apa yang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini perlu cakap. Hanya beberapa perkataan sahaja yang masuk ke telinganya kerana apa yang dikatakan banyak berulang.
Ahli politik dan retorik.
"YB, I will have to stop you there." sampuk Faradhiya selepas dia penat mendengar benda yang sama.
Lelaki separuh abad itu agak tersentak bila percakapannya disampuk. Jarang berlaku, selalunya di dalam perbahasan parlimen sahaja. Namun, dia tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi negatif kerana yang di depannya ini, CEO Equil Group.
The Malaysian tycoon.
Anak perempuan dari salah satu keluarga hartawan di negara ini. The third generation of wealth.
"Pihak saya dah beritahu pihak YB, yang kami tidak akan terlibat dengan sebarang projek perumahan kerajaan." Jelas Faradhiya sekali lagi, masih dengan nada formal.
"Puan Faradhiya, kerajaan minta jasa baik pihak puan untuk bantu kami dalam membantu rakyat."
"Saya tak berkhidmat untuk rakyat, YB. Saya berkhidmat untuk syarikat saya. Cukai yang saya bayar tiap-tiap tahun, yang syarikat saya bayar. Dah lebih dari cukup untuk kerajaan bina kemudahan awam. Bantu rakyat." Tegas suara Faradhiya. Tidak suka bila ahli politik di depannya ini mahu cuba menggunakan sentimen emosi dalam urusan niaga.
"So a multibillionaire company like Equil Group, does not want to offer anything to this country?" Sindir lelaki itu.
Faradhiya hanya tayang senyum ketat. Jengkel. "Kos-kos penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan di negeri ini, kami yang taja tiap-tiap tahun. Tourism year? We participated, endorsed it even. Public transports, we did that too. Not to mention the sheer reputation we have given this country, just because the founder was a Malaysian."
"Despite the lack of technology, human labour, and good governance. We still chose to operate our headquarters here. Kami tak ada banyak sebab untuk beroperasi di sini. Pasaran sasaran kami bukan untuk kebanyakkan rakyat Malaysia." Hujah Faradhiya buat ahli politik itu mati kata. Begitu juga dengan pembantu yang kelihatan mengelap peluh sendiri. Aida pula masih selesa meneguk minuman.
Semua yang dia katakan adalah fakta. Pelanggan mereka kebanyakkan dari golongan berpendapatan tinggi, T10. Melihat jam tangan, Faradhiya mengambil keputusan untuk menamatkan perjumpaan tak berfaedah ini. Buang masa.
"Equil tak akan terlibat dengan sebarang projek perumahan kerajaan lagi. Kami tak akan pernah mahu terlibat dengan projek yang merugikan dan menurunkan kualiti produk akhir untuk sesiapa pun. Ini kata akhir saya." Faradhiya mengangguk kepada Aida. Isyarat yang dia mahu beredar dan perjumpaan tamat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...
