"Demikian tadi kami bawakan liputan langsung majlis perkahwinan antara Nur Faradhiya Tan Sri Faizal yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Equil Group bersama dengan suaminya Ghaz Ukasyah Ku Ghazali, waris tunggal Armada. Penyatuan dua jiwa, ikatan dua buah keluarga yang mungkin membawa perubahan baru dalam dunia perniagaan." suara pengacara televisyen kedengaran sayup-sayup di sebuah penthouse mewah. Dua lelaki yang sedang menonton siaran langsung itu hanya diam.
Senyuman sinis pemilik wajah dipantulkan skrin gelap televisyen yang baru sahaja dimatikan.
Siapa sangka secepat ini perkahwinan mereka?
Siapa sangka yang Faradhiya akan berkahwin?
"Macam mana bos? Cepat pulak diorang kahwin." satu suara memecah sunyi suasana.
"Susah tapi jangan risau. We can always make this work out in our favor." Gelas kaca terisi minum dibawa ke bibir. Diteguk rakus.
"Betul ke ni bos?" Sangsi. Mana mungkin rancangan mereka akan jadi semakin mudah selepas perkahwinan ini.
"Hey. Ini akulah. Ini bukan first time aku buat kerja ni. Kalau kau takut, kau boleh berambus." mendengar ayat bongkak itu, terus lelaki bawahan itu diam. Malas mahu menjawab, nanti dia pulak terpaksa jadi mangsa baran majikannya. Sudahlah baran lelaki itu macam suis lampu rosak; tiba-tiba boleh hidup, tahu-tahu sudah terpadam.
"Faradhiya... nak pulak kau kahwin?" getus lelaki yang di gelar bos tadi.
"Bapak dia ugut nak pecat kut kalau tak kahwin." mendengar lawak kering itu, pecah tawa si 'bos'. Entah apa yang kelakar.
"Kalau aku tahu dia ni bernafsu dekat lelaki. Dah lama aku adjust." Gelas kaca dihentak perlahan ke atas meja. Mindanya pantas memikirkan langkah baru. Perkahwinan Faradhiya telah memaksa dia mengatur rancangan baru. Rancangannya untuk memperoleh untung, terpaksa ditangguhkan.
"Aku nak fail pasal laki dia, ada atas meja aku pagi esok."
******
Bunyi deringan telefon mematikan pergerakan Faradhiya yang sedang tekun membaca fail laporan projek. Pantas dia mencari telefon miliknya di atas mejanya yang penuh dengan kertas dan fail. Selepas dia jumpa, pantas sahaja dia melihat nama pemanggil.
Ghaz Ukasyah
"Assalamualaikum, awak." sapanya sebaik sahaja panggilan diangkat.
"Waalaikumussalam. Awak balik lambat lagi ke hari ni?" dengar sahaja soalan dari suaminya matanya pantas melihat jam di skrin monitornya. 7.20 petang. Patutlah nada suaminya tidak selembut selalu.
"Ya Allah, sorry. Saya lupa nak bagitahu." Kerut dahi Faradhiya. Pen yang dari tadi tidak lepas dari tangan, dilempar perlahan ke atas meja. Sesal.
Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Sudah dua tiga kali dia lupa beritahu suaminya dia akan pulang lewat. Pasti suaminya sudah mula sakit hati dengannya.
"Banyak lagi ke kerja?" soalan dari suaminya buat dia perhatikan semula keadaan mejanya. Banyak kertas dan fail.
"Tak banyak sangat dah." Faradhiya berdalih. Tak berani nak beritahu yang kerja masih berlambak.
"Pukul berapa boleh balik?"
"Pukul 8 saya gerak balik." Nampaknya dia terpaksa sambung kerja di rumah.
"Hmm. Solat jangan lupa. Abang tunggu kat rumah, kita dinner sekali."
"Okey, awak. Sorry tau." bibir diketap. Pasti suaminya marah dengannya.
"Tak apa. Kejap lagi saya suruh Pak Mad ambil awak di office. Jangan drive malam."
"Okey..." dia sebenarnya mahu membangkang tapi tidak mahu menambah amarah suami, dia setuju sahaja.
"Elok-elok buat kerja. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." belum sempat dia putuskan panggilan, Ghaz terlebih dahulu berbuat sedemikian.
Keluhan panjang dilepaskan. Kepalanya disandarkan ke kerusi. Macam mana dia boleh lupa untuk inform suami sendiri dia balik lewat? Alasannya, tak biasa. Dulu waktu bujang, beginilah dia. Dekat walid dengan umi pun dia tak pernah beritahu, mereka faham sendiri.
Namun, lain pula bila dia sudah berkahwin. Hampir semua perkara perlu dapat keizinan suami. Perlu beritahu suami. Satu perkara yang sukar untuk dia biasakan. Tabiatnya yang perlu diubah.
Selepas sesi muhasabah diri, dia betulkan duduk. Kembali menyambung kerja. Membaca laporan dari jabatan sumber manusia mengenai masalah buruh asing. Lebih cepat dia habiskan laporan ini dan bagi arahan, lebih cepat dia boleh balik rumah.
********
Selepas makan malam dengan lauk pauk yang dimasak oleh Cik Jah iaitu pembantu rumah, mereka suami isteri bergerak naik ke bilik kerja. Masing-masing diam. Faradhiya jadi tidak senang duduk kerana selalunya suaminya yang akan ringan mulut bertanya dan bercerita itu ini. Lain pula malam ini.
Sebelum sempat Faradhiya duduk di kerusi di ruang kerjanya, Ghaz terlebih dahulu memanggilnya untuk duduk di sofa yang terletak dalam bilik itu. Ruang kosong di sebelah di tepuk perlahan.
Pantas sahaja dia patuh. Melabuhkan duduk di sisi suami. Tangan memegang lutut sendiri, agak resah dengan kesenyapan Ghaz.
Sebab itulah belum sempat suaminya berkata apa-apa, mulutnya lebih laju menyusun ayat.
"Awak marah saya balik lambat ke? Saya minta maaflah. Saya bukan sengaja nak balik lambat tapi kerja saya betul-betul banyak. Awak tahukan kerja saya macam mana. Saya betul-betul minta maaf." Mendengar itu, Ghaz senyum terhibur. Laju betul isterinya bercakap.
"Abang tak marah awak balik lambat. Abang cuma tak suka bila Dhiya tak bagitahu abang. Abang risau kalau jadi apa-apa. Abang tak tahu keberadaan Dhiya dekat mana. Dekat office ke? Tengah drive ke? Kalau tengah drive kenapa tak sampai rumah lagi? Kalau di office dengan siapa lagi?" Jelas Ghaz Ukasyah satu persatu.
"Sorry... Dhiya memang tak biasa bagitahu orang..." meleret sahaja percakapan Faradhiya.
"Tak apa. Kita biasakan. Tak perlu call pun, cukup dengan text je. InshaAllah abang sentiasa akan izinkan kalau bab-bab kerja." tangan Ghaz Ukasyah dengan lembut menyelit rambut Faradhiya yang jatuh akibat terlalu menunduk itu ke telinga. Isterinya itu hanya menyanggul rambutnya dengan pengepit rambut, jadi sanggulnya loggar dan tidak begitu kemas.
"Abang cuma nak tahu keberadaan Dhiya je, supaya abang tak risau. Kalau ada apa-apa kecemasan pun abang tahu Dhiya dekat mana." Isterinya mengangguk faham. Faradhiya perlu tahu, dia lakukan ini semua bersebab.
Risau juga bila dia balik namun isterinya masih belum berada di rumah. Hanya ada Cik Jah dan Pak Mad, pekerja rumah mereka. Tiada juga pesanan yang ditinggalkan oleh Faradhiya tentang keberadaannya.
"Lepas ni, inshaAllah Dhiya tak lupa."
"Amiin." suam muka Faradhiya selepas Ghaz Ukasyah mengusap lembut kepalanya.
a/n: Vote and comment! <3
![](https://img.wattpad.com/cover/370576313-288-k824584.jpg)
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...