Bab 14

13 1 0
                                    

a/n: Filler chapter. Reminder in case it overlapped; saya update tiga chapter.

Faradhiya duduk berteleku di sejadah. Kata-kata umi dan walid semalam menyesakkan fikirannya. Umi dan walid dah tahu semua ke? Tak mungkin mereka boleh tahu, dia sudah pastikan setiap pekerjanya yang tahu untuk menyimpan baik rahsia ini.

"Kami tak paksa kamu untuk bersuami. Kami cuma tak mahu kamu terus mengasing diri. Kawan-kawan kamu semua cari kamu Dhiya, 3 tahun kamu tak ada. Kerap mereka datang ke rumah, bertanya khabar. Sampailah satu hari semua senyap. Kamu yang larang mereka kan?" soal Walid keras. Jelas riak tegang di muka Walidnya. Faradhiya hanya diam menunduk, tidak menjawab.

"Berdosa Faradhiya. Kamu memutuskan silaturrahim. Kamu tahu hukum. Mereka bukan membawa mudarat kepada kamu. Mereka tak ajak kamu buat benda-benda berdosa. Atas alasan apa kamu putuskan hubungan persahabatan kamu? Yang salahnya Adrian. Dia seorang saja yang buat salah terhadap kamu kenapa kawan-kawan kamu yang terima akibat sekali?"

Memori semalam terus terbang apabila azan Subuh kedengaran. Tenang dia menjawab sahutan azan. Doa dibaca. Solat qabliyah Subuh ditunaikan. Panjang doanya memohon ampun dan kekuatan dari Sang Pencipta.

Pagi itu dimulakan dengan Faradhiya yang mengadakan pertandingan merenung telefon bimbitnya. Hari minggu seperti ini selalunya dia akan ikut walid dan umi untuk ke Teratak Kasih, rumah anak-anak yatim milik umi. Namun, semalam umi hanya beritahu dia untuk berehat sahaja di rumah, tidak perlu ikut sekali.

Jadi pagi ini aktiviti Faradhiya hanya merenung telefon bimbit miliknya.

'Sekarang ke?'

'Agak-agak kena marah tak?'

Nafas panjang dihela.

Bismillah. Skrin telefon disentuh perlahan.

"Assalamualaikum, Safiya. Aku ni, Dhiya."

Suasana di kafe yang lengang itu janggal. Tiga orang gadis yang duduk di senyap di sebuah meja, merenung minuman masing-masing. Faradhiya, Safiya dan Laika. Tiga sekawan yang rapat sejak sekolah rendah, kini janggal kerana putus hubungan selama tiga tahun lebih. Manusia yang bertanggungjawab sudah semestinya Faradhiya.

"Aku... aku nak mintak maaf." ujar Faradhiya membuka bicara. Kepala ditunduk. Dia malu. Rasa bersalah. Apa sahaja yang bakal dikatakan dua insan di hadapannya ini dia bakal terima. Dia yang salah. Putuskan hubungan semata-mata dua orang ini juga pernah rapat dengan Adrian. Hukum mereka atas kesilapan Adrian.

"Kenapa kau pulaukan kami?" tegas suara Laika. Dalam mereka bertiga Laika yang paling garang. Safiyya pula yang paling lembut antara mereka bertiga. Jadi haruslah Laika yang memohon penjelasan, kalau ikutkan hati budi Safiya, di situ juga konflik bakal dianggap selesai tanpa sebarang penjelasan.

"Aku malu. Aku malu semua orang tahu aku kena tipu. Aku malu nak kongsi yang aku sakit sebab kena tipu dengan lelaki. Aku..." belum sempat Faradhiya menghabiskan ayat Laika sudah memotong.

"Malu?!" naik satu oktaf suara Laika. Safiya yang disebelah sudah meloncat sedikit dari duduk akibat terkejut. Terus laju tangannya menggosok belakang Laika sambil beristighfar. Sebelah lagi tangan menggosok dada sendiri. Kus semangat.

"Lebih 20 tahun kita berkawan Dhiya. Kau malu?! Berapa banyak kali kami cuba hubungi, berapa lama kami tunggu, berapa banyak rasa bersalah kami tanggung sebab ingat salah besar apa yang kami buat sampai kau sanggup buang kami. Semuanya sebab kau malu?!" Faradhiya hanya tunduk, tidak berani angkat muka.

"Kecil sangat ke kami ni bagi kau, Dhiya? Kau buang kami saat kau rasa tak perlu, sebab kau malu? Apa nilai 20 tahun dekat mata kau? Berapa kali aku pesan dekat kau Dhiya? Ada masalah jangan lari, jangan sembunyi, kami ada. Tapi kau tetap dengan cara kau sebab itu je yang kau tahu. Kan? Ada masalah sembunyi, lari." Keras sekali intonasi Laika. Tangan Safiya yang menggosok belakangnya dipegang oleh Laika dan diletakkan semula di atas paha Safiya sendiri. Tidak mahu ketenangan dari Safiya.

"Tengok aku, Dhiya." arah Laika tegas. Pandangan tajam ke arah wajah Faradhiya yang perlahan dipanggung. Dan mata Laika mula panas. Pandangan mulai kabur dibanjiri air mata.

"Kami ni kawan kau, Dhiya. Dari kecil. Sampai hati," kata Laika putus akibat esakan yang menyampuk. Perasaan tidak dapat dibendung. Betapa dia berasa hati dengan tindakan Faradhiya untuk memulaukan mereka hanya kerana kesalahan orang lain.

Melihat reaksi dua sahabatnya yang sudah mula berair mata, Faradhiya lantas dan bangun memeluk dua sahabatnya itu. Menghamburkan tangisan. Stok air mata tiga tahun habis dilimpahkan di situ. Tidak dihiraukan mata-mata lain yang memandang drama mereka di kafe itu yang diiringi dengan bunyi mesin kopi dan bau pastri yang semerbak.

Dua jam juga mereka duduk dan bercerita tentang apa yang telah berlaku sepanjang tiga tahun yang telah hilang antara mereka. Setiap topik diceritakan tanpa sembunyi. Laika sekarang sedang menguruskan firma guaman milik ayahnya dan Safiya yang merupakan doktor gigi telah membuka 2 cawangan baru klinik gigi. Sepanjang perbualan panjang mereka, Faradhiya beberapa kali harus berhenti untuk menyeka air matanya yang sangat murah pada hari itu. Terharu dengan kasih sayang Laika dan Safiya yang masih berbesar hati untuk memaafkan dan berkawan dengan dia semula.

Faradhiya berjanji dengan diri sendiri, dia tidak lagi akan menghukum teman-teman baiknya kerana kesilapan orang lain lagi. Menyesal dengan tindakannya yang akhirnya hanya membuatkan dia seorang diri tanpa ada teman yang boleh memberi semangat dan nasihat. Akhirnya, Faradhiya faham tentang maksud teguran umi dan walid. 

a/n: Tolong vote/comment sebab kitonyo tak tahu orang suka ke benci sobsob ><

TemuWhere stories live. Discover now