"Ha, datang dah dia. Terima kasih, Faradhiya." kehadirannya di ruang tamu di sambut oleh Puan Aisyah. Senyum lebar sahaja dia melihat gerak geri Faradhiya yang kemas menyusun set teko di atas meja walaupun dia dapat melihat sedikit getaran. Gadis manis ini gementar.
Selesai menghidangkan minuman dia mengambil tempat di tepi umi. Tangan umi lantas di genggam kemas, kehangatan tangan umi cuba diserap. Dia hanya diam di sisi umi. Hanya mendengar perbualan umi dan Puan Aisyah tentang kerja sukarelawan mereka. Ku Ghazali, walid, Ghaz Ukasyah dan Uzair yang rancak berbual tentang perniagaan.
"Faradhiya, ada sebab kami sekeluarga datang malam ni." Puan Aisyah memulakan bicara. Intonasi rendah dan lembut digunakan untuk memastikan gadis itu tidak terlalu terkejut atau tidak selesa. Dia sendiri tahu dan faham situasi gadis itu. Dia sendiri sudah berpesan kepada anak lelakinya supaya bersedia untuk di tolak.
"Mama sebagai wakil keluarga nak beritahu yang kami datang untuk merisik dan melamar Faradhiya untuk Ukasyah." ujar Puan Aisyah perlahan. Riak tenang gadis yang duduk bertentangan dengannya itu diperhatikan. Manis. Cantik. Elegan walaupun hanya mengenakan abaya dan khimar ungu kosong. Wajah pula hanya dikenakan bedak nipis dan pelembab bibir.
"Mama tak paksa Faradhiya untuk beri jawapan malam ini juga. Kami faham kalau pinangan ini secara tiba-tiba tapi ini hasrat Ukasyah. Mama hanya mewakilkan. Mama dan papa juga berbesar hati kalau Faradhiya sudi jadi anak perempuan kami." Tenang Puan Aisyah menyatakan hasrat anak tunggalnya untuk melamar Nur Faradhiya.
Satu nafas panjang diambil sebelum memberi jawapan. Suasana hening seketika sementara menunggu jawapan balas Faradhiya. Bola mata Uzair yang sibuk kekiri kekanan untuk melihat riak wajah Puan Aisyah dan kakakknya dipusing semula untuk melihat riak wajah bakal abang ipar, Ghaz Ukasyah. Tenang saja tapi Uzair nampak dada Ghaz Ukasyah turun naik dengan cepat sebab mereka sedang duduk sebelah-sebelah saja hoho. Dia juga dapat lihat umi menggosok perlahan belakang kakaknya memberi kekuatan.
Uzair dapat front row seat drama malam ini!
"Dhiya... Dhiya..."
Aduh kakak dia ni buat saspen pulak, tak nampak ke dada Ghaz Ukasyah di sebelahnya ini dah macam tsunami dia punya berombak? Kalau letak secawan air, dijamin terbalik dan tumpah.
"Dhiya berbesar hati dan berterima kasih dengan pinangan dari keluarga- keluarga Puan Aisyah." Fuh, Faradhiya gagap! Mana pernah kakaknya cakap gagap.
"Tapi..."
Tapi apa? Bebola mata Uzair penat berpusing tengok riak wajah semua orang. Lelaki di sebelahnya ini dah macam berhenti bernafas saja bila dengar perkataan tapi keluar dari mulut kakaknya.
"Tapi Dhiya nak minta masa untuk fikir. Dhiya tak minta banyak, cukup 2 atau 3 minggu sahaja. Dhiya minta maaf kalau jawapan Dhiya ni mengecewakan pihak puan." Okey, nampaknya kakak dah tenang beri jawapan. Orang yang disebelah ini pun dah macam kembali bernafas. Bukan main kuat dia menghembuskan nafas lega. Saja Uzair tepuk-tepuk sikit bahu Ghaz Ukasyah, bagi kekuatan. Tepuk-tepuk semangat.
"Tak apa Dhiya, mama faham. Perkara besar dan tiba-tiba macam ni. Terima kasih ya Dhiya sebab sudi pertimbangkan lamaran anak tunggal mama. Apa saja jawapan Dhiya, kami sekeluarga terima dengan hati terbuka, inshaAllah." Senyum lebar Puan Aisyah mendengar jawapan Faradhiya. Lembut sahaja.
Sebaik sahaja keluarga Ku Ghazali berangkat pulang, Faradhiya masih diam di sofa. Uzair hanya diam memerhati, dia tahu sekarang keluarga dia pula akan berbincang. Kali ini dia kena serius, tak boleh main-main.
"Faradhiya." Itu dia ketua keluarga sudah beri buah mula.
"Ya, walid." lembut sahaja Faradhiya merenung wajah walid.

ANDA SEDANG MEMBACA
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...