"Assalamualaikum, umi." Tangan umi yang sedang duduk di kerusi tepi pintu rumah di cium. Wah, umi sambut dia balik kerja. Tubuh comel umi dipeluk lama dan digoyang perlahan sehingga umi menepuk perlahan lengannya. Seronoknya balik kerja disambut.
"Waalaikumussalam, balik dah anak umi. Pergi naik atas siap cepat, keluarga Ku Ghazali dah nak sampai dah. Lepas Maghrib sekali nanti kita terus dinner." Baru nak berbunga hati sebab umi sambut dia balik, rupanya sebab nak update dia pasal jadual malam ini saja.
"Baik, umi." Faradhiya menjawab perlahan bersama anggukan lemah. Mana tahu umi boleh kasihan sebab nampak dia macam penat sangat. Kalau boleh dia tidak mahu lalui malam ini. Dia tidaklah berapa bendul sangat untuk tidak tahu tentang perasaan Ghaz Ukasyah terhadapnya.
"Kakak..." umi pantas membaca riak wajah anak daranya.
"Ya, umi." Belum apa-apa matanya sudah panas. Kecewakah umi dengan tingkah lakunya?
"Umi faham. Semua ni tiba-tiba. Umi pun hairan tapi Ghaz dari keluarga baik-baik, umi pun pernah jumpa dia dua tiga kali. Umi faham kakak rasa takut, rasa ragu-ragu. Umi faham tapi sampai bila? Kita duduk dan bincang malam ini. Kakak tak perlu bagi kata putus malam ini juga. Ambil masa, musyawarah dengan Allah, ambil masa untuk cari jawapan dari dalam diri kakak sendiri. Apa-apa jawapan dari kamu, umi dan walid akan terima." Tangan Faradhiya digenggam kemas. Mana mungkin dia sebagai seorang umi tidak tahu perasaan anak sendiri.
Anak perempuannya yang kelembutannya itu tersembunyi kemas di sebalik tembok keras yang dibina sendiri. Anak baik yang cuba melindungi dan menutupi segala kelemahan dan kesakitan dari mata orang tuanya supaya tidak merisaukan umi dan walid. Namun, Faradhiya tidak tahu yang umi dan walidnya ialah orang yang paling hebat membaca dirinya.
"Umi minta maaf kalau kakak rasa umi memaksa. Umi cuma nak kakak tahu, anak baik umi ini layak dan boleh disayangi." seraya itu juga air mata Faradhiya tumpah.
"Kakak minta maaf, buat umi risau." tangan umi digapai dan dikucup. Umi lantas memeluk dan menggosok belakangnya.
"Ini apa ni buat drama depan pintu? Ku Ghazali cakap dia lagi 10 minit nak sampai. Pergi mandi Faradhiya." Sergah Tan Sri Faizal. Salam sudah 3 kali dia beri, tak berjawab rupanya dua beranak ini sibuk buat drama sebabak depan pintu rumah. Terus dia sergah sebab yang di sebelahnya ini lagi sikit nak ikut serta. Hidung Uzair sudah kembang kempis kerana melihat emosi umi dan kakaknya. Bab ini Uzair memang laju.
Solat Maghrib ditunaikan secara berjemaah di surau mini di rumah Tan Sri Faizal. Diimamkan oleh anak tunggal Ku Ghazali, Ghaz Ukasyah. Faradhiya yang diapit oleh umi dan Puan Aisyah, isteri Ku Ghazali hanya diam mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ghaz Ukasyah.
Usai saja doa, dia pantas menyalam tangan umi dan Puan Aisyah. Mata dijegilkan kepada Uzair yang mengangkat kening berulang kali sambil menunjukkan ibu jari kepadanya. Mengusik.
"Jomlah kita ke bawah, semua dah siap hidang. Lepas makan kita boleh sembang." Ajak Tan Sri Faizal.
Jantung Faradhiya bagai mahu pecah. Hidangan yang di depan mata dia rasa macam tak boleh hadam. 44 kali kunyah pun susah nak ditelan. Akhirnya, dia makan sekadar makan sahaja. Risau kalau makanan terkeluar balik sebab terlalu kuat detak jantungnya kali ini. Beza dengan Ghaz Ukasyah yang tampak bersahaja, berselera makan sambil menjawab soalan dari walid dan umi.
"Faradhiya bancuh kopi dan teh ya lepas tu bawa ke depan. Kek umi dah potong tu minta tolong Cik Ja bawa ke depan ya." arah umi selepas semua siap menjamu hidangan. Hanya anggukan yang diberi kepada umi. Dia rasa kalau dia bercakap sekarang, suara angsa yang akan keluar. Bukan suara dia kerana terlalu gementar.
Pantas saja dia bangun menuju ke dapur kering. Dua set teko umi di bawa keluar, tangan lincah membancuh air panas. Satu-satu dia buat, cuba menfokuskan fikiran di sini dari apa yang sedang berlaku di ruang tamu. Siap saja kopi kosong dan teh kosong di buat, bekas kecil gula dan krimer juga diletakkan di dalam talam.
Bismillah. Talam diangkat dan dia melangkah membuntuti Cik Jah, pembantu rumah mereka dari belakang, malu nak berjalan di depan. Huhu.
'Jangan bagi saya jatuh depan orang ya Allah.'
a/n: Pendek tapi bab selepas ini panjang. ;)
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...