Tok! Tok! Tok!Safiyya melajukan langkah menuruni tangga apabila mendengar ketukan kuat dipintu rumahnya. Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding.
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Siapa yang datang?
"Ye sekejap.." kata Safiyya sambil membuka pintu daripada dalam.
"Kau!"
Panggggg...
Terteleng kekiri kepala Safiyya apabila dilempang kuat oleh Tuan Adam. Dia diheret masuk kedalam rumah dan Tuan Adam menghempas pintu dengan kuat. Pintu dikunci dari dalam.
Menggigil tangan Safiyya naik memegang pipi yang terasa sakit. Tubir matanya juga sudah bertakung dengan airmata.
"Ke..napa papa tampar Pia?" soal Safiyya dengan suara yang bergetar. Dia takut melihat wajah bengis Tuan Adam.
Apatah lagi dia tinggal sendirian sekarang. Jika Tuan Adam bertindak luar kawalan, tiada siapa yang boleh membantunya.
"Kau tanya kenapa aku tampar kau? Hey perempuan!" laju tangannya naik mencengkam kuat rambut Safiyya.
Terjerit Safiyya. "Arghhhh! Papa sakit!"
"Disebabkan kau! Anak aku kemalangan! Dan disebabkan kau mengada nak makan macam-macam, anak aku jadi mangsa!"
Sekali lagi Tuan Adam menampar Safiyya dengan kuat. Terjelupuk jatuh Safiyya keatas lantai.
Menggeletar hebat badan Safiyya. Dia memegang perut sambil berdoa agar Tuan Adam tidak mengapa-apakan anaknya.
Safiyya mengesot kebelakang menjauhi Tuan Adam. Dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi untuk berdiri. Dia dapat merasakan darah yang di pinggir bibir dan juga pipinya semakin kebas.
Tuan Adam tertawa kuat seperti orang gila melihat Safiyya yang ketakutan. Senang hatinya melihat Safiyya begini.
"Kenapa kau takut dengan aku? Aku ni kan papa kau. Meh peluk meh sayang. Pia sayang papa kan?" kata Tuan Adam sambil mendepa tangan dengan ketawa sinis.
"Jangan dekat dengan Pia! Pergi!" jerit Safiyya ketakutan.
'Abang tolong Dara! Dara takut abang!' jerit hati Safiyya,
"Hari tu bukan main berani kau melawan aku ye. Kenapa? Sebab suami kau yang kurang ajar tu ada kan? Sekarang ni dia tak ada. Senang kerja aku nak ajar kau"
Semakin menggigil Safiyya melihat pisau lipat di tangan Tuan Adam. Dia menggeleng kepala berkali-kali.
"Ya Allah! Mengucap papa!"
"No papa please! I'm your daughter papa! Pia anak papa!" menangis kuat Safiyya. Dia memegang meja kopi dan terus bangun.
Belum sempat Safiyya mengundur kebelakang, kakinya ditarik laju sehingga dia tersadung kembali ke atas lantai.
"Arkkkkk!!" jerit Safiyya apabila merasa senak di bahagian perut. Kakinya terasa sakit akibat ditarik kuat sebentar tadi.
Tuan Adam yang melihat Safiyya memegang di kawasan perut terus menyepak kuat tangan anaknya. Semakin menggila Tuan Adam apabila mendengar jeritan dan rintihan kesakitan dari anak yang dia benci.
'Ya Allah, selamatkan anak aku. Kuatkanlah aku, Ya Allah' rintih Safiyya didalam hati. Sesungguh dia sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
"Hari ni, kau mampus dekat tangan aku, Pia. Takda siapa yang boleh tolong kau sekarang" tangan yang memegang pisau lipat semakin mendekat di perut Safiyya yang terkulai.
Bangggg!
Terhinjut bahu Tuan Adam apabila tombol pintu rumah ditembak dari luar. Dengan sekali tendangan, pintu itu terbuka luas.
Terbuntang luas mata Aaydan dan Haris apabila melihat Safiyya yang terbaring lemah diatas lantai.
"Sial kau!" dengan laju Aaydan menuju kearah Tuan Adam dan menumbuk pipi lelaki tua itu. Terlepas pisau yang dipegang Tuan Adam.
Nadhira dan Zara yang juga turut berada disitu terus berlari kearah Safiyya.
"To..long se..lamatkan anak Da..ra.." kata-kata terakhir Safiyya sebelum menutup mata perlahan-lahan.
"Ya Allah kak Dara!" Nadhira meletak kepala Safiyya diatas pehanya. Dia mengalihkan sekilas pandangan kearah Haris yang sedang menghalang Aaydan daripada terus menerus memukul Tuan Adam.
"Sudah Zed! Mati jugak orang tua ni karang!" jerit Haris sambil memegang kuat badan Aaydan."Eh lelaki sial macam ni memang patut mampuslah! Sanggup dia buat anak dia sendiri macam tu!" balas Aaydan sambil melonjakkan kaki untuk menendang Tuan Adam.
"Cukup Zed! Biar Zill yang ajar dia!"
"Dan kau, kau blah sekarang sebelum aku ubah fikiran. Blah lah sial!" jerit Haris sambil memandang tajam kearah Tuan Adam. Naik turun nafasnya.
Tuan Adam terus bangun dan melangkah laju keluar daripada rumah Safiyya. Sungguh dia tidak menyangka akan ada yang datang membantu Safiyya.
Sedangkan dia sudah menipu pengawal-pengawal rumah Safiyya sebentar tadi. Dia memberitahu kepada mereka bahawa tuan mereka mengalami kemalangan.
Jadi mereka semua bergegas ke hospital yang Tuan Adam sebutkan. Tanpa mereka tahu yang mereka di tipu oleh lelaki kejam itu.
Bersedialah nak menjawab dengan singa jantan nanti.
Aaydan dan Haris mendapat panggilan daripada Arash tentang bapa mertuanya. Dia berasa tidak sedap hati apabila Tuan Adam terus menamatkan panggilan apabila dia menceritakan tentang kemalangan yang berlaku.
Jadi dia mengambil keputusan untuk menghubungi Aaydan dan meminta tolong Aaydan untuk ke rumah Zaidan. Firasatnya tepat mengatakan Tuan Adam pasti akan mengapa-apakan Safiyya.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Zara dan Nadhira duduk di samping Safiyya yang masih tidak sedarkan diri. Mereka berada di wad VIP Hospital Kuala Lumpur.
Nadhira mengusap lembut tangan Safiyya. "Kak Dara, bangunlah hikss" bicara lembut Nadhira. Dia masih mengalirkan airmata melihat nasib yang Safiyya tanggung.
Mengapa lelaki itu terlalu kejam!
Zara mengusap lembut belakang badan Nadhira. "Kita biar Dara tidur dulu ye. Kesian dia penat" pujuk lembut Zara.
Aaydan dan Haris yang sedang melihat daripada cermin di pintu bilik terus menghembus nafas berat.
"Kau dah bagitahu Zill pasal ni?" soal Aaydan.
Haris menggeleng.
"Kenapa belum?"
"Aku tak tahu macam mana nak bagitahu Zill pasal ni. Kau sendiri tahu Zill tu macam mana. Kalau dia bunuh bapa mertua dia tu macam mana Zed?"
Aaydan mengetap rahang. Dia mencekak leher baju Haris dengan wajah bengis.
"Kau sedar tak apa yang jantan tua tu buat dekat Safiyya? KAU SEDAR KE TAK?!" jerit Aaydan.
"Sedar Zed! Aku sedar! Dia hampir bunuh Safiyya!" balas Haris. Dia menepis kuat tangan Aaydan yang mencekak leher bajunya.
"Kalau kau sedar, kau tak akan kisahkan jantan tu! Lantaklah kalau Zill nak bunuh dia sekalipun!"
"Lagi satu, Rash bagitahu aku yang Safiyya mengandung. Kau rasa Zill akan biarkan ke isteri dengan anak dia disakiti?"
Haris menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia membetulkan leher bajunya. Dia mengeluarkan telefon didalam poket dan terus mendail nombor Zaidan.
Agak-agak apa reaksi Zaidan ye?.....
YOU ARE READING
Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomansaHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...