BRIDE PROLOG

17.5K 402 56
                                    

"Kita putus, Tiara. I minta maaf sangat-sangat"

Tak tahu nak beri reaksi apa sekarang ini, wajah Tiara berubah pucat lesi mendengar ungkapan yang sangat berbisa itu. Ungkapan yang keluar dari mulut lelaki yang dicintainya hampir 3 tahun lamanya.

Tiara geleng kepala berkali-kali. Wajah tampan milik Mirwan ditatap dalam. Dia masih berkeras mahu mencari sinar cinta dari sorotan mata lelaki itu, namun hatinya hampa bila dia nampak pandangan mata lelaki itu kosong. Tiada pandangan penuh cinta seperti selalu.

"Tapi kenapa Wan? Apa salah I?" Soal Tiara lirih.

"You tak ada salah, I yang salah kerana I gagal nak mempertahankan hubungan kita. I terpaksa mungkir janji Tiara. I minta maaf sangat-sangat" Nampak wajah sendu dan kecewa yang terpamer pada riak lelaki itu. Dia juga turut terluka disaat dia terpaksa mengambil keputusan sebesar ini dalam hidupnya. Melepaskan Tiara pergi, bererti dia melepaskan separuh jiwanya pergi dari jasadnya.

"I nak tahu kenapa? Papa dan mama you desak you kahwin dengan Anzalna ke?" Tebak Tiara lagi.

Bukannya dia tak tahu tentang itu. Acapkali sudah dia dengar akan perihal kedua orang tua Mirwan mahu menyatukan Mirwan dengan Anzalna, anak gadis kenalan mereka. Sama-sama berpangkat, golongan kelas atasan dan sekufu.

Dia pula? Siapa dia? Hanyalah gadis biasa yang tak punya apa-apa. Dia cuma ada rasa cinta dan sayang yang dapat diberikan kepada Mirwan. Selama tiga tahun ini, hubungan mereka memang sudah cukup ditentang hebat oleh kedua orang tua Mirwan. Tapi Mirwan masih utuh mahu mempertahankannya. Tapi kenapa hari ini Mirwan seakan sudah berputus asa?

Melihat Mirwan mengangguk, hati Tiara bagaikan dilapah-lapah sehingga hancur. Sedaya upaya dia cuba menahan esak tangisnya dari pecah kedengaran. Dia cuba untuk berlagak tenang.

"I tahu you terluka. I pun terluka Tiara. Tapi I tak ada pilihan. I terpaksa menurut kehendak kedua orang tua I. I tak sanggup nak lukakan hati mereka lagi" Jujur, hati Mirwan juga terluka bila dia terpaksa melukakan hati wanita kesayangannya.

"Tapi I sayangkan you Mirwan. Macam mana I nak lalui lagi hari-hari I selepas ini tanpa you? You bakal menjadi milik wanita lain, I pula?" Tanpa dapat ditahan, empangan mata Tiara akhirnya pecah juga.

"Tiara please, jangan macam ni sayang..." Mirwan sudah tidak betah lagi hendak melihat tangisan Tiara. Lantas tubuh Tiara ditarik ke dalam pelukan.

Mereka bertangisan. Melayan rasa hati yang terluka. Dia sangat sayangkan Tiara. Tapi dia lebih sayangkan kedua orang tuanya. Dia kecewa dengan diri sendiri kerana dia gagal mahu mempertahankan Tiara lagi selepas ini.

"Tolong jangan tinggalkan I Wan. I dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni. I hanya ada you" Separuh merayu, Tiara mengongoi dalam pelukan Mirwan yang hangat.

Mirwan sudah teresak-esak menangis. Mendengar rayuan Tiara, hatinya benar-benar terluka.

"Jangan merayu macam ni Tiara. Jangan merayu. I lepaskan you pergi Tiara. Tapi andaikata ada jodoh lagi antara kita suatu hari nanti, masa tu I takkan lepaskan you lagi. Tolong teruskan hidup you Tiara. Percayalah, I sayangkan you sangat-sangat"

Pelukan dileraikan. Kedua ibu jarinya mengesat airmata yang membasahi pipi Tiara.

"Kenapa mama dan papa you tak boleh terima I? Sebab I ni bukan anak orang kaya? Anak yatim piatu?" Soal Tiara mahu tahu.

Sudah beberapa kali Mirwan membawanya balik ke rumah keluarga lelaki itu, hanya layanan dingin dari kedua ibu bapa Mirwan yang dia dapat. Sungguh pun hatinya cukup terasa, tapi dia tebalkan muka untuk sentiasa tersenyum. Hanya kerana rasa sayangnya pada Mirwan, dia ketepikan semua itu biarpun hati nya terasa.

MY COINCIDENCE BRIDE ~ EbookWhere stories live. Discover now