"Abang! Lepaskan saya! Lepaskan anak-anak saya!"
"Tik. Tok. Masa berjalan, Kapten Wang."
Zach buntu. Lelaki ini. Siapakah lelaki ini?
"Satu..."
Sebutir peluru dimasukkan ke dalam sepucuk pistol.
"Dua."
Sebutir lagi.
"Tiga."
Sebutir lagi sehingga peluru yang terakhir.
Zach geliga memikirkan identiti lelaki yang diikat pada kerusi itu sebelum dia ternampak satu ukiran tattoo pada pergelangan tangan lelaki itu. Otaknya terus mengimbas memori ke masa mereka mengenal pasti setiap mangsa. Mata Zach tajam memerhatikan setiap anggota badan mangsa untuk memudahkan dia mengenali mangsa ketika misi dijalankan.
"Masa dah tamat." Pistol dihalakan ke arah lelaki yang ditutup wajahnya dengan kain hitam.
"Redza!" Zach melaung kuat serentak dengan The Death Eater.
Kening lelaki bertopeng itu terjungkit ke atas.
"Jenayah yang dia lakukan?" Mendatar suara The Death Eater bertanya.
"Keganasan rumah tangga."
Tangan yang memegang pistol yang dihalakan ke mangsanya dijatuhkan ke bawah.
"Apa yang dia lakukan?"
"Dia mendera isteri dan anak-anak. Isteri dia buat laporan polis dengan kesan melecur dan lebam pada tubuhnya." Tergagap-gagap Zach menuturkan bicara.
"Hmm... Menarik. Walaupun jawapan tu kurang tepat tapi aku terima sajalah. Aku bagi peluang. Okey, target yang kedua. Jeng! Jeng!"
Anak mata Zach mengekori laser berwarna hijau yang mendarat pada tubuh mangsa seterusnya. Mangsa seterusnya ialah seorang wanita. Rupanya wanita juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penculikan The Death Eater. Zach meneliti setiap klu yang ada pada wanita itu. Matanya mendarat pada gelang kaki milik wanita itu.
Wanita itu merengek seperti seorang bayi diselang-seli dengan bunyi tangisan. Persis seorang bayi yang sedang kesakitan.
"Anastasia. Penderaan kanak-kanak. Dia ialah seorang pengasuh yang diupah untuk menjaga bayi Puan Hanim tetapi anaknya meninggal sewaktu berada di dalam jagaan Anastasia."
The Death Eater terpempan. Senyum sinis terukir.
"Wah! Memang betullah orang cakap. Aura komando ni lain macam. Okey, betul. Kita bergerak ke mangsa yang seterusnya. Drum roll!"
Tangan yang bersarung dengan sarung tangan hitam itu diketuk pada penghadang besi sebelum dia menunjuk ke arah mangsa seterusnya. Kini, dia tahu taktik yang digunakan oleh Zach untuk mengecam semua mangsanya. Tetapi tidak mengapa. Game must go on!
"Ini dia!"
Bergerak ke mangsa-mangsa yang seterusnya. Seorang demi seorang anak buah Zach dilepaskan. Bermula daripada Rayden. Seterusnya, Ricky sehinggalah Aiman. Kini, sudah tiba giliran Aqeel untuk dilepaskan. Mangsa-mangsa yang telah dikenal pasti identitinya turut dilepaskan untuk keluar dari gudang itu.
Setibanya Aqeel dan mangsa-mangsa yang terakhir di luar bangunan itu, pasukan yang lain ingin masuk ke gudang itu namun dihalang keras oleh Aqeel.
"Jangan! Kalau kau orang semua masuk, kita tak tahu apa akan jadi pada Kapten Wang. Nyawa dia masih berada dalam keadaan yang bahaya dekat bawah sana." Lantang suara Aqeel memberi arahan walaupun kepalanya masih sakit.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AksiKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
