BAB 37

66 3 0
                                        

"Rindu saya tak?"

"Tak."

"Muka awak sekarang tengah menunjukkan yang awak sedang berbohong."

"Haih... Yalah, sikit saja. Tak banyak pun." Angela menjulingkan matanya.

Bibir Aqeel menyimpul senyum.

"Macam mana keadaan awak selama saya tak ada ni?"

"Macam itulah."

Pandangan Aqeel redup merenung gadis di hadapannya ini. Bibir si gadis mengucapkan kata rindu namun riak wajah mengatakan dia sedang menipu. Adakah dia terlalu memaksa Angela membuka hati untuk menerima dirinya? Adakah si pujaan hati hanya mahu memuaskan hati dan permintaannya?

Wajah Aqeel menjadi sedikit muram. Disangkakan dia akan disambut dengan wajah ceria Angela namun semuanya punah apabila dia melihat tiada secalit senyuman pun pada wajah si gadis. Entah mengapa dia berasa seperti Angela kelihatan terbeban setiap kali bersua muka dengannya? Adakah ini cuma firasat hatinya ataupun dia belum cukup mengenali hati budi Angela?

"Erm... Awak dah fikirkan jawapan untuk lamaran saya?"

Ulas bibir Angela terbuka ingin menutur kata namun tiada suara yang keluar.

"It's okay, I won't force you anymore. Kalau awak terima, awak boleh cakap sekarang. Kalau awak tak sudi, awak boleh pilih untuk tak beritahu saya."

"Lagi beberapa hari."

"Hah?"

"Saya perlukan lagi beberapa hari. Saya akan bagi keputusan pada awak. Boleh?"

Mulut Aqeel seperti digam. Hati berteriak mahu mendengar jawapan sekarang namun kepala mengangguk tanda setuju dengan permintaan si gadis.

Sejak pertemuan mereka berempat siang tadi, Angela termenung seorang diri. Dia mempunyai masa seminggu lagi untuk mempertimbangkan permintaan Aqeel. Zach dan Rania menyokong jika dia mahu menerima lamaran Aqeel.

"Kau tengok cerita tu ke atau cerita tu yang tengok kau? Termenung jauh sampai mana dah?"

"Sampai Mesir."

"Eloklah tu. Kau pun perangai dah macam Firaun."

"Bila kali terakhir kau kena kurung luar rumah?"

Rania menghenyakkan tubuh ke atas sofa.

"Kau fikir apa lama sangat? Kalau hati dah cakap mahu, teruskan sajalah dengan keputusan kau."

"Hati aku rasa beratlah nak terima. Aku tahu Aqeel tu lelaki yang baik tapi aku rasa serba serbi tak kena nak terima."

Keluhan kuat terbit di bibir Rania. Rambut yang tersisir rapi dicengkam kuat menahan geram. Silap hari bulan boleh beruban rambutnya.

"Kalau kau tak mahu, jangan bagi harapan pada Aqeel. Jangan aniaya anak orang. Kau ingat perempuan saja ke yang dianiaya kalau melibatkan perasaan ni?"

"Mana ada aku bagi harapan pada Aqeel?"

"Habis tu? Kau tak mahu terima dia tapi kau masih lagi layan dia seperti seorang yang istimewa bagi kau. Kau rasa benda tu tak bagi harapan pada dia ke?"

Angela tersentak. Rania merenung lama wajah Angela yang sedang tercengang. Mungkin tersentap dengan apa yang dikatakan oleh Rania. Lama Rania mendiamkan diri sebelum menyambung nasihatnya.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang