BAB 30

119 3 0
                                        

"Kau jangan nak menipulah! Jantan tu dah lama kena hukum gantung! Dia dah mati dah!"

Badan yang terbongkok kembali berdiri tegak mendengar kenyataan lelaki itu. Begitu berani dia menuduh dirinya sebagai penipu. Lelaki yang sedang diikat ketat pada kerusi besi dihadapannya ini. Tanpa amaran, kerusi besi itu ditendang dengan kaki sehingga terbalik ke belakang. Lelaki itu mengerang kesakitan.

"Kalau kau percayakan benda tu... Maksudnya, rancangan aku berjayalah? Hmm... Interesting."

Sambil tersenyum sinis di sebalik topeng muka, dia berjalan ke arah meja lalu sebilah pedang yang bersinar ditarik. Perlahan-lahan pedang itu diseretkan ke atas lantai sambil dia berjalan menghampiri si lelaki yang sudah terlentang ke belakang. Setibanya di hadapan mangsanya, tubuh direndahkan dan wajah ditundukkan sedikit. Pedang yang bersinar itu ditayang di hadapan kedua-dua bebola mata si lelaki.

"Kau kenal The Death Eater?"

"Orang gila pun kenal siapa dialah!"

Nafas dalam ditarik dan dilepaskan.

"Jadi, kau mesti kenal pedang ni. Kawan baik The Death Eater."

Pedang itu didekatkan sedikit pada wajah si lelaki. Jari runcing menunjuk pada sebuah ukiran pada pedang itu.

"Kau kenal lambang ni?"

Kedua-dua bebola mata si lelaki seperti mahu tercabut daripada soket mata. Terbeliak memandang lambang itu. Siapakah lelaki ini?

Penat mahu berteka-teki, The Death Eater mula mengheret kerusi besi itu bersama-sama si lelaki. Dia perlu meninggalkan kawasan jenayah itu sebelum terlambat.

Angela melepaskan keluhan sedikit kuat.

"Haih..."

"Kuat betul mengeluh tu... Awak okey ke?"

Tersentak Angela apabila suara encik bos menyapa gegendang telinga daripada belakang. Perlahan-lahan dia berpusing sambil tangan kanan naik menggaru kepala yang tidak gatal. Kantoi!

"Saya okey saja, Encik Rafiq. Cuma penat sikit. Seminggu ni saya kena ulang alik bawa ibu Rania ke hospital untuk terima rawatan. Hari ni pula kafe kita sibuk."

Rafiq mengangguk. Dia faham akan keletihan para pekerjanya. Hari ini merupakan hari cuti umum. Jadi, ramai pelanggan yang berkunjung ke kafe mereka untuk mencuba menu istimewa yang hanya ditawarkan selama sebulan bagi sambutan hari kemerdekaan negara.

Wajah Angela direnung sedikit simpati. Wajah si gadis pucat seperti tiada darah. Bibirnya juga sedikit kering. Tubuh si gadis juga semakin susut. Rafiq mula risau akan kondisi Angela. Dia tidak mampu untuk memberikan Rania cuti lama kerana seorang cefnya telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Jadi, dia terpaksa meminta Rania untuk bekerja lebih masa dengan bayaran tambahan.

Melihat tangan Angela yang sedang mencuci cawan-cawan yang digunakan oleh pelanggan di sinki itu sudah menggigil, cepat-cepat Rafiq merampas cawan itu.

"Awak pergi rehat dulu. Dah pukul berapa ni... Awak tak makan lagi kan? Syif Amirul dah nak mula. Pergi rehat."

Tidak mahu melawan, Angela mencuci tangannya dan mencabut topi di kepala. Dia menunduk sedikit kepada Rafiq dan berjalan menuju ke sebuah meja di penjuru kafe yang dikhaskan untuk digunakan oleh semua staf.

Tiba sahaja dia di meja itu, Angela duduk di kerusi kemudian kepala mendarat sedikit kuat di atas meja. Kepala yang sakit akibat hentakan itu diusap dengan tangan sambil mengerang kesakitan. Bunyi hentakan yang kuat itu menarik perhatian beberapa orang manusia yang berada di situ.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang