BAB 47

119 3 0
                                        

"Berita terkini. Seorang penjenayah yang diburu oleh anggota tentera sejak beberapa bulan yang lalu kini sudah ditumpaskan. Sebuah letupan berlaku sebaik sahaja dua orang anggota terakhir keluar daripada sebuah gudang lama."

Rania menonton televisyen itu dengan tekun.

"Letupan itu berpunca daripada salah seorang tebusan yang berjaya mencuri alat kawalan bom yang terdapat di dalam gudang itu sebelum dibawa keluar oleh anggota tentera yang turut dijadikan sebagai tebusan."

Ibu Rania yang baru sahaja selesai menunaikan ibadah solat menolak kerusi rodanya untuk menghampiri Rania. Mata tua itu turut merenung skrin televisyen mereka.

"Identiti The Death Eater yang pernah digeruni seluruh rakyat kini terdedah. Identiti di sebalik topeng itu merupakan seorang wanita bernama Angela Wang. Suspek dikatakan telah menculik individu-individu yang pernah terbabit dalam kes jenayah serangan seksual dan juga penderaan rumah tangga dan kanak-kanak."

Terbeliak kedua-dua pasang mata yang menonton berita itu. Rania mencapai telefon pintarnya dan mula menelefon Angela. Panggilannya berkali-kali tidak berjawab.

"Tak... Tak... Angela cakap dia akan balik malam ni."

Tangan Rania mula menggigil. Dia membuka sebuah pesanan teks daripada Angela yang telah dihantar siang tadi. Dia tidak membacanya sehinggalah sekarang.

"Aku pergi dulu, Rania."

Rania jatuh terduduk. Dia menggeleng tidak percaya sebelum dia berlari untuk keluar dari rumah. Ibu Rania menjerit memanggil adik-adik lelaki Rania untuk mengejar. Tubuh yang berada di atas kerusi roda itu entah bagaimana mendapat kekuatan untuk berdiri dan mengejar tubuh Rania.

Tubuh anak perempuannya didakap erat sebelum adik-adik Rania turut memegang tubuh Rania yang seperti dirasuk.

"Ibu! Angela, ibu..." Rania meronta-ronta agar dilepaskan.

"Kakak nak pergi mana, sayang?" Ibu cuba memujuk Rania.

"Kakak nak pergi cari Angela. Dia janji tak akan tinggalkan kakak! Dia janji yang dia akan balik!" Semakin menjadi-jadi tangisan Rania.

"Ya Allah, mengucap kakak! Sabar!"

Tubuh Rania kini longlai. Dia jatuh ke dalam pelukan keluarganya. Ibu dan adik-adik Rania mengeratkan pelukan mereka. Hati mereka sakit melihat keadaan Rania sekarang.

"Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku, Angela? Kau dah janji..." Teresak-esak Rania di dalam pelukan mereka.

Keluarga Rania turut mengalirkan air mata yang deras.

"Anak ibu, Angela... Ya Allah..."

Setelah insiden hitam itu, Rania dimasukkan ke hospital kerana mengalami kemurungan yang sangat teruk akibat kehilangan Angela daripada hidupnya. Tubuhnya semakin kurus dan wajahnya pucat seperti tiada darah. Bibirnya kering dan pecah-pecah. Beberapa kali ibu mendapat kebenaran untuk melawat anaknya di hospital.

"Kakak... Makan sikit ya sayang?"

Rania hanya merenung bekas makanan di hadapannya yang telah disediakan oleh pihak hospital. Dia menggeleng perlahan.

"Kakak nak jumpa Angela..."

Hati ibu mana yang tidak lirih melihat keadaan anaknya yang semakin merosot seperti itu. Tidak lama kemudian, pintu bilik Rania dibuka memaparkan wajah Zach. Ibu bangun untuk membiarkan Rania berbual-bual dengan Zach.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang