*Playlist: Aku bukan untukmu by Rossa
(*Segala curahan idea di dalam penulisan The Death Eater adalah 100% daripada imaginasi dan hasil kajian penulis Adwa Nafeesa sendiri. Dilarang memplagiat! Terima kasih. Love, Adwa.)
*Assalamualaikum dan hai semuanya! Maaf saya dah lama tak update kerap. Alhamdulillah, saya dah habis 2 paper final dan akan menduduki paper terakhir pada isnin nanti. Doakan saya dipermudahkan urusan untuk menjawab ya? Untuk cerita The Death Eater ni saya nak usahakan untuk siap sebelum saya pergi intern. Tapi, kita hanya mampu merancang. Kalau sempat, sempatlah. Okey? Happy reading! Saya akan cuba siapkan lagi satu bab malam ni. Tengok nak update esok ke atau malam ni juga. Okey, bye!
*******
Usai mengisi perut yang kelaparan, Angela dan Aqeel meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain. Kereta sudah berhenti dan mereka berjalan memasuki sebuah kompleks. Angela terlopong melihat segala perhiasan yang dijual di situ. Matanya menjadi rambang melihat gelang-gelang dan aksesori yang bergemerlapan.
Mereka berada di Pasar Seni. Sebaik turun sahaja daripada kereta, Aqeel terus melajukan langkah mengejar Angela yang sudah hilang di dalam kerumunan manusia.
"Angela! Tunggulah saya!"
"Cepatlah Aqeel! Lambatnya awak ni."
Aqeel hanya mengekori Angela ke mana sahaja dia pergi. Aqeel memberhentikan langkah apabila Angela tiba-tiba memacakkan kakinya di hadapan sebuah kedai.
Aqeel berjalan mendekati Angela dan berdiri di sebelahnya. Aqeel turut melihat segala perhiasan yang tersusun rapi di atas meja. Angela mencapai seutas gelang tangan berwarna perak. Terdapat beberapa batu kecil mirip batu nilam yang menyempurnakan jasad gelang itu. Angela tersenyum sambil mencuba gelang itu pada tangannya.
Tidak lama kemudian, Angela kembali meletakkan gelang itu di atas meja. Sempat dia memberikan senyuman kepada gadis yang menjaga kedai itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Aqeel yang terpinga-pinga. Tak jadi beli? Bukankah Angela begitu gembira mencuba gelang itu sebentar tadi? Aqeel dapat melihat keinginan untuk memiliki gelang itu di dalam anak mata Angela.
Angela singgah ke sebuah gerai menjual air. Sambil meneguk air sejuk, dia toleh ke belakang. Kaget dibuatnya kerana tiada gerangan Aqeel di belakangnya.
'Aik? Tak akanlah si Aqeel ni sesat?' getus hati Angela sambil matanya melilau mencari kelibat Aqeel.
Beberapa saat kemudian, dia melihat kelibat Aqeel yang bersesak-sesak untuk melepasi orang ramai yang lalu-lalang. Sampai sahaja Aqeel dihadapannya, Angela menghulurkan sebotol air kosong kepada Aqeel. Air diteguk rakus sambil Aqeel menarik nafas dalam.
"Huh... Sesak nafas saya jalan bila orang ramai ni."
"Hahaha! Muka awak pun dah merah tu. Boleh tak nak jalan-jalan lagi ni?"
Aqeel yang sedang tertunduk mengangguk perlahan sambil menaikkan ibu jari sebagai tanda 'okey'.
Setelah mendapat semula nyawa, mereka berdua berjalan di dalam kawasan Pasar Seni itu sebelum Angela meminta diri untuk ke tandas. Aqeel ternampak seorang gadis yang menjaga gerai bunga. Dia berjalan mendekati gerai itu.
"Ya, encik? Nak beli bunga?"
Aqeel tersenyum dan mengangguk. Dia melihat ke arah pelbagai jenis bunga di dalam pasu itu. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal sebelum dia tersengih kepada gadis itu.
"Bunga apa yang selalu orang perempuan suka ya?" Manalah dia tahu jenis bunga jenis apa yang disukai oleh kaum wanita? Dia mana pernah memberikan bunga kepada mana-mana gadis.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AcciónKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
