"Banyak lagi ke barang kau?! Berat nak mampus! Kau isi apa dalam bagasi kau ni?" Aqeel mengeluh. Memang beg perempuan semuanya beratkah?
"Eh, monyet! Diamlah. Angkat sajalah. Banyak bunyi pula si siamang ni." Rania membalas.
Zach hanya menggeleng sambil mengangkat beberapa beg milik Rania untuk dimasukkan ke dalam keretanya. Bergaduh sahaja kerja mereka berdua. Rania akan berpindah keluar dari rumah sewanya bersama-sama Angela dahulu. Rania sudah beransur pulih.
"Semuanya dah ambil ke?" Zach melaung dari keretanya.
"Kejap!"
Rania kembali ke dalam rumahnya. Dia masuk ke bilik Angela. Bilik yang dulu dihiasi dengan buku-buku kini sudah kosong. Kosong seperti isi hati Rania. Rania merenung setiap penjuru bilik. Dia ingin memastikan rumah itu dikosongkan sepenuhnya.
Laci meja tulis Angela dibuka. Mata Rania mendarat pada tiga helai nota pelekat berwarna ungu lembut. Nota pelekat itu ditarik keluar daripada laci itu dan dibaca tulisan yang ada padanya. Terdapat tiga nama iaitu Zach, Aqeel, dan Rania.
Rania membaca nota yang ditulis untuknya.
"Terima kasih jadi sahabat aku. Aku minta maaf, Rania."
Rania berjalan keluar dari bilik itu. Buat kali terakhir dia melihat ke dalam bilik Angela.
"Terima kasih sebab selalu ada dengan aku selama ini. Aku sayang kau, Angela. Selamat tinggal, sahabat."
Anak mata Zach dan Aqeel yang bersandar pada kereta hanya mengekori langkah Rania keluar dari rumah sewanya. Rania terus menyerahkan nota pelekat yang dijumpainya tadi kepada tuan empunya nama. Terpinga-pinga Zach dan Aqeel mencapai lalu membaca nota itu.
"Gege... Weiwei minta maaf. Terima kasih sebab tak berputus asa untuk cari Weiwei. Weiwei sayang semua orang tapi Weiwei tak layak untuk bersama-sama dengan kau orang."
Tubir mata Zach bertakung.
"Aqeel... Saya minta maaf. Saya cintakan awak tetapi saya tak mampu untuk terima diri awak. Kita tak mungkin akan bahagia bersama-sama. Mana mungkin musuh negara boleh bersama-sama dengan perwira negara."
Tangan Aqeel dikepal menjadi penumbuk. Dia menahan tangisan daripada pecah di hadapan dua orang manusia itu.
"Okey, jom." Zach mengajak Rania dan Aqeel untuk masuk ke dalam kereta.
Sebelum masing-masing menutup pintu kereta, mereka merenung rumah sewa itu buat kali terakhir. Hati masing-masing melafazkan kata-kata perpisahan buat selama-lamanya.
'Selamat tinggal, memori terindahku.'
TAMAT
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AcciónKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
