*Hai... Lama kan tunggu saya update... Jangan marah, please? Happy reading🌹
*****
"Misi kali ni lama juga... Aku ingatkan kes mamat tu akan berlarutan. Tengok-tengok selesai macam tu saja."
"Itulah, aku pun fikir benda yang sama. Tapi, kau rasa betul ke dia cuma culik 5 orang mangsa tu? Macam mana dengan yang lain?"
Aqeel hanya menjungkitkan bahu ke atas tanda tidak tahu. Zach dan Aqeel berjalan ke arah semua meja kosong di tepi cermin kaca.
"Tapi aku tak puas hatilah. Habis tu, rakaman gila dia tu betul ke tak?"
"Kes dah selesai kan, Aqeel? Kau jangan nak serabutkan kepala aku boleh?"
Zach sudah memicit pelipis matanya. Naik pening kepalanya melayan soalan-soalan sama yang ditujukan oleh Aqeel sejak semalam ketika kesemua anggota pasukan Alpha bermalam di rumahnya. Di saat anggota-anggota yang lain sudah diulit mimpi, dia terpaksa berjaga mendengar celoteh Aqeel.
"Herm... Okey, fine! Kau dah malas nak layan aku kan?"
"Tahu tak apa. Dah, diam."
Aqeel menjuihkan bibir dan membuang pandangan ke luar cermin kaca itu.
"Kau orang kalau nak datang, boleh ikut operation hours tak?"
Dua pasang mata itu terpasak pada sosok tubuh tinggi lampai yang memakai kemeja putih dengan lengan disinsing sehingga ke paras siku. Cermin mata yang tersangkut elok pada hidung mancung itu dilucutkan dengan tangan kanan. Sebelah tangan lagi naik mencekak pinggang.
"Alah, kasi peluanglah kita orang nak melepak dekat kedai kau. Lepas ni, beberapa minggu kita orang mungkin tak datang kedai kau."
Rafiq melabuhkan duduk di hadapan dua orang sahabat itu. Cermin mata diletakkan di atas meja.
"Kau orang ada misi ke?"
Zach dengan Aqeel menganggukkan kepala. Kemudian, mulalah leher Aqeel meliar seperti burung unta. Rafiq pula memandang dengan riak jengkel.
"Kau tak payah jadi burung unta. Dia pergi buang sampah. Kedai dah nak tutup baru kau orang nak datang. Kau pun sama, Zach. Rania ada saja dekat kitchen tengah kemas-kemas."
Zach menggaru lehernya sambil tersengih kelat. Kantoilah pula.
Kemudian, terlihat kelibat Angela yang masuk ke dalam kafe sambil mengibas apron berwarna coklat yang tersarung pada tubuhnya.
"Angie... Tolong buatkan air untuk dua orang ni sebelum awak balik boleh? Maaf susahkan awak. Kalau boleh, letak ubat julap sekali."
Angela memandang Zach dan Aqeel yang sedang merenung tajam ke arah bosnya tertawa halus. Dia mengangguk kemudian mula menyediakan dua cawan kopi untuk mereka. Rafiq berbual-bual sebelum telefonnya memekik kuat. Dia meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.
Rania yang sudah selesai mengemas dapur kafe mengucapkan selamat tinggal kepada dua orang staf lagi yang sudah mahu beransur pulang. Langkah dibawa pula mendekati Angela yang sedang lincah menyediakan kopi. Tangannya langsung tidak kekok menggunakan mesin kopi yang ada. Rania memandang corak pada permukaan kopi itu dengan perasaan kagum.
"Cantik gila kopi ni. Kalau aku buat, selamat jalanlah aku ucapkan pada kopi ni."
"Hahaha. Alah, kau hebat dekat dapur. Aku hebat dengan kopi. Adillah tu."
Angela sudah menatang dulang berisi dua cawan kopi dan dibawa ke meja. Perlahan-lahan cawan itu diletakkan di atas meja. Baru sahaja dia berpusing mahu kembali ke kaunter, Rania menerpa di sebelah. Kaget Angela dibuatnya. Nasib baiklah dulang itu tidak melayang ke muka Rania.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AcciónKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
